MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label Kisah Seram. Show all posts
Showing posts with label Kisah Seram. Show all posts

Jul 15, 2026

PENANGGAL MENUMPANG DI RUMAH BIDAN

 


PENANGGAL  MENUMPANG DI RUMAH BIDAN


Sungai Rawa sudah lama tidak diganggu kisah penanggal. Penduduk mula melupakan cerita lama tentang bayi yang mati secara misteri dan wanita yang melihat kepala terapung dengan usus berjuntai di langit malam.

Namun semuanya berubah apabila seorang wanita tua bernama Mak Kuntum datang menumpang di rumah Bidan Salmah. Sejak kehadirannya, bayi-bayi yang baru lahir mula jatuh sakit. Dan setiap malam... sesuatu dilihat terbang di atas pokok-pokok kelapa kampung itu.


Jul 14, 2026

SOLAT BERJEMAAH MAKMUM BUKAN MANUSIA

 


SOLAT BERJEMAAH MAKMUM BUKAN MANUSIA

-Masjid Jin: Solat berjemaah, tapi makmumnya bukan manusia-


Di Masjid Lama Kampung Panchang Bedena, ada satu perkara yang sudah sebati dengan penduduk setempat.

Masjid lama yang dibina sekitar tahun 1905 di Sabak Bernam, Selangor, hari ini, ia lebih dikenali dengan satu nama yang cukup menggerunkan iaitu Masjid Jin.

Menurut seorang penduduk kampung, Kak Sid, suasana di masjid itu berubah sepenuhnya apabila malam menjelma.

“Penduduk di sini, sudah biasa. Di Masjid Jin, siang nampak biasa, tapi bila malam, lain macam. Sunyi dia bukan sunyi kosong… macam ada ‘sesuatu’,” katanya perlahan.


Jul 13, 2026

PENUMPANG MISTERI



PENUMPANG MISTERI

Seorang pemandu e-hailing bernama Faiz menerima tempahan terakhir pada jam 2:43 pagi. Lokasi penumpang itu pelik.Tiada rumah. Tiada kedai. Tiada manusia.
Hanya sebuah perhentian bas lama yang sudah bertahun-tahun tidak digunakan di tepi jalan kampung lama.

 Apabila Faiz tiba, seorang wanita berbaju putih lusuh berdiri seorang diri di bawah lampu jalan yang berkelip-kelip. Dia masuk ke dalam kereta. Tetapi sepanjang perjalanan, wanita itu langsung tidak bercakap.

 Dan apabila Faiz melihat cermin belakang...dia sedar sesuatu yang mustahil.

Wanita itu tidak pernah berkedip walaupun sekali.


Jul 12, 2026

SIAPA MAK SOM? (EP IV) : TEMPAYAN DITANAM SEBELUM MERDEKA

 


SIAPA MAK SOM? (EP IV) : TEMPAYAN  DITANAM SEBELUM MERDEKA

Selepas mengetahui kisah Mahura, Som semakin yakin bahawa tempayan misteri itu adalah punca kepada segala gangguan yang menghantui Sungai Manggis. Namun satu persoalan masih belum terjawab.


Siapakah yang menanam tempayan itu?


Dengan bantuan Pak Imam Haji Musa, Som mula menyiasat sejarah lama kampung. Mereka menemui sebuah peti kayu usang yang tersimpan di loteng surau lama. Di dalamnya terdapat catatan yang ditulis sebelum Perang Dunia Kedua. Catatan itu menceritakan satu rahsia yang selama ini disembunyikan oleh ketua-ketua kampung terdahulu.


Rahsia tentang tujuh orang lelaki. Tentang seorang bayi yang tidak sepatutnya dilahirkan.
Dan tentang sebuah tempayan yang ditanam jauh sebelum Merdeka demi memastikan sesuatu tidak pernah bangkit semula. Namun apabila rahsia itu mula terbongkar... sesuatu di dalam tempayan mula menyedari bahawa Som semakin hampir kepada kebenaran.


Jul 8, 2026

SIAPA YANG MULA MEMANGGIL

 


SIAPA YANG MULA MEMANGGIL

Spin-Off : BUKAN SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA 

 

30 tahun sebelum kejadian di Kampung Sungai Lurah…Seorang budak lelaki hilang di dalam hutan.Mayatnya tak pernah ditemui.Keluarganya… tak terima.

Dalam kesedihan yang membusuk jadi obsesi,mereka mencari sesuatu yang boleh memanggil pulang yang telah hilang.Tapi apa yang mereka panggil…bukan anak mereka.

Dan pada malam itu…..pintu pertama dibuka.


