Sumber :
<<<mStar | Mistik>>> Julai 12,2025
BEKAS AIR DI MEJA OFIS DILETAK SIHIR
Bekas air di meja ofis diletak sihir, wanita derita
sakit teruk! Musuh 'berjaya' buat dirinya berhenti kerja
RAMAI menganggap kisah-kisah sihir yang sering dikongsi pada masa kini sekadar rekaan demi menghasilkan 'content' menarik.
Namun tidak bagi wanita ini yang dikenali sebagai Shidah.
Bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat ternama di ibu kota, hidup Shidah berubah sekelip mata selepas mula mengalami gejala pelik pada dirinya.
Lebih menyedihkan, apa yang dialaminya itu bukan berpunca daripada penyakit biasa sebaliknya dipercayai angkara sihir melibatkan individu di tempat kerja sendiri.