MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label malam. Show all posts
Showing posts with label malam. Show all posts

Jul 7, 2026

JURURAWAT SYIF MALAM

 


JURURAWAT SYIF MALAM


Hospital Daerah Seri Mahkota mempunyai satu wad lama yang sudah ditutup sejak lima tahun lalu. Menurut pihak pengurusan, wad itu ditutup selepas kerja-kerja pengubahsuaian.Namun bagi kakitangan lama hospital, mereka tahu ada sebab lain yang tidak pernah dimasukkan ke dalam laporan rasmi.

 Pada syif malam, sesetengah jururawat mendakwa pernah melihat seorang jururawat wanita berjalan di koridor wad lama itu. Pakaiannya lengkap. Tag nama masih tersemat di dada. Dia sentiasa tersenyum.

 Tetapi tiada sesiapa pernah berjaya melihat wajahnya dengan jelas. Dan yang paling pelik...nama pada tag itu milik seseorang yang telah meninggal dunia bertahun-tahun dahulu.


Jun 8, 2025

LELAKI PANDU VOLKSWAGEN KUNING TOLONG TUKAR TAYAR.

 

Sumber : <<<mStar>>>

Mei 8, 2025

Lelaki pandu Volkswagen kuning tolong tukar tayar, wanita menggigil lepas cakap telefon dengan pemandu trak tunda


LELAKI PANDU VOLKSWAGEN KUNING TOLONG TUKAR TAYAR.

PANGGILAN telefon daripada ibunya sebentar tadi membuatkan Nadira bergenang air mata.

"Ira, nenek sakit kuat..." demikian suara ibunya tersekat-sekat di hujung talian.

Tanpa berlengah, Nadira segera mengemas beg pakaian untuk pulang ke kampung neneknya yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Dalam kekalutan dan fikiran yang bercelaru, jari-jemarinya menggigil ketika menghantar mesej kepada pengurus restoran tempatnya bekerja bagi memaklumkan hasratnya mengambil cuti kecemasan.