Jul 4, 2026

SIAPA MAK SOM? (EPISOD KHAS) : MISTERI MAHURA - NAMA YANG DIPADAM DARI KAMPUNG

 


SIAPA MAK SOM? (EPISOD KHAS) : MISTERI MAHURA - NAMA YANG DIPADAM DARI KAMPUNG

Bertahun-tahun sebelum Som dilahirkan. Jauh sebelum tempayan itu ditanam. Dan jauh sebelum tangisan bayi mula menghantui Sungai Manggis...terdapat seorang wanita yang namanya tidak lagi disebut oleh sesiapa. Namanya Mahura.


Pada mulanya, dia hanyalah seorang gadis kampung biasa yang tinggal bersama ibunya di pinggir hutan. Cantik. Pendiam Dan sering menjadi bahan bualan penduduk kampung kerana kebolehannya mengetahui perkara yang belum berlaku.


Namun apabila beberapa ramalan Mahura menjadi kenyataan, orang ramai mula mendatanginya. Mencari petua. Mencari penawar. Mencari nasib.


Sehinggalah satu malam... Mahura menemui sesuatu yang tertanam jauh di dalam hutan.
Sesuatu yang tidak sepatutnya disentuh oleh manusia. Dan sejak malam itu, namanya perlahan-lahan dipadam daripada sejarah kampung.


Jul 3, 2026

SUMUR LAMA MEMINTA KORBAN

 


SUMUR LAMA MEMINTA KORBAN

 

Di sebuah kampung terpencil, terdapat sebuah sumur lama yang hanya “hidup” ketika hujan lebat. Setiap kali air naik…akan ada seseorang yang hilang.

Orang kampung percaya,sumur itu bukan sekadar lubang air…tetapi mulut sesuatu yang lapar. Dan bila ia mula “meminta”…tiada siapa boleh menolak.


Jun 30, 2026

SIAPA MAK SOM? (EP III) : PEREMPUAN TUA DI HUJUNG HUTAN

 


SIAPA MAK SOM? (EP III) : PEREMPUAN TUA DI HUJUNG HUTAN

 

Selepas menemui kain putih yang tertanam di kubur tanpa nama dan mendengar nama

 "Mahura", hidup Som tidak lagi sama.

Setiap malam, perempuan tua berpakaian hitam itu muncul semakin dekat. Kadangkala di bawah pokok sena. Kadangkala di tepi perigi. Kadangkala berdiri di hujung sawah ketika subuh.

Namun tidak pernah bercakap. Hanya memerhati. Sehinggalah pada suatu malam, perempuan itu mula berjalan menuju ke hutan larangan kampung.

Dan tanpa sedar... Som mengikutinya. Perjalanan itu membawa Som kepada sebuah pondok tua yang tidak pernah muncul di mana-mana peta kampung. Di situlah dia mengetahui satu kebenaran yang mengubah segalanya. Perempuan tua itu mengenali namanya.


Malah... dia sudah menunggu Som sejak hari Som dilahirkan.


Jun 29, 2026

PERIGI YANG DITUTUP DENGAN BATU NESAN

 


PERIGI YANG DITUTUP DENGAN BATU NESAN

 

Di sebuah kampung lama yang semakin dilupakan, sebuah perigi tua di belakang rumah pusaka menjadi larangan turun-temurun. Perigi itu ditutup dengan batu nisan lama…bukan sekadar penutup, tapi “pengunci”.

Apabila seorang cucu pulang untuk membersihkan rumah arwah neneknya, dia mengabaikan pantang larang tersebut. Batu nisan itu dialihkan.

Sejak malam itu, sesuatu yang lama terkurung… mula mencari jalan keluar.

Dan ia tidak datang sendirian.


Jun 26, 2026

MAYAT HILANG SEBELUM SUBUH

 


MAYAT HILANG SEBELUM SUBUH

 

Di Hospital Lama Sentosa, ada satu peraturan yang tidak pernah ditulis secara rasmi tetapi diketahui semua staf lama: Jangan buka bilik mayat antara jam 2:30 hingga 3:40 pagi.

Tiada siapa berani melanggar peraturan itu sejak kejadian beberapa tahun lalu… apabila tiga mayat hilang serentak tanpa jejak sebelum Subuh.

CCTV tidak pernah merakam sesiapa keluar masuk. Pintu bilik mayat sentiasa berkunci dari dalam. Dan setiap mayat yang hilang... akan kembali semula beberapa hari kemudian.

Tetapi bukan sebagai mayat.

Malam itu, Amir… pembantu perubatan baru syif malam… ditugaskan menghantar satu mayat mangsa kemalangan ke bilik mayat bawah tanah.

