PONTIANAK
DI BUKIT LARUT
>>Pontianak
menjerit di Bukit Larut… Minta tolong atau panggil mangsa<<
Bukit Larut
yang terletak di Taiping, Perak atau lebih dikenali sebagai Bukit Maxwell,
bukanlah sekadar destinasi tanah tinggi yang mendamaikan.
Di sebalik
kabus yang tidak pernah benar-benar hilang, hujan petang yang turun hampir
setiap hari, ada ‘sesuatu’ yang dikatakan masih berkeliaran.
Bagi seorang
penduduk tempatan, dikenali sebagai Faiz Aziz, Bukit Larut menyimpan kisah yang
tidak semua orang tahu.
Kisah itu sering menjadi perbualan dan diceritakan dari satu generasi ke satu generasi lain.
“Kisah ini
bukanlah pengalaman saya. Tapi ramai yang bercerita kisah yang sama. Betul atau
tidak, tidak dapat dibuktikan.
“Kalau
datang siang… Memang nampak cantik. Tapi bila malam… Tempat tu lain macam.”
Menurut Faiz
berdasarkan apa yang diceritakan dalam kalangan penduduk setempat, terdapat
beberapa lokasi ‘keras’ di sekitar Bukit Larut. Namun satu daripadanya paling
seram kerana melibatkan jeritan seorang wanita yang tidak pernah berhenti.
Bukit Larut
antara destinasi pelancongan popular di Perak
Kisah pontianak
menjerit minta tolong di Bukit Larut menjadi sebutan
Katanya,
suara pontianak yang meminta tolong. Inilah kisah yang kerap disebut dan paling
ditakuti.
Menurut
Faiz, dulu ramai pengunjung yang bermalam di Banglo di Bukit Larut mendakwa
terdengar suara wanita menangis, merintih malah memanggil-manggil seperti
meminta pertolongan, dalam nada yang menyayat hati.
“Ada yang
dengar dekat sangat, macam betul-betul depan tingkap.
“Namun
apabila diperiksa, tiada siapa pun.
Ada yang
percaya suara itu milik Pontianak, roh wanita yang mati dalam keadaan tragis.
“ Malah, ada
dakwaan mengatakan kelibat wanita berambut panjang pernah dilihat berdiri di
celah kabus, sebelum hilang tanpa jejak.
“Lebih
menyeramkan, ada yang mendakwa, suara itu akan semakin kuat jika disahut.”
72 selekoh
tajam, ‘ada yang tumpang naik’
Perjalanan
melalui 72 selekoh tajam di lereng-lereng hingga ke puncak bukit ini bukan
sekadar mencabar… tetapi mengundang rasa tidak sedap hati.
“Kadang-kadang
rasa macam ada yang tumpang sekali naik. Tiba-tiba saja buli roma meremang.
“Ada pemandu
mendakwa terlihat bayangan putih di tepi jalan. Ada juga yang merasakan sesuatu
‘duduk’ di tempat duduk belakang walaupun kenderaan kosong.
“Apabila
sampai ke atas, rasa itu hilang. Ada yang cakap, ‘benda’ itu hanya mahu
‘menumpang’ separuh jalan.
Faiz bersama
keluarga berkunjung ke Bukit Larut untuk beriadah
Ramai yang
mati… tanpa kubur sempurna
Ketika
Perang Dunia Kedua, laluan ke puncak bukit ini dibina menggunakan buruh paksa
yang terdiri daripada tawanan perang dan penduduk tempatan.
“Ada orang
dengar bunyi cangkul tengah malam. Selepas itu, bunyi langkah orang
ramai-ramai, macam kerja masih berjalan.
“Seolah-olah
buruh paksa itu masih bekerja. Ada yang percaya, roh-roh mereka masih
‘terperangkap’ apabila mereka mengulang kerja yang tidak pernah selesai.”
Banglo lama
penjajah… ‘Ada yang menunggu’
Banglo lama
peninggalan British di puncak bukit masih berdiri cantik, sunyi… tetapi tidak
selalu kosong.
“Ada tetamu
mengadu dengar orang berjalan dalam rumah.
“Lebih
menyeramkan, ada yang mendakwa terlihat wanita berpakaian putih berdiri di
sudut bilik, tidak bergerak… hanya memandang.
“Apabila
lampu dibuka, tiada sesiapa pun. Sama ada ia benar-benar wujud, atau hanya
perasaan, itulah kisah yang sering diceritakan.”
Pendaki yang
tersesat…
Hutan di
Bukit Larut memang tebal, lembap dan sentiasa diselubungi kabus.
Di sinilah,
kata Faiz… jelmaan yang dikatakan pontianak sering dilihat masuk dan hilang.
“Pendaki
yang tersesat mendakwa terdengar suara memanggil dari dalam hutan, suara yang
sama seperti wanita menangis.
“Namun
semakin didekati, suara itu semakin jauh. Seolah-olah sengaja memancing manusia
masuk lebih dalam.”
Antara
keindahan dan cerita misteri yang tidak dapat dipisahkan, hari ini, Bukit Larut
kekal sebagai destinasi yang indah dan menenangkan.
Namun bagi
mereka yang ada pengalaman seram, pasti tidak dapat melupakan bukit ini
menyimpan seorang wanita yang masih menangis.
Persoalannya,
jika anda terdengar suara itu memanggil… Adakah anda akan menyahut?
Catatan:
Cerita Faiz kepada Mastika adalah pandangan peribadi dan berdasarkan
kisah-kisah yang menjadi bualan penduduk setempat. Tidak ada kaitan dengan
mana-mana pihak serta mereka yang hidup atau meninggal dunia.
Sumber : >> Mastika | Misteri & Seram <<
No comments:
Post a Comment