MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label langsuir. Show all posts
Showing posts with label langsuir. Show all posts

May 29, 2026

PEREMPUAN DI BAWAH POKOK JAMBU

 


PEREMPUAN DI BAWAH POKOK JAMBU

 

Sejak kecil, Salim selalu diingatkan oleh arwah neneknya: jangan pandang lama-lama ke arah pokok jambu di hujung halaman selepas Maghrib.

Katanya, ada “orang” yang suka duduk di situ… menyisir rambut.

Bila Salim pulang ke kampung selepas bertahun lama, dia menganggap semua itu sekadar cerita orang tua.

Sehinggalah satu malam… dia nampak sendiri perempuan itu.

Dan yang paling menakutkan — setiap kali dia memandang… perempuan itu semakin dekat.


Oct 12, 2025

JALAN BERHANTU SUNGAI KERAMAT

 


JALAN BERHANTU SUNGAI KERAMAT

Di sebuah daerah terpencil, terdapat sebuah jalan lama bernama Jalan Sungai Keramat. Dahulu, ia menjadi laluan utama menghubungkan dua kampung sebelum adanya jalan raya moden. Jalannya sempit, hanya muat satu kenderaan, dengan kiri kanan dipenuhi hutan buluh, pohon besar, serta tebing curam menghala ke sungai yang deras mengalir.


Oct 4, 2025

SAKA BIDAN KAMPUNG

 


SAKA BIDAN KAMPUNG

Di sebuah kampung kecil di Perak, nama Bidan Salmah masih disebut-sebut walaupun beliau telah meninggal hampir 20 tahun lalu. Semasa hayatnya, dia terkenal sebagai bidan handal—bukan sahaja mahir menyambut kelahiran, tetapi juga pandai mengubat orang sakit, memulih bayi terkena gangguan, malah mampu menilik tanda-tanda nasib orang. Namun, orang tua kampung tahu, kehebatan Bidan Salmah bukan datang semata-mata dari ilmu biasa. Dia menyimpan saka.


Sep 18, 2025

LANGKAH SENYAP DI LANTAI KAYU

 


LANGKAH SENYAP DI LANTAI KAYU


Malam di rumah peninggalan kolonial itu begitu sunyi. Hanya bunyi cengkerik di luar tingkap menemani. Aiman baru seminggu menumpang di rumah pusaka milik arwah datuknya yang sudah lebih tiga dekad kosong ditinggalkan.


Sep 5, 2025

TAMAR JALIS : EP31 - RUMAH MISTERI

 



 TAMAR JALIS : EP31 – RUMAH MISTERI

 "Begini, kita naik ke rumah dengan cara membelakang”, kata datuk sambi I merenung wajah saya dan Osman. Burung gagak terus berbunyi. Tiba‐tiba datuk bersuara lagi, "Biar aku naik dulu”

Saya dan Osman berpandangan lagi, datuk menukar rancangan dengan mendadak. Datuk pun melangkah anak tangga pertama. Matanya merenung kami, tetapi kakinya terus melangkah. Memang, satu kerja yang sukar memijak anak tanah dengan cara yang ganjil. Bila sampai ke tangga akhir barulah datuk memusingkan badannya. Kemudian dia menolak daun pintu yang tidak berkunci.


BENARKAH 'BELAAN' DATUK SUDAH DIBUANG??

 

Sumber : <<<Mastika>>>  Oktober 8, 2021

BENARKAH 'BELAAN' DATUK SUDAH DIBUANG??

Benarkah 'belaan' datuk sudah dibuang? Atau mungkin......


ORANG zaman dulu sering diceritakan ada ‘belaan’ sama ada digunakan untuk membantu pekerjaan harian, menjaga rumah atau untuk tujuan perubatan. Salah satunya hantu raya.

Ini kisah yang berlaku dalam keluarga aku sendiri, bagaimana keluarga aku diganggu setelah arwah datuk aku meninggal.

Cerita ini dah lama, sekitar hujung tahun 90-an. Ketika itu aku masih remaja, berusia dalam 20 tahun. Ia bermula setelah arwah datuk aku (sebelah bapa) meninggal dunia.

Sebelum itu aku ceritakan serba sedikit latar belakang datuk aku yang tinggal di sebuah daerah di Perak. Datuk aku ni semasa hidup dulu boleh dikatakan bomoh terkenal juga. Ramai orang datang berubat dengannya.