Mangsa tersebut seorang wanita muda tanpa identiti. Wajahnya hancur teruk. Tetapi sebelum pintu peti mayat ditutup... Wanita itu tiba-tiba berbisik perlahan:

“Jangan tinggalkan saya dekat bawah sebelum Subuh...”


Jun 24, 2026

NAMA DITULIS DALAM PERUT AYAM

 


NAMA DITULIS DALAM PERUT AYAM

 

Di sebuah kampung terpencil yang hampir dilupakan masa, seorang lelaki bernama Faizal kembali ke rumah pusaka arwah neneknya selepas menerima khabar kematian yang aneh…neneknya ditemui mati dalam keadaan perutnya dibelah… tetapi tiada setitik darah pun di lantai.

Penduduk kampung mula berbisik tentang satu amalan lama yang sudah lama “ditanam”..ilmu menulis nama dalam perut ayam hidup untuk menghantar penyakit dan kematian kepada musuh.

Namun Faizal tidak percaya… sehingga dia menemui sesuatu yang masih hangat di dapur rumah itu…seekor ayam yang telah dibelah… dan di dalamnya, tertulis satu nama menggunakan arang hitam.

Nama itu… adalah namanya sendiri. Dan setiap malam selepas itu… Faizal mula merasa sesuatu bergerak di dalam perutnya..seolah-olah ada tangan sedang menulis sesuatu dari dalam.


Jun 23, 2026

SIAPA MAK SOM? (EP II) : TANGISAN DARI DALAM TANAH

 


SIAPA MAK SOM? (EP II) : TANGISAN DARI DALAM TANAH

 

Empat tahun selepas kejadian di hutan. Som kini berusia tiga belas tahun. Walaupun kehidupan di Kampung Sungai Manggis kelihatan kembali normal, Som masih mendengar suara-suara yang tidak didengari orang lain. Pada mulanya hanya bisikan.

Kemudian tangisan. Dan akhirnya... suara seorang bayi yang seolah-olah memanggil namanya dari bawah tanah. Apabila beberapa kubur lama di tanah perkuburan lama kampung mula menunjukkan tanda-tanda aneh selepas hujan lebat, Som menjadi satu-satunya orang yang mampu merasakan sesuatu sedang cuba keluar dari tempat itu.

Penduduk kampung percaya itu sekadar cerita budak-budak. Namun mereka tidak tahu...ada satu kubur lama yang sudah lama dilupakan.

Kubur tanpa nama. Kubur yang tidak pernah mempunyai batu nisan. Dan sesuatu di bawahnya telah menunggu selama puluhan tahun.


Jun 18, 2026

BUKAN SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg VI) : YANG TIDAK PERNAH PERGI



BUKAN SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg VI) : YANG TIDAK PERNAH PERGI

 

Kabus di Kampung Sungai Lurah… tak hilang walaupun matahari naik tinggi. Ia melekat di tanah. Di dinding rumah. Di kulit manusia. Seolah-olah… kampung itu sendiri enggan dilihat jelas.

 Mak Som masih duduk di sisi Faiz. Tubuh anaknya terbaring tenang. Bernafas. Perlahan. Stabil. Ustaz Muhaimin berdiri tidak jauh, diam. Matanya tak lepas dari Faiz.


Jun 17, 2026

WAJAH ITU BUKAN WAJAH JENAZAH

 


WAJAH  ITU BUKAN WAJAH JENAZAH


Seorang penggali kubur tua di sebuah kampung terpencil mula mengalami gangguan selepas membantu pengebumian seorang lelaki yang meninggal secara misteri tanpa waris.

Sebelum jenazah diturunkan, imam kampung mendakwa dia terlihat wajah lain di dalam liang lahad. Bukan wajah si mati. Tiada siapa percaya.

Namun malam selepas pengebumian itu, bunyi ketukan mula kedengaran dari dalam tanah perkuburan setiap kali masuk waktu tahajud.

Dan lebih menakutkan… kubur tersebut seolah-olah sedang “membesar”, seperti ada sesuatu di bawah tanah sedang cuba keluar perlahan-lahan.


Jun 16, 2026

SIAPA MAK SOM? (EP I) : ANAK YANG TIDAK PERNAH MENANGIS

 


SIAPA MAK SOM? (EP I) : ANAK YANG TIDAK PERNAH MENANGIS

Tahun 1958.


Di sebuah kampung terpencil yang dikelilingi sawah dan hutan getah, seorang bidan terkenal bernama Mak Timah menyambut kelahiran anak perempuannya sendiri selepas bertahun-tahun menunggu zuriat.


