NENEK
BONGKOK DI MRSM
-“Cucu, mari
sini…” Nenek bongkok mati tragis itu masih di MRSM-
SUASANA malam di kawasan asrama di salah sebuah MRSM (Maktab
Rendah Sains MARA) di Negeri Sembilan itu biasanya sunyi selepas jam 12.
Hanya
bunyi cengkerik dan angin yang menyapu dedaunan hutan menjadi teman setia.
Namun bagi seorang warden asrama yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, satu pengalaman pada lewat malam telah mengubah persepsinya terhadap tempat itu… selama-lamanya.
“Aku ingat pelajar keluar asrama…”
Menurut
Hisham, kejadian itu berlaku sekitar jam 12 tengah malam.
Malam
itu, dia baru sahaja selesai membuat rondaan terakhir sebelum masuk ke rumah
kuartersnya yang terletak berhampiran kawasan asrama.
Ketika
membuka pintu belakang rumah, dia terdengar bunyi seperti langkah perlahan di
celah semak.
“Aku ingatkan pelajar ponteng keluar asrama, jadi aku jenguk dari pintu
belakang,” katanya.
Namun
apa yang dilihatnya bukan pelajar.
“Cucu… Mari sini…”
Di
hujung samar cahaya, berdiri seorang nenek tua.
Bongkok.
Rambutnya kusut panjang. Pakaiannya lusuh dan kelihatan seperti basah.
“Aku
jadi kaku. Wanita itu berdiri betul-betul di sempadan hutan, kawasan yang gelap
gelita dan tidak berpenghuni di belakang kawasan MRSM.
“Dia
pandang aku, lepas tu dia panggil… ‘cucu… Mari sini’… perlahan sangat. Dengar
pun sayup-sayup saja.”
Hisham mengaku, pada saat itu bulu romanya meremangkan. Kerana dia tahu,
belakang rumah itu bukan laluan orang. Itu hutan.
Tanpa
berfikir panjang, Hisham terus menutup pintu dan mengunci dari dalam.
Namun sebelum pintu ditutup sepenuhnya…
“Aku
nampak dia macam nak melangkah dekat… tapi langkah dia pelik… perlahan,
terseret…”
Ketakutan
mula menyelubungi dirinya.
Malam itu dia tidak lena tidur.
Keesokan
pagi, Hisham bangun dalam keadaan lemah. Badannya panas, menggigil, dan sukar
untuk berdiri lama.
“Macam
demam biasa… tapi rasa lain. Berat… macam ada benda ikut,” katanya perlahan.
Rakan
sekerja yang mengetahui kejadian itu menasihatinya untuk mendapatkan rawatan
tradisional selain perubatan biasa.
Kisah lama yang kembali disebut
Selepas
kejadian tersebut, barulah Hisham diberitahu oleh beberapa staf lama tentang
kisah yang jarang diperkatakan secara terbuka berkaitan kawasan salah sebuah
MRSM itu.
Dikatakan
kawasan itu dahulu, pada zaman penjajah, pernah menjadi lokasi terpencil yang
menyimpan sejarah hitam.
Menurut
staf itu, pernah ada seorang wanita tua yang tinggal bersendirian di kawasan
tersebut.
Wanita
itu dikatakan mati dibunuh dalam keadaan tragis. Lebih menyayat hati…
jenazahnya tidak disemadikan dengan sempurna.
Sejak
itu, ada yang mendakwa pernah terlihat bayangan seorang nenek tua berkeliaran
di kawasan hutan berhampiran asrama MRSM berkenaan.
“Dia panggil aku macam kenal…”
Apa
yang paling mengganggu fikiran Hisham bukan sekadar rupa wanita itu.
Tetapi
cara dia memanggil.
“Dia panggil aku ‘cucu’… macam dia kenal aku. Itu yang buat aku tak sedap hati
sampai sekarang.
“Sejak
kejadian itu, aku teruskan bertugas seperti biasa. Namun setiap kali malam, aku
wajib pastikan pintu belakang rumah dikunci rapat sebelum jam 11 malam.”
Misteri yang kekal misteri
Adakah
“nenek” itu sekadar bayangan minda akibat keletihan?
Atau
benar wujud sesuatu yang masih terperangkap di kawasan itu sejak zaman silam?
Tiada
siapa yang mampu memberikan jawapan pasti.
Namun
bagi Hisham…
“Kalau dengar suara panggil dari arah hutan waktu malam… jangan sahut.”
Catatan: Kisah ini diceritakan
mengikut pengalaman sebenar dan pandangan peribadi individu sepanjang berkhidmat
di MRSM. Tidak mewakili mana-mana pihak.
Sumber : <<Mastika | Misteri & Seram
No comments:
Post a Comment