TAMAR JALIS
SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
JILID 1
SBDJ (JILID 1) : EP21 - BERGURU DENGAN SYAITAN
“Bukalah
datuk, untuk faedah diri datuk.”
“Buka
apa?”, sergah datuk pada saya.
“Tahan
besi.”
”Tahan
besi?”, ulang datuk.
“Ya tok.”
Datuk
terdiam. Dia merenung muka saya. Sinar matanya cukup lembut seolah‐olah dari
sinar matanya terucap
perkataan ini: “Demi kasih sayangku padamu Tamar, aku lakukan apa saja”
Saya resah.
Datuk memejamkan matanya. Mulutnya terkumat‐kumit membaca sesuatu. Kemudian dia suruh saya
memotong kuku di ibujari sebelah kiri.
Kuku yang
sudah di potong itu mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah ketiak kanannya.
Apa yang di perlakukan
oleh saya diperhatikan oleh doktor itu dengan penuh minat. Bila semuanya sudah
selesai, lagi sekali
datuk merenung saya dengan senyum.
“Sudah”,
pendek saja dia berkata. Doktor pun tersenyum. Dia mengambil jarum lalu
melakukan suntikan.
Semuanya berjalan dengan sempurna. Tidak lama datuk berada di hospital, cuma
dua hari sahaja.
Masuk hari yang ketiga, dia minta keluar. Datuk membuat keputusan untuk tinggal
di rumah