Sep 4, 2025

TOK AWANG NGAH : EP45 - MINYAK PENGASIH DIBUAT DARI AIR DAGU MAYAT ANAK DARA

 


 TOK AWANG NGAH : EP45 - MINYAK PENGASIH DIBUAT DARI AIR DAGU MAYAT ANAK DARA


PERJALANAN balik mengikut lebuh raya Karak itu terlalu letih menyebabkan saya tertidur sebentar. Malam sudah larut kira-kira jam 2 pagi. Kadir Misai terus memandu walaupun sekali sekala dia terkuap-kuap mengantuk.

“Kalau mengantuk berhenti dulu…” saya mengingatkan dia.

“Tak apalah ustaz,” sahutnya masih yakin.

“Kita berhenti di tepi jalan dan tidur untuk hilangkan mngantuk,” saya menyuruhnya supaya tidak kerkuap-kuap sepanjang jalan.

“Ah, saya dah biasa ustaz” beritahu Kadir Misai berkeras mahu meneruskan perjalanan.

“kadangkal sampai pagi pun saya tahan memandu kereta ni…” katanya tidak mahu berhenti untuk merihatkan badan sebentar.


Aug 26, 2025

TANGISAN SENJA DI BUKIT KIJAL (BUKIT KIJAL PART II)

 


TANGISAN SENJA DI BUKIT KIJAL (BUKIT KIJAL PART II)

 Era 80’an. Jalan berliku antara Kuantan dan Terengganu tidak pernah sunyi daripada kisah misteri. Bukit Kijal — satu nama yang terukir dalam memori pemandu-pemandu lama sebagai laluan yang tidak pernah tenang, terutamanya selepas matahari terbenam.

Aug 20, 2025

LANGKAH TERAKHIR BUKIT KIJAL (BUKIT KIJAL - PART I )

 



LANGKAH TERAKHIR BUKIT KIJAL (BUKIT KIJAL PART I)

Lokasi : Bukit Kijal, Terengganu (Laluan Kuantan – Terengganu (1987)

 

Tahun 1987, sebuah trak pikap berwarna biru kusam, model Datsun 120Y, mengaum perlahan

Mendaki jalan berliku Bukit Kijal. Kabus menyelimuti bukit itu meskipun jam baru menunjukkan 9:45 malam. Azman, 35 tahun, sedang dalam perjalanan pulang  dari Kuantan ke kampungnya di Chukai selepas menghantar barang bengkel. Laluan Bukit Kijal sudah lama dikenali sebagai jalan ‘keras’, tapi itulah satu-satunya jalan waktu itu.

Radio dalam keretanya hanya memancarkan bunyi desiran, seolah-olah siaran terputus. Tangan Azman terketar-ketar saat memusing tombol, namun suara dari radio tiba-tiba muncul.

Aug 18, 2025

TOK AWANG NGAH : EP44 - GODAAN HANTU RIMBA

 



TOK AWANG NGAH : EP44 - GODAAN HANTU RIMBA


Dekat sempadan negeri Kelantan, tidak jauh juga dari pekan Munduk di mana kaki judi sabung ayam membawa ayam jaguhnya ke gelanggang sabungan, ada terdapat sebuah kampung bernama Kampung Lalang.

Penghuni Kampung Lalang ini asalnya adalah orang Melayu sebelah Kelantan. Tapi mereka menyeberang sempadan dan meneroka di sana hingga mereka jadi rakyat Thai.

Kebanyakan orang tua-tua di kampung ini tidak pandai cakap Thai. Di kampung inilah terdapat seorang anak muda yang bernama Ismail yang ketika itu berusia 22 tahun. Setelah enam bulan Ismail berkahwin dengan sepupunya bernama Salamah, ayahnya meninggal dunia. Jadi tanah yang diteroka oleh ayahnya, terpaksalah diteruskan oleh Ismail bersendirian. Kalau dulu dia hanyalah pembantu ayahnya meneroka tanah bukit untuk dijadikan kebun getah, kini dialah sendirian meneroka.

Aug 14, 2025

TAMAR JALIS (JILID 2) :EP29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 2


 TAMAR JALIS (JILID 2) :EP29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM


 Dikacau Penunggu Kolam

"Saya bukan orangnya. Sedekahlah pada anak-anak yatim"

"Maafkan saya”, ujar Omari.

Dalam perjalanan pulang itu, datuk tiba‐tiba teringatkan anak saudaranya itu. Anehnya, bila saya mencadangkan padanya supaya pergi ke sekolah tempat anak saudaranya mengajar datuk menolak.

"Jangan kacau dia bekerja mencari rezeki”, kata datuk.

"Habis bagaimana kita mahu mencarinya tok?"

