MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label ghost. Show all posts
Showing posts with label ghost. Show all posts

Nov 19, 2025

BENDA PELIK JANGAN DITEGUR

 

Sumber : <Mastika>  Jun 24,2025

BENDA PELIK JANGAN DITEGUR

-Kan aku dah cakap, benda pelik jangan ditegur. Dah ‘dia’ ikut sampai ke rumah!-

Malam itu, saya bersama seorang kawan bernama Lan seperti biasa menunggu pekerja kilang pulang daripada kerja. Itu memang tugas saya sebagai pemandu van kilang. Biasanya saya sendirian, tetapi malam itu saya ditemani Lan. Tugas memandu saya serahkan kepada Lan. Saya duduk di sebelah.


Nov 14, 2025

PENYAMUN HALIMUNAN DI KAMPUNG TANJUNG LESUNG

 


PENYAMUN HALIMUNAN DI KAMPUNG TANJUNG LESUNG

Sinopsis:

Kampung Tanjung Lesung digemparkan dengan kehilangan duit dan barang kemas yang semakin menjadi-jadi. Tiada tanda pecah masuk, tiada jejak, hanya kesan lumpur kecil di tangga setiap rumah. Penduduk menuduh sesama sendiri, tapi seorang tukang azan tua mula mengesyaki sesuatu yang lain — satu sumpahan lama dari tebing Lesung yang tidak pernah ditamatkan. Bila malam semakin larut, rahsia penunggu yang menuntut “haknya” mula terbongkar.


Nov 9, 2025

GHOSTLINE FREQUENCY (Bhg 1)

 


GHOSTLINE FREQUENCY (Bhg 1)

SINOPSIS:

Pada 16 Disember 2023, Pusat Kecemasan Nasional (NCC) menerima satu panggilan masuk tanpa nombor pemanggil.

Operator yang bertugas, L/Kpl. Amir, melaporkan bahawa talian itu “berdering sendiri” selama 43 saat sebelum terangkat secara automatik — tiada panggilan masuk direkod dalam log sistem.


Sep 6, 2025

TANGISAN DI KATIL KOSONG

 


TANGISAN DI KATIL KOSONG


Aspuri Sekolah Menengah Seri Indah terkenal dengan sejarahnya yang sudah puluhan tahun berdiri. Bangunannya kelihatan biasa, tetapi ada satu dorm lama yang sentiasa dikosongkan. Di dalam dorm itu, ada sebuah katil besi dua tingkat, catnya sudah mengelupas, tilamnya berbau hapak, namun anehnya… tiada siapa berani mendudukinya.


Sep 4, 2025

TOK AWANG NGAH : EP45 - MINYAK PENGASIH DIBUAT DARI AIR DAGU MAYAT ANAK DARA

 


 TOK AWANG NGAH : EP45 - MINYAK PENGASIH DIBUAT DARI AIR DAGU MAYAT ANAK DARA


PERJALANAN balik mengikut lebuh raya Karak itu terlalu letih menyebabkan saya tertidur sebentar. Malam sudah larut kira-kira jam 2 pagi. Kadir Misai terus memandu walaupun sekali sekala dia terkuap-kuap mengantuk.

“Kalau mengantuk berhenti dulu…” saya mengingatkan dia.

“Tak apalah ustaz,” sahutnya masih yakin.

“Kita berhenti di tepi jalan dan tidur untuk hilangkan mngantuk,” saya menyuruhnya supaya tidak kerkuap-kuap sepanjang jalan.

“Ah, saya dah biasa ustaz” beritahu Kadir Misai berkeras mahu meneruskan perjalanan.

“kadangkal sampai pagi pun saya tahan memandu kereta ni…” katanya tidak mahu berhenti untuk merihatkan badan sebentar.


Apr 17, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP3 - TIDUR DI RUMAH BUNIAN

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SBDJ (JILID 1) : EP3 - TIDUR DI RUMAH BUNIAN

Nenek pun menceritakan pada anak cucu, sepanjang bulan puasa yang lalu, datuk tidak pergi turun
memburu, ia banyak menghabiskan masanya di kampung orang bunian, bersama isteri barunya, setiap
kali datuk pulang, ia membawa buah tangan untuk nenek yang dibekalkan oleh orang bunian. Sebagai
isteri yang setia, nenek tidak pernah bertanya tentang isteri muda datuk. Nenek tahu, kalau ditanya dan
disoaljawab nanti datuk naik darah, akibatnya akan berlaku perteengkaran, kalau sudah bertengkar
nanti mudah masam muka. Kalau ini terjadi tentulah tidak elok. Malu pada anak menantu dan cucu cicit.

