PENANGGAL MENUMPANG DI RUMAH BIDAN
PENANGGAL MENUMPANG DI RUMAH BIDAN
Wanita itu tidak pernah berkedip walaupun sekali.
Selepas mengetahui kisah Mahura, Som semakin yakin bahawa tempayan misteri itu adalah punca kepada segala gangguan yang menghantui Sungai Manggis. Namun satu persoalan masih belum terjawab.
FAIL TERAKHIR DALAM SERVER
SIAPA
YANG MULA MEMANGGIL
Spin-Off : BUKAN
SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA
30 tahun
sebelum kejadian di Kampung Sungai Lurah…Seorang budak lelaki hilang di dalam
hutan.Mayatnya tak pernah ditemui.Keluarganya… tak terima.
Dalam
kesedihan yang membusuk jadi obsesi,mereka mencari sesuatu yang boleh memanggil
pulang yang telah hilang.Tapi apa yang mereka panggil…bukan anak mereka.
Dan pada malam itu…..pintu pertama dibuka.
SIAPA MAK SOM? (EPISOD KHAS) : MISTERI MAHURA - NAMA YANG DIPADAM DARI KAMPUNG
Bertahun-tahun sebelum Som dilahirkan. Jauh sebelum tempayan itu ditanam. Dan jauh sebelum tangisan bayi mula menghantui Sungai Manggis...terdapat seorang wanita yang namanya tidak lagi disebut oleh sesiapa. Namanya Mahura.
SUMUR LAMA MEMINTA KORBAN
Di sebuah
kampung terpencil, terdapat sebuah sumur lama yang hanya “hidup” ketika hujan
lebat. Setiap kali air naik…akan ada seseorang yang hilang.
Orang kampung percaya,sumur itu bukan sekadar lubang air…tetapi mulut sesuatu yang lapar. Dan bila ia mula “meminta”…tiada siapa boleh menolak.
SIAPA MAK SOM? (EP III) : PEREMPUAN
TUA DI HUJUNG HUTAN
Selepas menemui kain putih yang tertanam di kubur tanpa nama dan mendengar nama
PERIGI
YANG DITUTUP DENGAN BATU NESAN
Di sebuah
kampung lama yang semakin dilupakan, sebuah perigi tua di belakang rumah pusaka
menjadi larangan turun-temurun. Perigi itu ditutup dengan batu nisan lama…bukan
sekadar penutup, tapi “pengunci”.
Apabila seorang
cucu pulang untuk membersihkan rumah arwah neneknya, dia mengabaikan pantang
larang tersebut. Batu nisan itu dialihkan.
Sejak malam
itu, sesuatu yang lama terkurung… mula mencari jalan keluar.
Dan ia tidak datang sendirian.
MAYAT
HILANG SEBELUM SUBUH
Di Hospital
Lama Sentosa, ada satu peraturan yang tidak pernah ditulis secara rasmi tetapi
diketahui semua staf lama: Jangan buka bilik mayat antara jam 2:30 hingga 3:40
pagi.
Tiada siapa
berani melanggar peraturan itu sejak kejadian beberapa tahun lalu… apabila tiga
mayat hilang serentak tanpa jejak sebelum Subuh.
CCTV tidak
pernah merakam sesiapa keluar masuk. Pintu bilik mayat sentiasa berkunci dari
dalam. Dan setiap mayat yang hilang... akan kembali semula beberapa hari kemudian.
Tetapi bukan
sebagai mayat.
Malam itu,
Amir… pembantu perubatan baru syif malam… ditugaskan menghantar satu mayat
mangsa kemalangan ke bilik mayat bawah tanah.
Mangsa
tersebut seorang wanita muda tanpa identiti. Wajahnya hancur teruk. Tetapi
sebelum pintu peti mayat ditutup... Wanita itu tiba-tiba berbisik perlahan:
“Jangan tinggalkan saya dekat bawah sebelum Subuh...”
BUKAN
SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg VII) : YANG TERPAKSA DIPILIH
Malam turun
lebih cepat dari biasa. Seolah-olah langit sendiri…tak sanggup tengok apa yang
bakal berlaku.
Kampung
Sungai Lurah berkumpul di tengah padang. Lampu pelita dinyalakan. Api kecil…
berkelip dalam gelap. Tapi yang paling jelas malam itu bukan cahaya.
Ketakutan. Mak Som duduk di tanah. Di hadapannya…dua Faiz. Satu duduk diam. Mata letih. Nafas perlahan. Satu lagi berdiri.Tenang. Senyum kecil.Dan yang paling menakutkan…kedua-duanya nampak benar.
