MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label tuju-tuju. Show all posts
Showing posts with label tuju-tuju. Show all posts

Jun 5, 2026

SANTAU JARUM

 


SANTAU JARUM

 

Selepas kematian seorang bomoh tua yang terkenal dengan ilmu santau, penduduk sebuah kampung menyangka segala amalan hitamnya telah berakhir.

Namun tidak lama selepas itu, seorang pemuda bernama Rizal mula mengalami kejadian pelik setiap malam…. tubuhnya sakit seperti dicucuk sesuatu dari dalam.

Pada suatu malam, ibunya menemui sebatang jarum keluar dari kulit belakangnya. Keesokan harinya muncul jarum kedua. Kemudian ketiga.

Sehinggalah seorang ustaz memberitahu sesuatu yang menakutkan.

Jika cukup tujuh jarum keluar dari tubuhnya… itu bermaksud seseorang sedang menyempurnakan santau yang telah lama disimpan.


May 18, 2026

NAMA YANG DITULIS DENGAN DARAH AYAM HITAM

 


NAMA YANG DITULIS DENGAN DARAH AYAM HITAM

 

Di sebuah kampung pedalaman, seorang lelaki bernama Hafiz mula mengalami gangguan aneh selepas dia berselisih faham dengan seorang lelaki tua yang terkenal sebagai bomoh lama kampung.


Pada awalnya, gangguan itu kecil... mimpi buruk, bau hanyir di dalam rumah, dan ayam-ayam peliharaannya mati tanpa sebab.


Namun beberapa hari kemudian, Hafiz menemui sesuatu yang lebih menakutkan. Di bawah tikar mengkuang di ruang tamunya terdapat sehelai kertas kuning lama. Di atas kertas itu tertulis satu nama menggunakan darah ayam hitam yang sudah kering.

Nama itu ialah namanya sendiri.

Orang tua kampung mula berbisik bahawa itu adalah sebahagian daripada amalan sihir lama — apabila nama seseorang ditulis dengan darah ayam hitam dan diseru setiap malam, roh yang dipanggil akan mula mencari tuannya.


Dan roh itu tidak akan berhenti… sehingga orang yang namanya ditulis itu mati.


Nov 7, 2025

MAKANAN PANAS BERASAP PUN DIHURUNG LALAT

 

Sumber : <<mStar>>  September 25,2025

MAKANAN PANAS BERASAP PUN DIHURUNG LALAT

Makanan panas berasap pun dihurung lalat, suami isteri tak sedar jadi sasaran jin pembawa sihir! Insiden waktu senja bongkar segalanya


MENIKMATI makan malam di luar merupakan perkara biasa bagi Syafikah dan suaminya, Sofi.

Keletihan melakukan kerja seharian di samping kesesakan jalan raya membuatkan mereka berdua memilih untuk tidak memasak pada hari bekerja.

Seperti biasa, mereka ke kawasan sekitar Bandar Baharu Sungai Buloh, Selangor kerana mempunyai pelbagai pilihan restoran dan kedai makan.


Aug 8, 2025

DALAM RAHIM ADA RAHSIA

 


 DALAM RAHIM ADA RAHSIA

 

Tiada bunyi lebih menenangkan bagi Mariam selain degupan jantung bayi dalam rahimnya setiap kali dia pergi membuat pemeriksaan di klinik kesihatan. Setiap denyut itu menghidupkan harapan, menghapuskan keletihan dan kesunyian yang dirasainya sejak berpindah ke rumah pusaka suaminya, di Kampung Bukit Senduk — sebuah perkampungan kecil terpencil di pinggir hutan tanah tinggi.

Suaminya, Faiz, bekerja di luar daerah dan hanya pulang hujung minggu. Maka hari-hari Mariam diisi dengan diam. Sunyi. Dan bisikan halus dari tingkap dapur setiap malam.

 

Kehamilan Mariam telah memasuki minggu ke-32. Kandungan sihat. Perutnya semakin membesar. Namun sejak masuk bulan ketujuh, Mariam mula bermimpi pelik.