Namun malam kelahiran itu tidak seperti kelahiran lain. Ketika bayi itu dilahirkan, tidak ada tangisan. Tidak ada jeritan. Tidak ada suara. Bayi itu hanya membuka mata dan memandang terus ke arah wajah ibunya.


Sejak malam itu, perkara-perkara ganjil mula berlaku di rumah Mak Timah. Ayam mati tanpa sebab. Bayi-bayi yang baru lahir di kampung sering menangis tanpa henti apabila dibawa berhampiran rumahnya.


Dan setiap kali tengah malam, orang kampung mendakwa terdengar suara bayi menangis dari arah rumah Mak Timah... walaupun anaknya sedang tidur lena.Bertahun-tahun kemudian, bayi itu membesar menjadi seorang wanita yang dikenali dengan satu nama yang cukup ditakuti…
Mak Som.


Jun 15, 2026

DARAH YANG MENDIDIH DALAM LESUNG BATU

 


DARAH YANG MENDIDIH DALAM LESUNG BATU

 

Di Kampung Teluk Rengas, seorang wanita tua dikenali sebagai Mak Bedah sering datang menumbuk sesuatu di lesung batu setiap malam selepas Isyak. Tiada siapa tahu apa yang ditumbuknya.

Beberapa bulan kemudian, seorang demi seorang penduduk kampung jatuh sakit secara misteri. Ada yang muntah darah, ada yang menjerit kesakitan seolah-olah badan mereka terbakar dari dalam.

Seorang pemuda kampung mula mengesyaki sesuatu apabila dia terdengar bunyi lesung menumbuk sendiri pada tengah malam, walaupun rumah Mak Bedah sudah lama kosong sejak wanita itu meninggal dunia.

Apa yang ditumbuk di dalam lesung itu sebenarnya bukan rempah atau ubat…

tetapi sesuatu yang berasal dari tubuh manusia.


PENUMPANG NAIK TANPA MEMBUKA PINTU

 


PENUMPANG NAIK TANPA MEMBUKA PINTU

 

Azlan memandu seorang diri di jalan lama antara dua pekan kecil. Sunyi. Gelap. Tak ada kenderaan lain. Tiba-tiba… kereta dia rasa berat.

Macam ada orang duduk di seat belakang. Masalahnya… dia tak pernah berhenti. Dan pintu kereta… tak pernah dibuka.


Jun 14, 2026

BUKAN SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg V) : YANG DATANG DENGAN NAMA TUHAN

 


BUKAN SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg V) : YANG DATANG DENGAN NAMA TUHAN

 

Subuh itu akhirnya tiba. Tapi bukan dengan tenang. Kampung Sungai Lurah diselubungi kabus tebal.Bukan kabus biasa.Kabus yang… diam. Seolah-olah menahan bunyi.

Mak Som berdiri di tingkap.Matanya tak lepas dari jalan tanah merah.

Hari ini…Ustaz Muhaimin akan datang. Di belakangnya…Faiz duduk bersila. Tenang.

“…mak tunggu dia,” katanya perlahan.

Mak Som tak jawab.


Jun 13, 2026

RAKAMAN CCTV 10 SAAT AKAN DATANG

 


RAKAMAN CCTV 10 SAAT AKAN DATANG

 

Seorang juruteknik keselamatan menemui sesuatu yang mustahil, rakaman CCTV di sebuah bangunan lama memaparkan apa yang belum berlaku.

Pada awalnya… ia cuma 10 saat ke depan. Tapi bila rakaman mula menunjukkan sesuatu yang tak sepatutnya wujud dalam masa depan, dia sedar… kamera itu bukan sekadar melihat masa depan.

Ia sedang…menunggu sesuatu untuk muncul.


PENUMPANG TERAKHIR BAS MALAM JERANTUT - TEMERLOH

 


PENUMPANG TERAKHIR BAS MALAM JERANTUT - TEMERLOH

 

Seorang pemandu bas malam yang memandu laluan Jerantut – Temerloh setiap hari menyedari satu perkara pelik. Setiap malam sekitar jam 1:40 pagi, seorang penumpang wanita akan menaiki bas di satu hentian kecil di jalan lama yang hampir tidak digunakan lagi.

Wanita itu sentiasa duduk di kerusi paling belakang… dan turun beberapa kilometer kemudian di satu kawasan hutan.

Apabila pemandu itu bertanya kepada konduktor lama tentang hentian tersebut, dia terkejut apabila diberitahu bahawa hentian itu sebenarnya telah dibuang dari laluan bas sejak lebih 20 tahun lalu…. selepas satu kemalangan maut melibatkan seorang penumpang wanita yang dilanggar bas di situ.

Namun yang paling menakutkan… penumpang itu masih menaiki bas setiap malam.