Apr 14, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP30 - TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP30 - TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

BERPELUH-PELUH seluruh badan akibat menebas di kebun pisang hingga santak senja. Tetapi Ucu Mahali tidak peduli apa-apa kalau sudah turun ke kebun. Dia tidak boleh duduk diam semenjak masuk ke felda, disebabkan terpaksa bekerja keras sepanjang hari.

Harapkan menoreh getah masakan boleh menampung hidup keluargangya, kalau tidak ditambah dengan berkebun pisang. Dalam tempoh seminggu Ucu Mahali boleh dapat RM70.00 apabila banyak pisang yang ditebang. Biarlah jiran-jiran menuduh dia tamakkan harta dunia disebabkan turun ke kebun sampai santak senja.

Dia masih mengibas-ngibas mata parang ke tengah belukar sekalipun Kak Banun sudah mendesaknya balik. Takkan menunggu azan berkumandang di surau baru mahu tinggalkan kebun pisang hingga tergesa-gesa mandi di bilik air. Tentu tergesa-gesa pula ambil wuduk lantas terburu-buru mencapai sejadah. Memang Ucu Mahali jarang berjemaah ke surau, disebabkan tidak sempat mahu terburu-buru ke surau di seberang pejabat kesihatan di dalam felda berkenaan.

Feb 9, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP17 - MAYAT BANGUN MINTA AIR

 


KETIKA saya mahu masuk tidur, Munir datang bersama isterinya memberitahu bapa mertuanya kemalangan di Tanjung Malim. Emak mertuanya juga ada bersama semasa kemalangan tersebut. Adik iparnya yang berumur 12 tahun juga ada. Kejadian ini berlaku dalam tahun 1979.

Sebenarnya tidak ada apa-apa cerita pelik mengenai Ustaz Badur bapa mertua Munir ini dalam kemalangan jalanraya tersebut. Disebabkan saya kawan baik dengan Ustaz Badur, maka kemalangan yang menimpanya itu diberitahulah oleh Munir kepada saya. Ustaz Badur terlibat dalam kemalangan itu kira-kira jam 11.00 malam semasa balik dari Taiping ke Kuala Lumpur. Kemalangan itu tidaklah pula teruk sangat. Dia tiga beranak dimasukkan juga ke hospital Tanjung Malim. Ustaz Badur yang teruk sedikit.

Feb 6, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP16 - LEMBAGA GHAIB DI BALIK LANGSIR

 


Kebimbangan dan ketakutan penduduk-penduduk di kampung di Chenor sudah diberitahu kepada ketua kampung mengenai ada lembaga menceroboh masuk ke dalam rumah, tetapi boleh menghilangkan diri apabila mangsanya terjaga dari tidur. Bagaimanapun ketua kampung enggan melaporkan kepada polis kerana perkara itu belum sahih.

Setengahnya mengatakan orang minyak, tetapi mangsa yang pernah diceroboh tidak pula mengatakan orang minyak. Katanya, lelaki biasa berdiri dekat tempat tidurnya, kemudian hilang di sebalik langsir tingkap, sedangkan tingkap masih berkunci rapat dari dalam.

Jan 28, 2025

Tiba-Tiba Dia Merangkak Macam Harimau

 


“Tiba-tiba dia merangkak macam harimau” - Isteri tersirap darah tengok suami, akhirnya teka-teki mantera belakang pintu bilik tidur terjawab!


TIADA salahnya untuk setiap daripada kita bersikap cerewet dalam mencari pasangan sehidup semati.

Ini kerana jika tersilap langkah, pasti merana sepanjang hayat.

Begitulah kisah dilalui seorang wanita dikenali sebagai Aina (bukan nama sebenar) apabila dia berkahwin dengan lelaki yang tanpa disedarinya mempunyai rahsia gelap.

Menurut Aina, dia menyedari sesuatu yang aneh tentang suaminya apabila mereka mula tinggal sebumbung.

Dec 30, 2024

Misteri Paha Lebam Terungkai

 


Ustaz tak cakap banyak, meluru ke arah pokok besar atas busut jantan depan rumah... Akhirnya misteri paha lebam terungkai!


RAMAI yang merancang ingin mengabadikan waktu persaraan dan usia emas di kampung halaman bagi menikmati ketenangan yang jauh daripada hiruk pikuk kota.

Begitulah hasrat yang disuarakan Adam kepada isterinya, Salmah sebelum ini.

Namun pasangan itu sama sekali tidak menyangka bakal berdepan mimpi ngeri.

Segalanya bermula selepas sebahagian tanah bersama dusun yang dibeli di Temerloh, Pahang diratakan untuk membina villa kediaman.

Apa yang pelik, semasa proses meratakan tanah seluas satu relung atau kira-kira 0.7 ekar tersebut dia dan isteri tidak mengalami sebarang perkara aneh bahkan urusan berkaitan pembinaan mudah dijalankan.

