SOLAT
BERJEMAAH MAKMUM BUKAN MANUSIA
-Masjid Jin: Solat
berjemaah, tapi makmumnya bukan manusia-
Di
Masjid Lama Kampung Panchang Bedena, ada satu perkara yang sudah sebati dengan
penduduk setempat.
Masjid
lama yang dibina sekitar tahun 1905 di Sabak Bernam, Selangor, hari ini, ia
lebih dikenali dengan satu nama yang cukup menggerunkan iaitu Masjid Jin.
Menurut
seorang penduduk kampung, Kak Sid, suasana di masjid itu berubah sepenuhnya
apabila malam menjelma.
“Penduduk di sini, sudah biasa. Di Masjid Jin, siang nampak biasa, tapi bila malam, lain macam. Sunyi dia bukan sunyi kosong… macam ada ‘sesuatu’,” katanya perlahan.
Rasa
ingin tahu membawa penulis sendiri ke masjid tersebut pada waktu suatu petang.
Dari
jauh, binaannya tampak indah, klasik, tenang, seolah-olah menyimpan sejarah
yang panjang.
Cahaya
matahari yang menembusi celah pokok sekitarnya, menambahkan seri pada struktur
lama itu.
Tidak
keterlaluan jika dikatakan, ada satu ‘aura’ yang membuatkan sesiapa sahaja
teruja untuk merakam gambar. Entah kenapa, rasa tertarik sangat.
“Assalamualaikum…”
Penulis beri salam walaupun sedar tiada jemaah di masjid ketika itu.
Namun,
sebaik melangkah masuk ke perkarangan masjid, perasaan itu mula berubah.
Suasana
tiba-tiba menjadi terlalu sunyi. Angin yang bertiup terasa dingin, walaupun
cuaca masih panas.
Langkah diperhatikan
Setiap
langkah terasa diperhatikan. Betul. Macam diperhatikan, walaupun tiada sesiapa
di sekeliling.
Dalam
hati berkata, menyesal pula datang seorang diri, gigih memandu dari Kuala
Lumpur yang mengambil masa lebih dua jam.
Disebabkan
pintu masuk ke ruang solat dikunci ketika bukan waktu solat, penulis hanya
merakamkan foto di perkarangan masjid.
Menurut
penduduk kampung, kata mereka, langkah itu diambil bagi mengelakkan sebarang
unsur khurafat atau pemujaan terhadap jin.
Tiba-tiba
angin kuat bertiup. Penulis berhenti. Diam. Namun, tiada apa yang pelik
rasanya, sebab suasana kampung memang kuat anginnya. Sebenarnya, kata begitu,
sebab nak sedapkan hati
‘Malam lagi kuat…’ – Kak Sid
Menurut
Kak Sid, apa yang dirasai penulis itu hanyalah ‘permulaan’.
“Kalau
malam, lagi jelas. Bunyi orang mengaji, berzikir. Tapi dalam masjid gelap,
kosong. Memang tiada orang.
“Lebih
meremangkan, ada yang pernah solat berjemaah hanya bertiga di situ, mendakwa
mereka tidak benar-benar bersendirian. Macam penuh satu masjid.
“Bila
dia solat, bunyi ramai yang ‘amin’kan. Seolah-olah satu masjid penuh sedang
berjemaah. Haa.. Itu merekalah (jin) tu…
“Bila
rukuk, ada bunyi ikut. Tapi bila bagi salam… kosong.”
Dipindahkan tanpa sedar
Kak Sid
turut berkongsi satu kejadian yang berlaku tidak lama dulu.
“Seorang
kontraktor yang bekerja berhampiran kawasan itu tertidur bersandar pada mimbar
masjid.
“Namun
apabila dia terjaga, dia mendapati dirinya sudah berada di bahagian luar di
masjid itu juga.
“Macam
ada yang angkat dan pindahkan dia, bukan jalan sendiri,” katanya.
Kolam yang tidak pernah kering
Di satu
sudut luar masjid terdapat sebuah kolam lama untuk mengambil air wuduk.
Anehnya,
walaupun sudah lebih 100 tahun, kolam itu tidak pernah kering.
Ada
yang percaya… ia bukan sekadar sumber air biasa.
Sunyi yang tidak kosong
Sebelum
beredar, penulis sempat menoleh sekali lagi ke arah masjid.
Peliknya,
perasaan ‘diperhatikan’ itu masih kuat. Seolah-olah ada mata yang memerhati,
dari balik ruang yang tidak terlihat.
Teringat
kata-kata Kak Sid.
“Tempat tu bukan kosong. Cuma… kita yang tak nampak,” ceritanya mengakhiri
perbualan.
Catatan: Pandangan atau komen yang diceritakan dalam artikel ini adalah
pendapat serta pengalaman peribadi kepada Mastika. Tiada kaitan dengan yang
hidup atau sudah meninggal dunia.
Sumber : MASTIKA | MISTERI & SERAM
No comments:
Post a Comment