Jul 17, 2025

SIAPA GADIS MISTERI YANG MENUMPANG

 

Sumber : <<<MASTIKA>>>

November 5, 2021

Coretan Pengalaman : Mohd Saifullah, Pahang

SIAPA GADIS MISTERI YANG MENUMPANG

Siapa ‘gadis’ misteri yang menumpang sehingga ke Jerantut Feri itu?

BILA baca kisah-kisah penumpang misteri yang menumpangi kenderaan, aku juga pernah melalui kisah yang sama lama dahulu di kampung halaman aku di Pahang.

Kisah ini sudah lama, awal tahun 2000-an rasanya. Aku ingat lagi, malam itu aku hendak ke rumah abang aku di Cheka, Kuala Lipis.

Waktu ketika itu sudah hampir  pukul 12.00 malam, aku baru hendak bergerak dari rumah aku di Kuala Tembeling, Pahang. Jarak dari rumah aku untuk ke rumah abang aku tu lebih kurang 50 batu jauhnya.

Aku terpaksa bergerak malam tu jugak sebab esok pagi, aku kena pergi pekan Kuala Lipis untuk uruskan hal penting. Kalau esok pagi baru nak bertolak, alamatnya memang lambatlah urusan tu selesai nanti. Sebab tu aku buat keputusan bertolak malam tu jugak ke rumah abang aku.

Jul 15, 2025

KISAH BEBOLA API YANG BERGENTAYANGAN

 

Sumber : <<<Zulkarnain Zakaria>>>

November 24, 2021

KISAH BEBOLA API YANG BERGENTAYANGAN

Tuju-tuju, Dawcina, Oborabi… Kisah bebola api yang bergentayangan. Roh, hantu atau sihir?

Sewaktu berusia belasan tahun, saya pernah melihat pancaran api yang agak aneh. Ketika itu pukul 8.30 malam dan di udara kelihatan bebola api sebesar duit syiling. Ia bergerak laju, ke atas dan ke bawah berserta ekor yang panjang seperti tali, sebelum hilang begitu saja.

“Itu tuju-tuju,” kata seorang kawan yang turut melihatnya.

Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, tuju-tuju adalah sihir yang dihantar oleh seseorang kepada orang yang dibencinya. Sihir ini akan meluncur di udara mencari mangsanya dan dapat dilihat dalam bentuk api yang terawang-awang.

Semasa saya ke Fiji pada tahun 1999 bagi membuat tugasan untuk majalah Mastika, saya mendapati apa yang saya lihat tadi seperti ada persamaannya dengan kepercayaan masyarakat tersebut.

Jul 11, 2025

ADA BENDA BERGOLEK ATAS BUMBUNG

 

Sumber : <<<MSTAR>>>

Mei 11, 2025

ADA BENDA BERGOLEK ATAS BUMBUNG

Ada benda golek-golek atas bumbung bilik pukul 3 pagi, kongsi dengan famili baru ibu buka cerita


PENGALAMAN terlihat sosok pocong dengan mata sendiri semestinya tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Bayangkan, jelmaan makhluk berbungkus kain putih itu muncul di hadapan mata di kala awal pagi, ketika sedang berseorangan di bilik!

Berkongsi kisah mistik tersebut di laman sosial, seorang pelayar @manofthe7133 berkata, kejadian berlaku ketika dia pulang ke rumah ibu dan bapanya di kampung.


"Dalam pukul 3 pagi tengah main telefon bimbit, scroll TikTok sebab jenis tak boleh tidur. Rumah saya ni dekat belakang adalah alur sungai. Bilik saya juga dekat bahagian dapur. 

Jul 10, 2025

TOK AWANG NGAH : EP41 - PADAH POLONG TURUN TEMURUN

 


TOK AWANG NGAH : EP41 -  PADAH POLONG TURUN TEMURUN

Rumah papan yang disewa tidaklah mahal sangat apabila Derih Bauk berpindah ke Kluang di Johor. Manalah ada pilihan lain mahu menyewa rumah, melainkan berdekatan dengan kem. Mudahlah berulang alik ke tempat kerja sekalipun ditugaskan sebelah malam.