Dec 18, 2024

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP6 - MAYAT BERNYAWA KUAT MAKAN

 



SUDAH lama saya bercadang mahu berpindah saja dari tempat tinggal Aki Sahak. Ini bukanlah disebabkan saya tidak mahu menanggung beban yang sering diletakkan oleh Aki Sahak ke bahu saya. Sebenarnya saya merasa penduduk-penduduk di situ sudah menganggap saya berlebihan, malah lebih penting lagi dari Aki Sahak.

Dec 14, 2024

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP5 - DIA BERLARI DI ATAS AIR

 


TOK AWANG NGAH : EP5 - DIA BERLARI DI ATAS AIR


SUDAH ramai orang menziarahi Aki Sahak semasa saya sampai bersama isteri saya dan Sali. Sepanjang jalan untuk ke rumah Aki Sahak saya berfikir bagaimana Aki Sahak boleh muntah darah. Bagaimanapun saya belum dapat memastikan macam mana keadaan Aki Sahak sebenarnya.

Dec 8, 2024

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP4 - PAK KAMAT MENUNGGANG HARIMAU

 


KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP4 - PAK KAMAT MENUNGGANG HARIMAU

SUDAH lama saya tidak balik ke kampung. Kalau tidak ada hal mustahak memang jarang saya balik. Lagipun ayah saya sering mengirim surat memberitahu khabar berita di kampung. Bagaimanapun dalam bulan Ogos 1975 saya balik juga menemui kedua orang tua. Tergerak saja hati saya mahu balik menemui mereka.

Ketika saya balik emak saya masih dalam kesedihan. Heran juga saya mengapa emak dalam kesedihan kerana semasa mengirim surat ayah saya tidak ada memberitahu apa-apa tentang berita tidak baik.

Dec 3, 2024

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP 3 - HANTU BOTAK DALAM LOMBONG

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP 3 - HANTU BOTAK DALAM LOMBONG

BARU saja saya meneguk kopi di rumah Aki Sahak, dua orang lelaki tiba-tiba memanggilnya dari tengah halaman. Aki Sahak ini memang kenal baik dengan Pak Tua Mahat saya. Sebab itulah dia juga sangat menghormati saya.

Dua orang lelaki itu saya lihat dalam keadaan cemas. Tetapi dia tidak terus memberitahu tujuan kedatangannya. Mereka berdua seolah-olah terkejut melihat saya ada di rumah Aki Sahak. Mungkin saya orang baru di situ, dan mereka menyangka saya juga datang meminta pertolongan dari Aki Sahak.

Memang ramai orang dari kampung-kampung jauh datang ke kampung tempat Aki Sahak tinggal ini. Mereka tahu Aki Sahak selalu dicari orang kerana mahu berubat. Sudah lebih dua puluh tahun Aki Sahak pindah ke kampung tersebut apabila berkahwin dengan isterinya Makda Saodah.

Nov 22, 2024

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP 2 - POKOK PETAI MENCABAR BERTARUNG


BARU saja mahu melelapkan mata isteri saya menggerakkan kerana ada orang memanggil dari tengah halaman. Dalam keadaan terkuap-kuap itulah saya memetik lampu lalu membuka pintu hadapan. Seorang lelaki separuh umur terkial-kial menupang motorsikal hondanya.

"Maaflah ustaz saya mengganggu..." cepat-cepat dia bersuara sebaik saja pintu terbuka.

Saya tersengih-sengih sambil terkuap-kuap. Mata memang sudah mengantuk walau pun baru pukul 10 lebih. Tetapi sudah menjadi kelaziman saya tidur awal sedikit kerana akan bangun semula pada tengah malam. Bangun tengah malam ini pun bukanlah dilakukan setiap malam, cuma saya lakukan apabila malam Jumaat. Saya akan melakukan Sunat Tahjud diikuti dengan Sunat Tasbih juga.

Nov 20, 2024

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP 1- ULAR DALAM KUBUR WANITA



 Lama juga orang-orang kampung bercerita mengenai kematian Latip Pekak semasa memandikan mayat, isterinya Mak Yot Bidan yang kononnya balik kerumah semula. Judin Bauk yang menjadi saksi peristiwa itu bersama adik arwah Mak Yot Bidan iaitu Usin Macuk. Tetapi kata orang tua-tua yang balik semula ke rumah itu bukannya Mak Yit Bidan tetapi jelmaan hantu bungkus.

Semasa orang-orang kampung mengkebumikan jenazah Latip Pekak, didapati kubur Mak Yot Bidan berlubang kira-kira sebesar lilitan betis. Apabila dijolok oleh Lebai Piut ke dalam, kayu penyolok itu sampai ke bawah. Berbunyi papan liang lahadnya ketika diketuk-ketuk.

________________________________________________