“Ikhtiar dengan bertanya pada orang"

Aug 11, 2025

BAYANGAN DI PINTU RUMAH SEWA

 



 BAYANGAN DI PINTU RUMAH SEWA


Ain, seorang pelajar tahun akhir jurusan seni halus, tidak percaya pada hantu. Atau itu yang dia selalu kata. Bila dia dapat tawaran rumah sewa RM180 sebulan, dia terus terima tanpa banyak soal — walau rumah itu agak uzur dan hanya ada satu bilik.

“Sebelum ni ada sorang pelajar duduk. Tapi dia pindah tiba-tiba,” kata Makcik Salmah, tuan rumah.
“Tapi rumah ni elok. Jangan risau.”

BAYANGAN DI KILOMETER 7, BUKIT PUTUS

 


 

BAYANGAN DI KILOMETER 7, BUKIT PUTUS

Lokasi: Bukit Putus, Negeri Sembilan

Langit malam di Bukit Putus diselaputi kabus pekat. Lampu jalan jarang, jalan berliku, dan bunyi hutan menghantui suasana. Bagi mereka yang tahu sejarah laluan ini, mereka akan elak sejauh mungkin dari memandu seorang diri — terutamanya selepas jam dua pagi.

Amir, seorang pemandu lori muatan makanan sejuk beku, tidak punya pilihan malam itu. Jadual lewat dari Seremban membuatkan dia perlu melalui jalan lama Bukit Putus. Waze menasihatkan ikut laluan baharu, tetapi sistem GPS gagal memberi isyarat tepat. Dia sudah separuh jalan di laluan lama bila enjin lori tiba-tiba tersedak-sedak.

Aug 10, 2025

INI MEMANG RUMAH PAKCIK MUIN

 

Sumber : <<<Mastika>>>

Febuari 29, 2024

INI MEMANG RUMAH PAKCIK MUIN

“Ini memang rumah Pak cik Muin, tapi dah setahun dia meninggal.” Habis, dengan siapa saya bersembang tadi?

Kisah yang akan saya ceritakan ini sudah lama berlaku, hampir 20 tahun lalu. Waktu itu, saya membuka sebuah kedai makan di Kampung Kedai Lalat di Kota Bharu, Kelantan.

Kebiasaannya, pukul 11.00 malam saya sudah menutup kedai. Suatu malam, selesai mengunci kedai, saya pulang ke rumah dengan menaiki motosikal. Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak kira-kira enam kilometer dari situ, saya ternampak seorang lelaki tua terbongkok-bongkok sedang melintas jalan.

Timbul rasa kasihan dalam hati. Saya memberhentikan motosikal betul-betul di hadapannya. “Nak ke mana, pak cik?” soal saya.

Aug 7, 2025

TAMAR JALIS (JILID 2) :EP28 - KUBUR BERASAP

 


 TAMAR JALIS (JILID 2) :EP28 - KUBUR BERASAP


Saya mahu mengerti dan faham. Apa yang saya ragukan selama ini dengan sendirinya sudah terjawap.

Datuk merenung wajah saya dengan tepat dan tajam sekali. Dari sinar matanya itu, datuk seolaholah berkata begini: “Jangan kau tanya lagi hai cucuku, Tamar Jalis”

Saya terkejut dari ribuan pokok sebelah kiri, seekor harimau muncul. Misainya bergerakgerak dan dalam samarsamar senja itu sinar matanya seakanakan bercahaya.

"Kau datang sayang”, kata datuk.

Harimau bergerak untuk menghampiri datuk. Dengan tenang datuk menghulurkan lengan tangan kanan kanannya pada harimau itu. Lidah harimau yang panjang dan merah itu menjilat kulit lengan kanan merebahkan bulubulu roma hitam dan lebat di tangan datuk yang kaya dengan urat. Datuk lalu memeluk leher harimau. Datuk merabahraba misai harimau, dan harimau besar itu menguap panjang.

Aug 6, 2025

PEMANDI JENAZAH NAMPAK KELIBAT DI LADANG


Sumber : <<<mStar>>>

Januari 26, 2025

PEMANDI JENAZAH NAMPAK KELIBAT DI LADANG

-Pemandi jenazah nampak kelibat di ladang, ahli keluarga diganggu di rumah... Arwah rupanya bela hantu raya-


APABILA berlakunya kematian, Pak Saad (bukan nama sebenar) merupakan antara individu terawal yang dicari di kampungnya.

Pak Saad yang kini berusia 60-an mengabdikan seluruh hidupnya sebagai pemandi jenazah yang mana ia merupakan pekerjaan tradisi keluarganya.