 Apalagi masa perintah orang putih, memang selalu masuk ke hutan hingga jarang balik ke rumah. Kalau ikutkan hatinya Derih Bauk tidak mahu membawa keluarga ke Kluang, biarlah mereka semua di kampung sahaja. Dia boleh balik ke kampung apabila cuti panjang selepas dikerah masuk hutan.

Jul 8, 2025

TUMPANGLAH....JANGAN NAK UJI!!

 

Sumber : <<<<Mastika>>>>

Julai 11, 2024

Diceritakan Oleh : Abdul Razak Mohd Ali

TUMPANGLAH....JANGAN NAK UJI!!

“Kalau nak tumpang… tumpanglah. Jangan nak uji!”

Pengalaman saya memandu membawa jenazah bukanlah baru. Sejak tahun 1987 lagi saya sudah mula bertugas sebagai pemandu van jenazah di Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Ketika itu, ada seorang pemandu van jenazah senior bernama Pak Hussein yang banyak memberi petua-petua berguna kepada saya semasa menjalankan tugas.

Saya akui, ada kalanya petua-petua yang diberi Pak Hussein itu memang berguna. Sebagai pemandu veteran yang paling berpengalaman, banyaklah petua yang saya ambil dari Pak Hussein. Pernah semasa mengalami gangguan, Pak Hussein sengaja mempelawa makhluk itu menumpang van kami.

“Hai takkan nak pelawa pula makhluk tu naik van sama,” fikir saya.

Jul 7, 2025

TAMAR JALIS (JILID 2) : EP25 - SUMPAH NASI TANGAS

TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 2 

 

TAMAR JALIS (JILID 2) : EP25 - SUMPAH NASI TANGAS

Suasana di pekan kecil Terung di pagi Selasa dalam musim tengkujuh cukup lembab. LopakIopak yang terdapat berhampiran bangunanbangunan kedai di situ ditakungi air, akibat hujan yang memanjang pada sebelah malamnya. Saya dan datuk masih lagi duduk di warung kopi sebelah kanan jalan menghala ke Kuala Terung. Di perhentian bas kirakira 10 hingga 15 anak muda menanti bas.

Mereka mahu pergi ke bandar Taiping menonton filem Melayu. Datuk mula resah. Uda Lodin, kawan datuk belum juga tiba. Jam di dinding warung sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Saya mengambil akhbar Utusan Melayu milik tuan punya warung yang terletak di meja sebelah.

Jul 6, 2025

MISTERI MALAM BULAN PERBANI MUDA

 

Sumber : <<<Mastika>>>

Ogos 18, 2022

Diceritakan Oleh : Iqmal Tajul, Kuala Lumpur

MISTERI MALAM BULAN PERBANI MUDA

KISAH ini sudah lebih 10 tahun berlaku, namun masih saya ingat sehingga kini. Ketika itu, saya pulang ke kampung di Sabak Bernam, Selangor.

Salah satu aktiviti yang saya gemari bila pulang ke kampung ialah memancing. Saya ingat lagi kejadian aneh malam itu. Ketika itu musim air pasang perbani dan bulan mengambang penuh. Selalunya pada musim begitu, hasil memancing biasanya lumayan. Tak perlu ke tengah laut, memancing di gigi air pun sudah cukup.

Itulah masa yang saya suka. Walaupun ombak dan angin agak kuat daripada biasa, ikan senang sangkut. Malam itu, saya memancing bersama sepupu di pantai berhampiran kampung kami.

Tapi, kami rasa pelik. Malam itu tak seperti malam-malam air pasang perbani bulan muda sebelumnya. Sudah dekat tiga jam kami memancing, namun langsung tiada hasil. Daripada pukul 9.00 malam hingga dekat 12.00 malam kami di situ, tetap hampa. Tiada seekor ikan pun mengena.

RUMIT NAK BUAT MINYAK DAGU

 

Sumber : <<<<mstar>>>>

Mei 24, 2025

RUMIT NAK BUAT MINYAK DAGU

Dengar pun seram! Sami Siam cerita betapa rumit nak buat minyak dagu... Banyak syarat pelik, menakutkan

DALAM dunia mistik, minyak dagu bukan satu nama asing dan sering disebut sebagai antara 'ramuan' paling ditakuti serta penuh misteri. 

