MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label jin. Show all posts
Showing posts with label jin. Show all posts

Jul 14, 2026

SOLAT BERJEMAAH MAKMUM BUKAN MANUSIA

 


SOLAT BERJEMAAH MAKMUM BUKAN MANUSIA

-Masjid Jin: Solat berjemaah, tapi makmumnya bukan manusia-


Di Masjid Lama Kampung Panchang Bedena, ada satu perkara yang sudah sebati dengan penduduk setempat.

Masjid lama yang dibina sekitar tahun 1905 di Sabak Bernam, Selangor, hari ini, ia lebih dikenali dengan satu nama yang cukup menggerunkan iaitu Masjid Jin.

Menurut seorang penduduk kampung, Kak Sid, suasana di masjid itu berubah sepenuhnya apabila malam menjelma.

“Penduduk di sini, sudah biasa. Di Masjid Jin, siang nampak biasa, tapi bila malam, lain macam. Sunyi dia bukan sunyi kosong… macam ada ‘sesuatu’,” katanya perlahan.


Jun 14, 2026

BUKAN SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg V) : YANG DATANG DENGAN NAMA TUHAN

 


BUKAN SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg V) : YANG DATANG DENGAN NAMA TUHAN

 

Subuh itu akhirnya tiba. Tapi bukan dengan tenang. Kampung Sungai Lurah diselubungi kabus tebal.Bukan kabus biasa.Kabus yang… diam. Seolah-olah menahan bunyi.

Mak Som berdiri di tingkap.Matanya tak lepas dari jalan tanah merah.

Hari ini…Ustaz Muhaimin akan datang. Di belakangnya…Faiz duduk bersila. Tenang.

“…mak tunggu dia,” katanya perlahan.

Mak Som tak jawab.


Jun 10, 2026

BUKAN SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg IV) : YANG TIDAK BOLEH DIBEZAKAN LAGI

 


BUKAN SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg IV) : YANG TIDAK BOLEH DIBEZAKAN LAGI

 

Subuh tak pernah sampai dengan tenang di Kampung Sungai Lurah.

 Pagi itu…langit cerah. Tapi kampung itu…rosak. Tiada orang duduk di beranda. Tiada bunyi cakap. Tiada salam. Semua pintu… tertutup rapat.

 Dari dalam.Mak Som duduk bersandar di penjuru rumah. Matanya kosong. Tak tidur. Tak makan. Di hadapannya… Faiz atau…salah satu daripada Faiz.


Jun 6, 2026

BUKAN SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg III) : YANG SUDAH PANDAI MENIPU

 


BUKAN SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg III) : YANG SUDAH PANDAI MENIPU

 

Malam itu…tiada siapa tidur di Kampung Sungai Lurah. Bukan sebab bunyi. Tapi sebab terlalu sunyi.

 

Mak Som duduk bersandar di dinding ruang tamu. Matanya merah, tak lepas dari pintu depan. Di hadapannya, Faiz duduk diam. Seperti patung. Tapi kali ini…dadanya naik turun. Perlahan. Tidak sekata. Seperti seseorang yang baru belajar bernafas… dan masih belum biasa.


Apr 27, 2026

TALI POCONG DI BAWAH BANTAL

 


TALI POCONG DI BAWAH BANTAL

 

Seorang lelaki bernama Faizal mula mengalami mimpi aneh selepas membantu membersihkan sebuah kubur lama yang rosak akibat tanah runtuh.

Dalam mimpinya, dia melihat seorang mayat terbaring dalam kain kafan yang basah, dan sesuatu di kepala mayat itu tidak diikat dengan sempurna.

Beberapa hari kemudian, Faizal terjaga dari tidur dan menemui seutas tali kafan basah di bawah bantalnya.

Pada malam berikutnya… tali itu muncul lagi. Dan seorang ustaz memberitahu sesuatu yang lebih menakutkan.

Jika tali pocong itu terus muncul… bermaksud seseorang sedang cuba memanggil mayat yang pernah diikat dengannya.


Mar 19, 2026

TUJUH JARUM

 


TUJUH JARUM

 

Selepas pulang dari merantau di bandar, seorang pemuda bernama Faizal kembali menetap di rumah pusaka keluarganya di sebuah kampung terpencil.

Beberapa hari kemudian, dia mula mengalami perkara aneh. Badannya sering sakit seperti dicucuk sesuatu dari dalam. Setiap malam dia bermimpi seseorang berdiri di hujung katilnya.

