JALAN
YANG DIBINA TIDAK BERAKHIR
Spin-Off :
SIMPANG YANG AKAN TERUS KEMBALI
Sebelum jalan lama itu menjadi laluan sunyi yang dilupakan, ia pernah menjadi projek pembinaan tergesa-gesa yang menelan banyak nyawa. Seorang jurutera muda ditugaskan menyiasat kejadian aneh di tapak tersebut — di mana pekerja mula menghilang tanpa jejak. Namun dia akhirnya menemui sesuatu yang lebih menakutkan: jalan itu tidak dibina untuk menghubungkan tempat… tetapi untuk mengurung sesuatu yang tidak boleh keluar.
Aku dihantar
ke satu projek jalan, luar Bandar… sambungan laluan lama yang kononnya nak
pendekkan perjalanan antara dua pekan kecil.
Projek tu
pelik dari awal. Pelan asal tak lengkap. Koordinat tak konsisten. Dan paling
aneh. Bahagian tengah jalan….tak pernah sama dalam setiap blueprint.
Hari pertama
aku sampai. Jalan tu dah separuh siap. Tapi bila aku ukur semula.. Jarak antara
dua titik tak logik.
“Macam lebih
panjang dari sepatutnya,” aku cakap pada penyelia lama.
Dia cuma
jawab pendek: “Jangan ukur malam.”
Aku ingat
dia bergurau.
Minggu
kedua. Seorang pekerja hilang. Nama: Rashid, kali terakhir dilihat. Berjalan ke
arah simpang sementara yang belum siap. Tak ada kesan. Tak ada bunyi.
Seolah-olah
dia… Tak pernah wujud di tapak tu.
Aku mula
gali fail lama projek. Rupanya…Ini bukan kali pertama jalan ini dibina.
Projek sama
pernah dimulakan… Tiga kali sebelum ini. Dan setiap kali, Ia dihentikan.
Sebab sama: “Gangguan
lokasi dan kehilangan pekerja.”
Aku buat
kesilapan. Aku datang tapak waktu malam. Seorang diri. Aku nak ukur sendiri
bahagian simpang tu. Lampu sementara malap. Angin tak ada.
Tapi aku
dengar sesuatu…Bunyi enjin. Macam kereta lalu… Padahal jalan belum siap.
Simpang
Itu Wujud Sebelum Dibina
Aku sampai
ke kawasan simpang. Dan masa tu… Aku nampak jalan itu. Bukan jalan tanah
projek. Tapi jalan tar hitam. Sempurna. Dengan lampu jalan. Berfungsi.
Aku berdiri
kaku. Dalam gelap…Aku nampak kereta lalu. Satu…Dua….Semua perlahan. Dan setiap
kereta…Pemandunya tunduk…Tak bergerak.
Kesedaran
Yang Menyesakkan
Aku buka
peta. Koordinat tempat aku berdiri..Tak sepadan dengan mana-mana laluan rasmi. Seolah-olah
simpang itu… Tak pernah wujud dalam dunia sebenar. Tapi tetap ada.
Kebenaran
Projek
Esoknya aku paksa
penyelia lama bercakap. Akhirnya dia mengaku.
“Projek ni
bukan bina jalan…” Dia diam lama.
Kemudian dia
sambung: “…tapi untuk tutup satu laluan.”
Aku kaku. “Laluan
apa?”
Dia pandang
aku.
“Laluan yang tak patut dilalui manusia.”
Perjanjian
Yang Gagal
Menurut
cerita dia…dulu ada jalan lama di situ. Jalan yang orang kampung elak. Sebab
sesiapa yang masuk….Akan jumpa simpang yang sama. Berulang kali.
Sampai… Mereka
hilang. Kerajaan cuba “padam” jalan tu. Dengan bina jalan baru di atasnya. Tutup
laluan asal. Kuburkan ia.
Tapi…Mereka
bina di atas sesuatu yang masih hidup.
Malam
terakhir aku di tapak…Aku dengar bunyi enjin lagi. Aku ikut bunyi tu. Sampai ke
simpang. Lampu menyala sendiri. Dan di
tengah jalan…Seorang lelaki berdiri. Dia pandang aku. Dan aku kenal muka tu…Rashid.
Tapi wajah dia kosong. Dia angkat tangan. Isyarat masuk.
Projek
dihentikan beberapa minggu kemudian.
Laporan
rasmi: “Kegagalan struktur dan isu keselamatan.”
Jalan itu
ditinggalkan. Tidak pernah dibuka. Tidak pernah ditutup sepenuhnya.
Tahun-Tahun
Selepas Itu Orang masih sesekali lalu kawasan tu. Dan setiap kali..Ada yang
nampak simpang yang tak ada dalam peta. Lampu yang berkelip. Dan seseorang di
tengah jalan…Menunggu, untuk menggantikan tempat.
Fail Dalaman
(Sulit)
Dalam
dokumen lama…Ada satu ayat yang ditulis tangan: “Jalan ini tidak membawa ke mana-mana.”
“Ia membawa
kembali.”
No comments:
Post a Comment