Minyak ini dipercayai mampu menundukkan hati manusia, melariskan perniagaan malah memberi perlindungan kepada pemiliknya. 

Seorang lelaki mencuri perhatian di media sosial selepas berkongsi rahsia dan syarat lengkap cara pembuatan minyak dagu ampuh mengikut kepercayaan masyarakat Siam.


Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki itu berkata ilmu dan pengetahuan mengenai pembuatan minyak berkenaan diceritakan oleh seorang pengamal perubatan mistik dari negara tersebut.

Jul 5, 2025

MAKHLUK APA YANG TEBAR JALA ITU?

 

Sumber : <<<Mastika>>>

Oktober 12, 2023

Diceritakan oleh : Yas Bin Awang (Pak Su Yas)

MAKHLUK APA YANG TEBAR JALA ITU?

KEJADIAN ini berlaku pada tahun 2006. Malam itu, lebih kurang pukul 10.00 malam, saya duduk di pekarangan rumah di Kampung Pasir Tambang, Kuala Tembeling, Pahang membetulkan jala ikan.

Malam itu cuaca sangat baik. Langit cerah dan bulan mengambang penuh. Waktu-waktu begitu, banyak ikan yang naik. Memang masa yang sesuai untuk pergi menjala.

Selesai menjahit jala, saya capai lampu picit. Tanpa buang masa, saya segera ke belakang rumah untuk menuruni denai curam ke Sungai Tembeling. Tak sampai sepuluh minit, saya sudah terpacak di tepi tebing sungai.

Jangkaan saya memang tepat. Air malam itu memang cantik. Tidak terlalu dalam dan tidak terlalu cetek. Dalam kelam malam dibantu oleh cahaya bulan, saya boleh nampak kelibat ikan bermain-main di dalam air.

Jul 2, 2025

DI SINI AKU BERHENTI

 


  DI SINI AKU BERHENTI

Sebuah Kisah Seram Lebuhraya Malaysia

Terowong Menora, yang menghubungkan Ipoh ke utara, adalah nadi utama kepada Lebuhraya PLUS. Ia dibina menembusi bukit batu kapur dan hutan simpan yang gelap. Ramai yang memuji keindahan panorama bukitnya, tetapi bagi pemandu lori, ambulans dan pengguna lebuhraya malam — Menora adalah tempat yang tidak boleh dipandang ringan.

Sejak 1994, lebih 20 kemalangan maut dicatatkan di kawasan sekitar terowong itu. Namun bukan kemalangan yang membimbangkan... tetapi apa yang dilihat sebelum itu berlaku.

Jun 30, 2025

SBDJ (JILID 1) :EP24 - PUAKA TIANG SERI

 TAMAR JALIS

SIRI BERCEAKAP DENGAN JIN

JILID 1



 SBDJ (JILID 1) :EP24 - PUAKA TIANG SERI

kebesaran duduk atas bantal. Misainya cukup lebat. Sinar matanya tajam dan di sebelah lutut kanan tersimpuh seorang puteri.

"Apa hajat?", terdengar suara parau.

"Minta tuan hamba keluar dari sini”, balas datuk.

"Minta maaf. Janji kita, selagi tiang seri ini berada di rumah ini, kita tidak keluar. Itu janji kita dengan  tuan punya rumah asal"

"Saya minta pada tuan hamba. Saya minta maaf kami sekadar meminta”

”Kau dan aku adalah makhluk Allah. Kenapa harus menghalau makhluk lain yang punya niat baik"

"Maksud tuan hamba?"

Jun 29, 2025

SIAPA YANG CAKAR BAWAH KATIL

 

Febuari 15, 2024

Catatan Oleh : Syarifah Sofiiya, Johor Bahru

Sumber : <<<Mastika>>>

Jika bukan si Leper, siapa yang mencakar dari bawah katil itu?

SIAPA YANG CAKAR BAWAH KATIL

Aku memang suka membaca novel. Lebih-lebih lagi novel genre romantik. Biasanya aku membacanya pada waktu malam. Hendak tahu macam mana aku baca novel? Aku akan baring di atas katil sambil kedua-dua kaki aku juntaikan ke bawah mencecah lantai.