NAMA
DITULIS DALAM PERUT AYAM
Di sebuah
kampung terpencil yang hampir dilupakan masa, seorang lelaki bernama Faizal
kembali ke rumah pusaka arwah neneknya selepas menerima khabar kematian yang
aneh…neneknya ditemui mati dalam keadaan perutnya dibelah… tetapi tiada setitik
darah pun di lantai.
Penduduk
kampung mula berbisik tentang satu amalan lama yang sudah lama “ditanam”..ilmu
menulis nama dalam perut ayam hidup untuk menghantar penyakit dan kematian
kepada musuh.
Namun Faizal
tidak percaya… sehingga dia menemui sesuatu yang masih hangat di dapur rumah
itu…seekor ayam yang telah dibelah… dan di dalamnya, tertulis satu nama
menggunakan arang hitam.
Nama itu… adalah namanya sendiri. Dan setiap malam selepas itu… Faizal mula merasa sesuatu bergerak di dalam perutnya..seolah-olah ada tangan sedang menulis sesuatu dari dalam.
SIAPA MAK SOM? (EP II) : TANGISAN
DARI DALAM TANAH
Empat tahun selepas kejadian di hutan. Som kini berusia tiga belas tahun. Walaupun kehidupan di Kampung Sungai Manggis kelihatan kembali normal, Som masih mendengar suara-suara yang tidak didengari orang lain. Pada mulanya hanya bisikan.
Kemudian tangisan. Dan akhirnya... suara seorang bayi yang seolah-olah memanggil
namanya dari bawah tanah. Apabila beberapa kubur lama di tanah perkuburan lama
kampung mula menunjukkan tanda-tanda aneh selepas hujan lebat, Som menjadi
satu-satunya orang yang mampu merasakan sesuatu sedang cuba keluar dari tempat
itu.
Penduduk kampung percaya itu sekadar cerita budak-budak. Namun mereka tidak
tahu...ada satu kubur lama yang sudah lama dilupakan.
Kubur tanpa nama. Kubur yang tidak pernah mempunyai batu nisan. Dan sesuatu di bawahnya telah menunggu selama puluhan tahun.
TRANSMISI TERAKHIR DARI BALAI YANG
SUDAH DITUTUP
BUKAN
SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg VI) : YANG TIDAK PERNAH PERGI
Kabus di
Kampung Sungai Lurah… tak hilang walaupun matahari naik tinggi. Ia melekat di
tanah. Di dinding rumah. Di kulit manusia. Seolah-olah… kampung itu sendiri
enggan dilihat jelas.
Sebelum jenazah diturunkan, imam kampung mendakwa dia terlihat wajah lain di
dalam liang lahad. Bukan wajah si mati. Tiada siapa percaya.
Namun malam selepas pengebumian itu, bunyi ketukan mula kedengaran dari dalam
tanah perkuburan setiap kali masuk waktu tahajud.
Dan lebih menakutkan… kubur tersebut seolah-olah sedang “membesar”, seperti ada
sesuatu di bawah tanah sedang cuba keluar perlahan-lahan.
DARAH
YANG MENDIDIH DALAM LESUNG BATU
Di Kampung
Teluk Rengas, seorang wanita tua dikenali sebagai Mak Bedah sering datang
menumbuk sesuatu di lesung batu setiap malam selepas Isyak. Tiada siapa tahu
apa yang ditumbuknya.
Beberapa
bulan kemudian, seorang demi seorang penduduk kampung jatuh sakit secara
misteri. Ada yang muntah darah, ada yang menjerit kesakitan seolah-olah badan
mereka terbakar dari dalam.
Seorang
pemuda kampung mula mengesyaki sesuatu apabila dia terdengar bunyi lesung
menumbuk sendiri pada tengah malam, walaupun rumah Mak Bedah sudah lama kosong
sejak wanita itu meninggal dunia.
Apa yang
ditumbuk di dalam lesung itu sebenarnya bukan rempah atau ubat…
tetapi sesuatu yang berasal dari tubuh manusia.
PENUMPANG
NAIK TANPA MEMBUKA PINTU
Azlan
memandu seorang diri di jalan lama antara dua pekan kecil. Sunyi. Gelap. Tak
ada kenderaan lain. Tiba-tiba… kereta dia rasa berat.
Macam ada orang duduk di seat belakang. Masalahnya… dia tak pernah berhenti. Dan pintu kereta… tak pernah dibuka.