KERANDA ITU BERAT ADA YANG MENUMPANG
Di Kampung Sungai Merbau, kematian Pak Yaakob ..seorang penggali kubur tua…sepatutnya menjadi urusan biasa.
Dia meninggal selepas Maghrib, ditemui di ruang dapur rumahnya dalam keadaan
mulut terbuka luas dan mata terbeliak ke arah pintu belakang… seolah-olah
nampak sesuatu sebelum mati.
Orang kampung mula berbisik. Sebab seminggu sebelum kematiannya, Pak Yaakob pernah menggali semula satu kubur lama yang hampir tenggelam akibat hakisan sungai. Sejak malam itu, dia berubah.