Wanita itu tidak pernah berkedip walaupun sekali.
Telefon berbunyi. Satu tempahan baru muncul. Lokasi ambil penumpang agak jauh.
"Kampung Sungai Tua." Faiz mengeluh.
"Last trip..." Dia menekan butang terima.
Selepas hampir dua puluh minit memandu, jalan bandar mula bertukar menjadi
jalan kampung yang sunyi. Lampu jalan semakin jarang. Rumah-rumah semakin
sedikit.
Akhirnya aplikasi menunjukkan dia sudah sampai. Faiz memperlahankan kereta.
Dia memandang sekeliling. Kosong. Tiada sesiapa. Hanya sebuah perhentian bas lama.
Catnya sudah mengelupas.Bumbungnya hampir runtuh.
Kemudian...dia nampak seseorang. Seorang wanita berdiri di bawah lampu jalan.
Tidak bergerak. Seolah-olah sudah lama menunggu.
Wanita itu membuka pintu belakang. Masuk.Duduk Tanpa sepatah kata. Faiz
memandang melalui cermin.
"Selamat malam."
Tiada jawapan. Mungkin penat, fikirnya. Dia terus memandu. Lima minit,sepuluh
minit,lima belas minit. Wanita itu masih diam. Tidak bermain telefon. Tidak
bergerak. Tidak menukar posisi. Seolah-olah seperti patung.
Faiz mula rasa tidak sedap hati. Dia melihat semula melalui cermin belakang. Wanita
itu sedang memandang tepat ke arahnya. Tidak berkelip. Langsung tidak berkelip.
Faiz cepat-cepat mengalihkan pandangan. Mungkin dia cuma berhalusinasi kerana
mengantuk. Tetapi setiap kali dia melihat cermin...mata wanita itu masih
terbuka, masih memandang dan masih tidak berkelip.
Tiba-tiba telefon aplikasi berbunyi. Destinasi dibatalkan. Faiz terkejut.
"Aik?"
Dia memandang skrin. Tempahan tamat,tiada destinasi dan tiada maklumat
penumpang. Seolah-olah tempahan itu tidak pernah wujud. Jantungnya mula
berdegup laju. Dia menoleh sedikit.
"Maaf cik... destinasi cik hilang." Tiada jawapan.
Kemudian...satu suara perlahan muncul dari belakang. Suara yang terlalu dekat
dengan telinganya. Padahal wanita itu duduk di seat belakang.
"Teruskan memandu."
Bulu roma Faiz terus berdiri. Tangannya mula menggigil.Dia tidak pasti mengapa.
Tetapi suara itu kedengaran seperti datang dari dalam kereta...dan pada masa
yang sama dari jauh. Seperti bergema.
Dia menekan minyak perlahan. Kereta bergerak lagi. Jalan menjadi semakin asing.
Dia tidak pernah melalui kawasan itu. Tetapi seolah-olah sesuatu sedang
memaksanya mengikut laluan tertentu.
Tiga puluh minit kemudian...dia nampak sesuatu di hadapan. Sebuah tanah
perkuburan lama. Pagar besinya berkarat. Pintunya terbuka sedikit. Wanita di
belakang bersuara lagi.
"Berhenti di sini."
Faiz memberhentikan kereta. Tangannya basah dengan peluh. Dia memandang cermin
belakang. Seat belakang kosong. Wanita itu hilang. Pintu tidak pernah dibuka.
Tiada bunyi da tiada pergerakan. Dia lenyap begitu sahaja.
Dalam keadaan panik, Faiz menekan minyak untuk pergi.Tetapi sesuatu menarik
perhatiannya. Di hadapan pagar kubur itu terdapat sebuah batu nisan baru.
Faiz memandang. Kemudian darah dalam tubuhnya terasa membeku. Pada batu nisan
itu terdapat gambar seorang wanita. Wanita yang sama. Baju yang sama. Wajah
yang sama dan mata yang sama. Di bawah gambar itu tertulis…
"Meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. 3 tahun lalu."
Faiz terus memecut keluar dari kawasan itu. Sejak malam tersebut dia tidak
pernah lagi mengambil penumpang selepas tengah malam. Namun beberapa minggu
kemudian...dia menerima satu notifikasi daripada aplikasi.
Bukan tempahan. Bukan mesej pelanggan. Hanya satu ayat.
"Terima kasih kerana menghantar saya pulang."
Tiada nama pengirim. Tiada nombor. Tiada rekod dan apabila dia membuka sejarah perjalanan...tempahan
malam itu langsung tidak pernah wujud.
Seolah-olah...dia seorang sahaja yang masih mengingatinya.
Kadang-kadang...di jalan lama yang sunyi...bukan semua penumpang yang kita bawa
sedang menuju ke destinasi. Ada yang cuma mahu pulang ke tempat mereka sepatutnya
berada sejak lama dahulu dan ada yang masih menunggu... Pemandu seterusnya.
No comments:
Post a Comment