Ada sebab mengapa aku menjuntaikan kaki. Semuanya kerana Leper, kucing kesayangan aku. Ada kalanya ketika aku membaca novel, kaki aku dicuit-cuit manja. Aku biarkan saja Leper buat begitu. Setiap kali kaki aku dicuit atau digesel-gesel, pasti aku akan memanggil namanya. Kemudian Leper akan melompat ke atas katil.

Jun 28, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP23 - ROH BAYI MENCARI IBU

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



 SBDJ (JILID 1) : EP23 - ROH BAYI MENCARI IBU

 "Boleh, apa salahnya”

Saya pun terus melompat ke atas lanting basikal. Entah macam mana, Pak Ayub Naim terus bercerita tentang keistimewaan arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja. Menurut Pak Ayub Naim, ayah Tok Kaya Sendi Diraja pemah mendapat harta karun di kaki gunung iaitu tempayan tembaga yang sumbing mulutnya.

Tempayan itu tidak di bawa pulang. Ditempatkan di satu kawasan dan dimandikan dengan air bungabungaan selepas sembahyang Jumaat. Sejak bertemu tempayan tentang itu, pemiagaannya bertambah maju. Lombong bijih terus dibuka hingga ke Jeram Mengkuang dekat Bidor. Bila ayah Tok Kaya Sendi

Jun 27, 2025

BLOK B: TINGKAT TIGA

 


 

"BLOK B: TINGKAT TIGA"

Kisah Seram Asrama Perempuan

 

Sekolah Menengah Seri Selatan (nama samaran), terletak di hujung daerah Johor, adalah sebuah sekolah asrama penuh perempuan yang tersorok di balik ladang getah dan sawah luas. Terkenal dengan prestasi akademik dan disiplin ketat, ramai ibu bapa bangga menghantar anak mereka ke sini.

Namun di sebalik pagar berwarna biru tua itu, tersembunyi satu kisah yang tidak pernah keluar dari mulut pelajar — kisah tentang Tingkat 3, Blok B, asrama paling lama dan paling sunyi.

SIAPA APEK YANG SAYA JUMPA TADI ?

 

 Sumber : <<<Mastika>>>

Julai 20, 2023

Diceritakan Oleh Suffian Tarmizi, Kuala Lumpur

SIAPA APEK YANG SAYA JUMPA TADI ?

Kalau dengar orang atau rakan-rakan sendiri bercerita kisah hantu, saya kebiasaannya menjadi pendengar sahaja. Jarang saya menyampuk atau tumpang sekaki.

Saya kurang percaya dengan cerita-cerita hantu. Selama 35 tahun hidup, belum pernah saya jumpa dengan makhluk yang digambarkan berwajah buruk, hodoh, menyeramkan dan macam-macam lagi rupa yang menakutkan itu. Namun, pengalaman yang berlaku beberapa tahun lalu betul-betul merubah segala tanggapan saya tentang kewujudan makhluk halus ini.

Saya bekerja sebagai pegawai pemasaran dengan sebuah syarikat swasta. Tugas ini menuntut saya menjelajah ke serata pelosok negeri untuk tempoh beberapa hari.

Jun 26, 2025

ANGKARA JIN ASYIK!

 


Derita diganggu sejak bujang, lepas kahwin minta cerai setiap hari angkara jin asyik! Selesai rawatan baru ibu dedah keturunan


Sumber : <<<Mistik>>>
Mei 29, 2025

ANGKARA JIN ASYIK!

GANGGUAN makhluk halus seperti saka bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh.

Sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini, dia berkongsi bagaimana peritnya penderitaan yang dialami gara-gara terkena gangguan jin asyik.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, wanita yang dikenali sebaga@minazaini berkata, gangguan tersebut dialaminya sejak bujang dan berlanjutan selepas dia mendirikan rumah tangga.

"Sebelum ni aku dan suami pernah berubat dengan seorang ustaz. Katanya kami kena sihir pemisah, sihir yang buat suami isteri bergaduh, benci dan renggang.