APPLIKASI
‘UPDATE’ SELEPAS TENGAH MALAM
Nadia
download satu aplikasi pelik yang tak pernah dia install.
Namanya:
“LIFETRACK : See What Follows You”
Aplikasi tu
tak minta permission biasa. Dia terus jalan… dan mula tunjuk sesuatu yang
mustahil…
Ada ‘benda’ yang ikut Nadia ke mana sahaja. Dan setiap kali app tu update sendiri… benda tu jadi semakin dekat.
Nadia perasan app tu masa dia bangun tengah malam. Telefon dia menyala sendiri.
Skrin hitam.
Hanya satu notifikasi: “LIFETRACK successfully installed.”
Dia frowned.
“Aku tak install apa-apa pun…”
Dia buka. Interface
app tu… kosong. Hanya satu paparan kamera. Dan satu titik merah kecil di skrin.
Bergerak perlahan.
“Apa benda
ni…”
Dia angkat
phone, scan sekeliling bilik. Kosong.
Tapi titik
merah tu…tetap ada. Dan bila dia gerakkan phone…titik tu…bergerak selari dengan
sesuatu yang tak nampak.
Dia gelak
kecil.
“Filter
bodoh…”
Tiba-tiba
satu teks muncul: “Entity Detected.”
Nadia terus
berhenti. “…entity?”
Teks tu
berubah. Distance: 4.3 meters Nadia terus pusing belakang. Kosong.
Dinding.
Almari. Tingkap. Tak ada apa-apa.
Dia tekan
close. App tu tak tutup. Skrin jadi gelap sekejap.
Kemudian…
muncul semula. Distance: 3.9 meters
Nadia terus
bangun dari katil.
“Ok ini tak
lawak…”
Dia keluar bilik.
Lampu ruang tamu menyala. Dia rasa lega sikit. Dia tengok phone lagi. Distance:
3.2 meters
“Tak
mungkin…”
Dia jalan
laju ke dapur. Distance: 2.8 meters
Nadia
berhenti. Perlahan-lahan… dia pusing phone ke arah belakang. Kamera app tu
aktif. Tak ada apa-apa.
Tapi titik
merah tu…betul-betul di belakang dia. Distance: 2.4 meters.
Nafas Nadia
jadi laju. “Aku uninstall…”
Dia tekan
lama icon app tu. Delete.
ERROR….“Cannot
remove active tracker.”
“Apa benda
ni…”
Lampu dapur
tiba-tiba berkelip. Sekali. Dua kali. Phone Nadia bergetar kuat.
UPDATE
AVAILABLE
Tanpa dia
tekan apa-apa…app tu update sendiri.
Progress bar
bergerak…100%. Skrin berubah. Interface baru. Lebih jelas. Lebih… tepat.
Sekarang
bukan titik merah lagi. Tapi bentuk. Siluet. Tinggi. Bongkok. Kepala senget.
Distance:
1.9 meters
Nadia terus
kaku. Dia tak berani pusing. Air mata dah mula turun.
App tu
keluarkan bunyi notifikasi baru….“Turn around.”
Dia geleng
kepala….“Tak nak…”
“It sees
you.”
Siluet dalam
skrin bergerak. Perlahan. Mengangkat kepala. Seolah-olah… sedang melihat tepat
ke arah kamera.
Distance:
1.2 meters
Nadia terus
lari ke pintu rumah. Tangan menggigil buka kunci. Phone jatuh ke lantai. Skrin
masih hidup.
Dari sudut
lantai…kamera masih merakam. Siluet tu…tak lagi di belakang Nadia.
Ia
berdiri…tepat di depan phone. Menghadap Nadia yang sedang buka pintu.
Distance:
0.5 meters
Nadia tak
nampak. Tapi suara dia mula pecah…“Kenapa rasa macam…”
HEMBUSAN
NAFAS. Dekat sangat. Tepat di depan muka dia.
Pintu terbuka.
Nadia lari keluar. Jeritan bergema.
Keesokan
pagi…jiran jumpa phone Nadia di dapur. Retak. Skrin masih menyala. App tu masih
terbuka.
STATUS: NEW
HOST REQUIRED
Dan kamera
perlahan-lahan berpusing…seolah-olah mencari orang baru.
Satu
notifikasi muncul: “Device nearby detected.”
Dan nama
device tu: [UNKNOWN USER – YOU]
No comments:
Post a Comment