RAKAMAN
PODCAST ADA SUARA KE-EMPAT
Tiga sahabat
menjalankan sebuah podcast seram urban yang semakin popular. Dalam satu episod
khas, mereka merakam cerita pengalaman sebenar di sebuah bangunan pejabat lama
yang pernah terbakar.
Rakaman
berjalan seperti biasa…tiga suara, tiga cerita. Namun selepas proses suntingan,
mereka menemui sesuatu yang mustahil. Dalam rakaman itu… ada suara keempat.
Suara yang tidak pernah ada di dalam bilik. Suara yang mula bercakap… selepas mereka berhenti bercakap. Dan lebih menakutkan…suara itu tahu perkara yang belum berlaku.
Studio itu kecil. Hanya sebuah bilik sewa di tingkat atas kedai lama. Dindingnya dilapik foam hitam, meja penuh dengan mikrofon dan laptop.
Dan malam
itu… Seperti biasa… Mereka bertiga
bersedia untuk rakam episod baru.
“Aku rasa
episod kali ni paling keras,” kata Farid sambil betulkan mic.
“Bangunan tu
memang ada kes,” balas Lina.
“Kebakaran…
ramai mati terperangkap.”
Haziq hanya
diam, fokus pada laptop. “Recording rolling… 3… 2… 1…”
Lampu merah
menyala.
“Selamat
datang ke Midnight Signal Podcast…”
Suara mereka
stabil. Cerita mengalir. Tentang bangunan lama di tengah Bandar…yang pernah
terbakar bertahun lalu.
Tentang
orang yang nampak bayang di tingkap tingkat atas. Tentang bunyi ketukan… walaupun
bangunan itu kosong.
Rakaman
berjalan hampir satu jam. Tiada gangguan. Tiada bunyi pelik. Tiada apa-apa yang
luar biasa.
Sehinggalah
Haziq buka semula rakaman itu keesokan hari. Dia pasang headphone. Mainkan
audio. Awalnya normal.
Suara Farid.
Lina. Dan dirinya sendiri. Kemudian… Pada minit ke-43… Selepas Lina habis
bercakap… Ada senyap selama dua saat.
Dan dalam
senyap itu… Ada suara lain. “…kau lupa aku.”
Haziq terus
berhenti. Dia rewind. Main semula.
“…kau lupa
aku.”.. Suara itu jelas. Perlahan. Seolah-olah berbisik… tepat ke mikrofon.
Malam itu… Mereka
bertiga berkumpul semula di studio.
“Itu bukan
suara aku,” kata Farid cepat.
“Bukan aku
juga,” Lina menggeleng.
Haziq tidak
jawab. Dia hanya tekan play. Kali ini mereka dengar bersama. Dan kali ini… Suara
itu tidak berhenti setakat satu ayat.
“…aku ada
masa kau masuk…”
“…aku duduk
sebelah…”
“…kau tak
nampak…”
Lina menutup
mulut. Farid berdiri….“Stop. Stop. Stop.”
Tetapi Haziq
tidak berhenti. Dia teruskan playback. Wajahnya kosong. Kerana suara itu.. Sekarang
menyebut nama mereka satu per satu.
“Farid…”
“Lina…”
“Haziq…”
Dan
kemudian… Suara itu berubah. “…aku tunggu dari malam kebakaran tu…”
Studio
tiba-tiba terasa sempit. Udara berat. Sejuk.
“Ini prank
ke?” Farid berbisik.
Tiada siapa
jawab. Haziq membuka waveform audio. Zoom in. Ada satu track tambahan. Bukan
dari mana-mana mic. Bukan dari input sistem.
Seolah-olah…
Audio itu dirakam dari tempat lain.
“Ini
impossible…” Haziq perlahan.
Malam
berikutnya… Mereka cuba rakam semula. Kononnya untuk buktikan itu hanya glitch.
“Recording
rolling… 3… 2… 1…”
Kali ini… Mereka
tidak cerita apa-apa seram. Hanya sembang kosong. Ketawa. Topik ringan. Tiada
apa berlaku. Rakaman tamat.
Namun bila
Haziq buka audio itu… Dia terus diam. Track keempat itu…Masih ada.
Dan kali
ini… Ia bercakap sepanjang rakaman.
“…kau duduk
tempat aku…”
“…kerusi tu
milik aku…”
“…aku tak
pernah keluar…”
Lina mula
menangis. Farid marah… “Kita delete semua ni!”
Tetapi bila
mereka cuba padam fail itu— Error. File cannot be deleted.
Nama fail
itu berubah sendiri. Episode_Unknown_4thVoice_FINAL
Dan
timestamp… Bukan masa mereka rakam. Tetapi.. tarikh kebakaran bangunan yang
mereka ceritakan.
Malam itu… Lampu
studio berkelip. Sekali. Dua kali. Dan kemudian… Sistem rakaman menyala
sendiri. Tanpa sesiapa tekan.
Waveform
mula bergerak. Mic tidak dihidupkan. Namun audio masuk. Dan melalui speaker… Suara itu kembali. Lebih dekat. Lebih jelas.
“Aku dah
jumpa kau sekarang…”
Kerusi di
sebelah Lina… Perlahan-lahan… berkeriut. Seolah-olah ada seseorang baru duduk. Lina
menoleh. Kosong.
Tetapi mic
di depan kerusi itu… Level audionya naik. Seperti seseorang sedang bernafas. Haziq
melihat monitor.
Track
keempat…. Kini ada label. “HOST 4”
Dan sebelum
mereka sempat lari… Satu ayat terakhir keluar…
“Episod
seterusnya… kau semua tak perlu datang…”
“…aku yang
akan rakam.”
Podcast itu
berhenti tiba-tiba. Tiada episod baru. Tiada pengumuman. Namun ada pendengar
mendakwa… Mereka masih jumpa episod baru
muncul di platform tertentu. Tanpa tajuk. Tanpa deskripsi.
Dan dalam
episod itu…Hanya ada satu suara. Empat suara… sudah menjadi satu.
No comments:
Post a Comment