Sehinggalah suatu pagi, Faizal menemui tujuh batang jarum karat tertanam di salah satu tiang rumah kayunya.

Orang kampung percaya… itu bukan sekadar amaran. Itu adalah permulaan santau.


Feb 28, 2026

JARING YANG NAIK DENGAN RAMBUT PANJANG

 


JARING YANG NAIK DENGAN RAMBUT PANJANG

 

Tiga nelayan menarik jaring di kawasan muara yang sunyi, namun jaring itu naik bersama rambut panjang milik seorang wanita yang mati lemas bertahun-tahun dahulu. Mayat itu bukan sekadar bangkai—ia menuntut kembali jaringnya. Mereka berjaya melarikan diri, tetapi sesuatu dari laut itu tetap pulang bersama mereka.


Feb 23, 2026

JURUFOTO MENGGIGIL DIGANGGU

 

Sumber : <<MSTAR | MISTIK>> 

JURUFOTO MENGGIGIL DIGANGGU

-Pengantin disihir, jurufoto menggigil diganggu! Terpaksa padam semua gambar kerana wajah terlalu hodoh-


SEORANG jurufoto berkongsi pengalaman menyeramkan ketika merakam foto pengantin di Pahang, sehinggakan dia menggigil ketakutan melihat gambar-gambar yang diambil.

Menurut lelaki itu, majlis akad nikah berlangsung pada Jumaat malam dan dia perlu memandu empat jam dari Kuala Lumpur untuk sampai ke lokasi.


Nov 30, 2025

DIROGOL PENUNGGU RUMAH SEWA

 

Sumber : <<MSTAR | Mistik>>  November 20,2025


DIROGOL PENUNGGU RUMAH SEWA

-Paha lebam, alat sulit sakit! Gadis dari Kuala Lumpur dirogol penunggu rumah sewa di Kedah... Bisikan suara garau masih segar dalam ingatan-


PERPINDAHAN dari Kuala Lumpur ke lokasi terpencil di negeri Kedah bukanlah satu proses yang mudah.

Bagi Aimi (bukan nama sebenar), sungguhpun risau namun dia terpaksa memberanikan diri demi tuntutan kerjaya.

Atas arahan majikan, dia terpaksa berpindah ke utara tanah air bagi menguruskan cawangan baharu di sana.

Selain cabaran menyesuaikan diri di tempat baharu, dia juga bimbang untuk tinggal bersendirian di rumah sewa.


Nov 7, 2025

MAKANAN PANAS BERASAP PUN DIHURUNG LALAT

 

Sumber : <<mStar>>  September 25,2025

MAKANAN PANAS BERASAP PUN DIHURUNG LALAT

Makanan panas berasap pun dihurung lalat, suami isteri tak sedar jadi sasaran jin pembawa sihir! Insiden waktu senja bongkar segalanya


MENIKMATI makan malam di luar merupakan perkara biasa bagi Syafikah dan suaminya, Sofi.

Keletihan melakukan kerja seharian di samping kesesakan jalan raya membuatkan mereka berdua memilih untuk tidak memasak pada hari bekerja.

Seperti biasa, mereka ke kawasan sekitar Bandar Baharu Sungai Buloh, Selangor kerana mempunyai pelbagai pilihan restoran dan kedai makan.


Sep 13, 2025

PADAH BERURUSAN DENGAN JIN

 


PADAH BERURUSAN DENGAN JIN


 Malam itu sunyi. Hanya bunyi cengkerik bersahut-sahutan dari belukar di tepi sawah. Angin yang berpuput perlahan sesekali membawa bau tanah lembap, seolah-olah ada sesuatu yang sedang mengintai dari kegelapan.

 Farid, seorang pemuda berusia 24 tahun, duduk termenung di beranda rumah pusaka arwah datuknya. Pandangan matanya kosong, fikirannya kusut. Sejak beberapa minggu lalu, perniagaan kecilnya semakin merudum. Wang simpanan semakin susut, hutang pula makin bertimbun.