Sebagai orang lama, sudah tentu Pak Saad mempunyai banyak pengalaman termasuklah kisah-kisah yang agak seram.

Antaranya, Pak Saad pernah melihat orang yang sudah meninggal dunia berkeliaran di kampungnya.

Kisah yang berlaku sekitar tahun 2009 itu masih lagi segar di ingatannya.

Aug 5, 2025

KISAH PENUNGGU LUBUK BAUNG

 

Sumber : <<<Mastika>>>
May 24, 2024
KISAH PENUNGGU LUBUK BAUNG

Siapa kaki pancing? Kalau yang jenis tegar, kebiasaannya pasti ada pengalaman aneh pernah dilalui sewaktu memancing. Begitu juga kisah yang akan saya ceritakan ini.

Saya pun kaki pancing juga. Ada satu kisah yang saya alami, tak silap berlaku dalam tahun 2010. Suatu malam, saya bersama abang, Rauf dan seorang rakan bernama Man pergi memancing di Sungai Kerian, iaitu sebuah sungai besar yang menjadi sempadan antara negeri Perak dan Kedah.

Aug 2, 2025

KELIBAT NENEK MISTERI DAN KAYU BALAK

 

Sumber : <<<Mastika>>>

November 23, 2023

KELIBAT NENEK MISTERI DAN KAYU BALAK

Kelibat nenek tua dan misteri kayu balak di atas lebuh raya

Dalam dunia yang penuh misteri dan keanehan ini sering kali terbit cerita-cerita yang ada kalanya tidak masuk akal diceritakan ramai. Penampakan kelibat aneh adalah salah satu daripada peristiwa pelik yang dialami ramai orang.

Kelibat adalah terma yang digunakan bagi menjelaskan kejadian aneh bayang susuk tubuh atau imbasan sesuatu yang berlaku pantas dalam masa beberapa detik dilihat oleh anak mata. Satu kejadian paranormal yang biasa namun kesannya besar pada mangsa terutama daripada sudut psikologi.

Satu kes pernah berlaku sekitar tahun 2007 di sebuah pekan kecil di selatan tanahair. Sebuah keluarga yang sedang dalam perjalanan ke Johor pada satu tengah malam ketika hujan renyai membasahi tar jalan raya. Waktu sudah menunjukkan pukul 2.15 pagi.

Jul 17, 2025

TOK AWANG NGAH : EP42 - ORANG BERKEPALA ANJING

 


 

TOK AWANG NGAH : EP42 - ORANG BERKEPALA  ANJING

Kejadian yang aneh mula mengemparkan di Lobak, Seremban dalam tahun 1973 apabila ada orang yang terserempak orang berkepala anjing. Tetapi saya tidaklah berapa percaya sangat kerana kemungkinan orang itu memakai topeng seperti anjing ketika ditemui.

 Seorang perempuan Cina memberitahu saya orang berkepala anjing itu lari ke to’ kong di Lobak, kemudiannya hilang. Lobak itu memanglah kawasan tempat tinggal orang Cina, hanya sedikit sahaja orang India dan Melayu. Tentulah mengherankan kejadian seperti ini berlaku dalam kawasan orang-orang Cina.

SIAPA GADIS MISTERI YANG MENUMPANG

 

Sumber : <<<MASTIKA>>>

November 5, 2021

Coretan Pengalaman : Mohd Saifullah, Pahang

SIAPA GADIS MISTERI YANG MENUMPANG

Siapa ‘gadis’ misteri yang menumpang sehingga ke Jerantut Feri itu?

BILA baca kisah-kisah penumpang misteri yang menumpangi kenderaan, aku juga pernah melalui kisah yang sama lama dahulu di kampung halaman aku di Pahang.

Kisah ini sudah lama, awal tahun 2000-an rasanya. Aku ingat lagi, malam itu aku hendak ke rumah abang aku di Cheka, Kuala Lipis.

Waktu ketika itu sudah hampir  pukul 12.00 malam, aku baru hendak bergerak dari rumah aku di Kuala Tembeling, Pahang. Jarak dari rumah aku untuk ke rumah abang aku tu lebih kurang 50 batu jauhnya.

Aku terpaksa bergerak malam tu jugak sebab esok pagi, aku kena pergi pekan Kuala Lipis untuk uruskan hal penting. Kalau esok pagi baru nak bertolak, alamatnya memang lambatlah urusan tu selesai nanti. Sebab tu aku buat keputusan bertolak malam tu jugak ke rumah abang aku.