MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label ilmu hitam. Show all posts
Showing posts with label ilmu hitam. Show all posts

Jun 24, 2026

NAMA DITULIS DALAM PERUT AYAM

 


NAMA DITULIS DALAM PERUT AYAM

 

Di sebuah kampung terpencil yang hampir dilupakan masa, seorang lelaki bernama Faizal kembali ke rumah pusaka arwah neneknya selepas menerima khabar kematian yang aneh…neneknya ditemui mati dalam keadaan perutnya dibelah… tetapi tiada setitik darah pun di lantai.

Penduduk kampung mula berbisik tentang satu amalan lama yang sudah lama “ditanam”..ilmu menulis nama dalam perut ayam hidup untuk menghantar penyakit dan kematian kepada musuh.

Namun Faizal tidak percaya… sehingga dia menemui sesuatu yang masih hangat di dapur rumah itu…seekor ayam yang telah dibelah… dan di dalamnya, tertulis satu nama menggunakan arang hitam.

Nama itu… adalah namanya sendiri. Dan setiap malam selepas itu… Faizal mula merasa sesuatu bergerak di dalam perutnya..seolah-olah ada tangan sedang menulis sesuatu dari dalam.


May 8, 2026

MAYAT YANG PULANG MENUNTUT ILMU : (EP V) – ILMU YANG MEMAKAN KAMPUNG

 


MAYAT YANG PULANG MENUNTUT ILMU : (EP V) – ILMU YANG MEMAKAN KAMPUNG

 

Selepas beberapa orang hilang, keadaan kampung berubah secara drastik. Penduduk mula sakit tanpa sebab. Luka kecil muncul di badan… kemudian bertukar menjadi lubang halus seperti dicucuk dari dalam.

Kanak-kanak mula bercakap seorang diri. Orang dewasa mula terdengar suara memanggil nama mereka… walaupun di siang hari.

Haji Samad akhirnya sedar….,ini bukan lagi tentang kubur…, ini bukan lagi tentang Rashid.

Ilmu itu sudah mula “memakan” seluruh kampung. Dan satu-satunya cara untuk menghentikannya… adalah dengan melakukan sesuatu yang dia sendiri tak pasti dia sanggup buat.


May 5, 2026

ILMU MAK SOM

 


ILMU MAK SOM

Spin-off : “Tangisan Bayi Dalam Tempayan”

 

Sebelum dikenali sebagai bidan yang disegani, Mak Som hanyalah seorang wanita biasa yang terlalu obses untuk “menyelamatkan nyawa”… walaupun terpaksa melawan hukum alam.

Apabila satu kejadian kelahiran yang gagal meragut segalanya, Mak Som mula mencari ilmu terlarang—ilmu yang kononnya boleh menghidupkan semula apa yang sudah mati sebelum sempat dilahirkan.

Namun ilmu itu datang dengan harga. Bukan sekadar darah. Tetapi… janji. Dan janji itu tidak pernah selesai.


Mar 25, 2026

MAYAT YANG DIGALI UNTUK ILMU

 


MAYAT YANG DIGALI UNTUK ILMU


Dalam kepercayaan lama ilmu hitam di beberapa kampung, ada satu amalan yang paling ditakuti oleh orang tua-tua.

Ia dipanggil “ilmu mayat hidup.”

Bomoh yang mengamalkan ilmu ini perlu melakukan satu perkara yang sangat terlarang... menggali kubur seseorang yang baru dikebumikan sebelum cukup tujuh malam.

Mayat itu tidak diambil untuk disimpan. Tetapi untuk dipanggil kembali… walaupun hanya untuk beberapa jam. Kononnya, roh yang dipaksa kembali ke jasad akan menjadi hamba kepada orang yang memanggilnya.

Namun ada satu syarat yang jarang orang sanggup lakukan. Bomoh itu mesti duduk seorang diri di dalam kubur bersama mayat tersebut… sehingga mayat itu membuka mata. Dan di sebuah kampung lama, seorang lelaki yang tamak dengan ilmu kekuatan telah mencuba amalan itu.

Tetapi dia tidak tahu… kadang-kadang yang bangun dari kubur itu bukan lagi roh manusia.


Nov 26, 2025

WARIS KETUJUH

 


WARIS KETUJUH

SINOPSIS:

Di kampung moden yang tenang di kaki Gunung Jerai, seorang lelaki muda bernama Imran mula diganggu oleh mimpi aneh dan tanda merah di telapak tangannya. Dia tidak tahu bahawa dirinya ialah waris ketujuh kepada Pawang Diraja Megat Sura, yang pernah menundukkan makhluk dari gua purba dengan darahnya sendiri.

Ketika hujan malam dan angin utara berhembus, suara dari jauh memanggil namanya — menuntut darah terakhir untuk menyempurnakan sumpahan yang telah berusia ratusan tahun.

Dan apabila malam ketujuh tiba, waris terakhir itu harus memilih: melawan sumpahan keluarganya, atau menjadi sebahagian darinya.


Nov 16, 2025

SUMPAH TUJUH MALAM

 


SUMPAH TUJUH MALAM

Sinopsis:

Di sebuah kampung terpencil di pinggir sawah, seorang bomoh tua bernama Pak Karim digeruni kerana kepandaiannya menghantar dan menolak sihir. Namun apabila dendam lama terhadap bekas sahabatnya, Tok Deraman, membara semula, Pak Karim melanggar pantang — dia menuntut semangat hitam untuk membinasakan musuhnya. Ilmu itu dikenali sebagai Sumpah Tujuh Malam, satu amalan yang menuntut darah tuannya sendiri jika tidak disempurnakan.

Namun di malam ketujuh, sumpah itu menuntut balasan. Jin yang dipuja tidak lagi membezakan antara musuh dan tuan. Apa yang dihantar, pulang dengan berganda.


Oct 5, 2025

BALIK DARI KEDAI TERUS MUNTAH DARAH

 

Sumber : <<<MSTAR>>>  Jun 4,2025

BALIK DARI KEDAI TERUS MUNTAH DARAH

-Balik dari kedai terus muntah darah! Wanita minta hati-hati musim 'pengamal ilmu hitam lepaskan santau'-


SEORANG wanita berkongsi pengalaman mengejutkan melibatkan ahli keluarganya yang dikatakan menjadi mangsa santau, salah satu daripada cabang amalan ilmu hitam.

Dalam hantaran tersebut, wanita itu mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan mengamalkan doa pendinding diri, khususnya pada waktu sekarang yang didakwa 'musim santau dilepaskan dan ilmu hitam diuji'.