MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label penunnggu kolam. Show all posts
Showing posts with label penunnggu kolam. Show all posts

Oct 31, 2025

ECHO LAKE FILES (Bhg 2) - DOKUMEN RAHASIA (E71)

 


ECHO LAKE FILES (Bhg 2) - DOKUMEN RAHASIA (E71)

Status: Classified / Restricted Access

Tarikh: 17 Jun 2022

Disediakan oleh: Unit Siasatan Khas (Bahagian Paranormal & Akustik Anomali)

Lokasi: Tasik Echo, Cyber Vista, Selangor

 

Ringkasan Latar:

 Tasik Echo dibina di atas bekas tapak lombong bijih lama yang ditenggelamkan pada tahun 1983. Projek ini dilaksanakan oleh syarikat swasta Aqua Sense Labs bagi menguji sistem sonar bawah air.

Selepas beberapa kejadian kehilangan pekerja dan laporan gangguan audio, operasi dihentikan.

Fail ini (E-71) memuatkan bukti awal yang dikumpul dari lokasi sebelum ditutup sepenuhnya pada tahun 2023.


Oct 19, 2025

ECHO LAKE FILES (Bhg. 1)

 


ECHO LAKE FILES (Bhg. 1)


Selepas penemuan mayat terapung di Tasik Echo — tasik buatan manusia di pinggir bandar Cyber Vista — polis menjumpai beberapa rakaman audio dan nota pelik daripada projek penyelidikan bunyi bawah air. Rakaman itu memuatkan suara-suara yang tidak sepatutnya wujud.

Siasatan yang bermula secara rutin akhirnya membuka rahsia: tasik itu bukan hanya menyimpan air, tetapi juga gema roh-roh yang terperangkap antara frekuensi hidup dan mati.


Aug 14, 2025

TAMAR JALIS (JILID 2) :EP29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 2


 TAMAR JALIS (JILID 2) :EP29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM


 Dikacau Penunggu Kolam

"Saya bukan orangnya. Sedekahlah pada anak-anak yatim"

"Maafkan saya”, ujar Omari.

Dalam perjalanan pulang itu, datuk tiba‐tiba teringatkan anak saudaranya itu. Anehnya, bila saya mencadangkan padanya supaya pergi ke sekolah tempat anak saudaranya mengajar datuk menolak.

"Jangan kacau dia bekerja mencari rezeki”, kata datuk.

"Habis bagaimana kita mahu mencarinya tok?"

“Ikhtiar dengan bertanya pada orang"