Aug 28, 2025

JIKA GELISAH SEBELUM TIDUR, CUBA PERHATI BILIK ANDA

 

Sumber : <<<Mastika>>>   Julai 25, 2024

JIKA GELISAH SEBELUM TIDUR, CUBA PERHATI BILIK ANDA

Jika gelisah sebelum tidur, cuba perhati bilik anda. Mana tahu ada sepasang mata sedang memerhati


Pernahkah anda menyangka bayang-bayang baju, seluar, bantal, almari, atau apa saja di dalam bilik anda adalah ‘hantu’? Saya percaya ramai yang pernah menyangka demikian terutamanya ketika anda masih kecil.

Saya ada kisah yang hampir serupa dengan apa yang saya nyatakan di atas. Ia hanya ‘hampir serupa’ tetapi tidak sama! Kisah saya ini terjadi lebih 20 tahun yang lalu, sewaktu saya berusia sembilan tahun.

Semasa kanak-kanak, saya pernah diganggu oleh dua peristiwa luar biasa yang saya anggap gangguan ‘hantu’. Pertama, berkenaan sepasang mata di dinding. Kedua, berkenaan kemunculan bayang-bayang besar. Semuanya berlaku di dalam bilik tidur saya.        


Aug 18, 2025

JANGAN BUAT PEKAK JIKA DENGAR BUNYI GULI ATAU PERABOT DISERET

 


Bunyi guli sering dikaitkan dengan kejadian mistik. -Gambar hiasan AI

Sumber : <<<mstar>>>        Julai 17, 2025

JANGAN BUAT PEKAK JIKA DENGAR BUNYI GULI ATAU PERABOT DISERET

Jangan buat pekak jika dengar bunyi guli atau perabut diseret... Segera lakukan 4 langkah ini elak gangguan jin


BAGI mereka yang tinggal di rumah bertingkat, pernah atau tidak anda terdengar bunyi guli jatuh ke lantai atau perabot diseret perlahan-lahan pada waktu malam?

Ramai beranggapan bahawa bunyi itu datang dari rumah jiran di tingkat atas.

Namun bagi masyarakat Melayu, bunyi-bunyi sedemikian berkemungkinan memberi maksud tertentu yang sukar dijelaskan dengan perkataan.

TOK AWANG NGAH : EP44 - GODAAN HANTU RIMBA

 



TOK AWANG NGAH : EP44 - GODAAN HANTU RIMBA


Dekat sempadan negeri Kelantan, tidak jauh juga dari pekan Munduk di mana kaki judi sabung ayam membawa ayam jaguhnya ke gelanggang sabungan, ada terdapat sebuah kampung bernama Kampung Lalang.

Penghuni Kampung Lalang ini asalnya adalah orang Melayu sebelah Kelantan. Tapi mereka menyeberang sempadan dan meneroka di sana hingga mereka jadi rakyat Thai.

Kebanyakan orang tua-tua di kampung ini tidak pandai cakap Thai. Di kampung inilah terdapat seorang anak muda yang bernama Ismail yang ketika itu berusia 22 tahun. Setelah enam bulan Ismail berkahwin dengan sepupunya bernama Salamah, ayahnya meninggal dunia. Jadi tanah yang diteroka oleh ayahnya, terpaksalah diteruskan oleh Ismail bersendirian. Kalau dulu dia hanyalah pembantu ayahnya meneroka tanah bukit untuk dijadikan kebun getah, kini dialah sendirian meneroka.

Aug 16, 2025

KABUS ABADI DI TAPAK KEM BUNIAN

 



KABUS ABADI DI TAPAK KEM BUNIAN

 

Perkhemahan tahunan pengakap sekolah menengah diadakan di pinggir Hutan Simpan Kuala Tahan, Pahang. Seramai 38 pelajar dan 5 guru pengiring mendirikan khemah berhampiran sebatang anak sungai yang jernih, terlindung oleh deretan pokok balak tinggi menjulang.

Malam pertama berlalu tenang.

Namun pada malam kedua, kabus putih tebal muncul tiba-tiba seawal pukul 9 malam. Ia menyusup perlahan, membelit sekeliling khemah sehingga pandangan tidak lebih dari satu meter.

Aug 11, 2025

BAYANGAN DI PINTU RUMAH SEWA

 



 BAYANGAN DI PINTU RUMAH SEWA


Ain, seorang pelajar tahun akhir jurusan seni halus, tidak percaya pada hantu. Atau itu yang dia selalu kata. Bila dia dapat tawaran rumah sewa RM180 sebulan, dia terus terima tanpa banyak soal — walau rumah itu agak uzur dan hanya ada satu bilik.

