PENUMPANG
TERAKHIR BAS MALAM JERANTUT - TEMERLOH
Seorang
pemandu bas malam yang memandu laluan Jerantut – Temerloh setiap hari menyedari
satu perkara pelik. Setiap malam sekitar jam 1:40 pagi, seorang penumpang
wanita akan menaiki bas di satu hentian kecil di jalan lama yang hampir tidak
digunakan lagi.
Wanita itu
sentiasa duduk di kerusi paling belakang… dan turun beberapa kilometer kemudian
di satu kawasan hutan.
Apabila
pemandu itu bertanya kepada konduktor lama tentang hentian tersebut, dia
terkejut apabila diberitahu bahawa hentian itu sebenarnya telah dibuang dari
laluan bas sejak lebih 20 tahun lalu…. selepas satu kemalangan maut melibatkan
seorang penumpang wanita yang dilanggar bas di situ.
Namun yang paling menakutkan… penumpang itu masih menaiki bas setiap malam.