“Sebelum ni ada sorang pelajar duduk. Tapi dia pindah tiba-tiba,” kata Makcik Salmah, tuan rumah.
“Tapi rumah ni elok. Jangan risau.”

May 23, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP12 - TOYOL JADI JADIAN

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SBDJ  (JILID 1) : SIRI 12 - TOYOL JADI JADIAN

"Kau orang jangan bercakap walau sepatah apapun," datuk mengingatkan kami. Dia maju selangkah ke depan. Saya perhatikan mata mayat itu lama‐lama. Saya terkejut, memang di bahagian mata itu terdapat lubang yang boleh mengeluarkan cahaya, kalau seimbas pandang lubang itu tidak mudah kelihatan terpelohong, kelihatan macam mata manusia yang sempurna.

Datuk undur ke belakang. Dia membuka baju dan mengenakan ke tubuhnya kembali dalam keadaan terbalik. Dari rusuk baju sebelah kirinya datuk mengambil sebatang jarum panjang. Mayat yang sudah berbau itu berpusing‐pusing di atas tanah. Datuk membaca mentera dan menepuk bumi tiga kali. Batang serai dibuang ke arah kanan manakala bulu burung gagak dipijaknya dengan kaki kiri. 

Apr 23, 2025

SUMPAH...SAYA TAKKAN LALU DI SITU LAGI

 


Catatan pengalaman: Idham Helmi

TAHUN 2008, saya masih menetap di Pengkalan Hulu, Perak, bersama-sama dengan mak ayah serta adik-beradik. Ketika itu, usia saya awal 20-an dan bekerja sebagai krew produksi di sebuah syarikat yang beroperasi di Baling.

Setiap hari bekerja, saya dan kakak akan lalu merentasi dua puncak gunung untuk sampai ke pekan Baling. Laluan itu dikenali sebagai Lebuh Raya Gunung Inas.

Suatu hari, saya pulang ke rumah agak lewat. Selalunya pukul 7.00 malam saya sudah sampai ke rumah. Namun hari itu saya agak sibuk menyiapkan suntingan video. Dalam tidak sedar jam dinding sudah menghampiri pukul 10.30 malam.

Saya terfikir perjalanan pulang yang agak jauh dan gelap. Segera saya berkemas dan mengajak kakak saya yang sudah menunggu dari petang untuk pulang ke rumah.

Apr 16, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP1 - BERCAKAP DENGAN JIN

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SIRI 1 - BERCAKAP DENGAN JIN

Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya "Kamu usah jadi pemburu." "Kenapa tok?" Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang‐nimang senapangnya. Kemudian datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga. Dan saya masih menanti jawapan dari datuk. "Aku tak mahu cucu‐cucu aku jadi pemburu," tiba‐tiba datuk bersuara. 

Dia duduk di anjung rumah kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan mengajukan sebarang pertannyaan padanya. Datuk mudah naik darah, kalau selalu ditanya atau disoal. Dia juga tidak suka orang membangkang cakapnya, terutamanya dari anak‐anak cucunya sendiri.

Apr 14, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP30 - TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP30 - TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

BERPELUH-PELUH seluruh badan akibat menebas di kebun pisang hingga santak senja. Tetapi Ucu Mahali tidak peduli apa-apa kalau sudah turun ke kebun. Dia tidak boleh duduk diam semenjak masuk ke felda, disebabkan terpaksa bekerja keras sepanjang hari.

Harapkan menoreh getah masakan boleh menampung hidup keluargangya, kalau tidak ditambah dengan berkebun pisang. Dalam tempoh seminggu Ucu Mahali boleh dapat RM70.00 apabila banyak pisang yang ditebang. Biarlah jiran-jiran menuduh dia tamakkan harta dunia disebabkan turun ke kebun sampai santak senja.

Dia masih mengibas-ngibas mata parang ke tengah belukar sekalipun Kak Banun sudah mendesaknya balik. Takkan menunggu azan berkumandang di surau baru mahu tinggalkan kebun pisang hingga tergesa-gesa mandi di bilik air. Tentu tergesa-gesa pula ambil wuduk lantas terburu-buru mencapai sejadah. Memang Ucu Mahali jarang berjemaah ke surau, disebabkan tidak sempat mahu terburu-buru ke surau di seberang pejabat kesihatan di dalam felda berkenaan.