JURURAWAT SYIF MALAM
Hospital Daerah Seri Mahkota mempunyai satu wad lama yang sudah ditutup sejak
lima tahun lalu. Menurut pihak pengurusan, wad itu ditutup selepas kerja-kerja
pengubahsuaian.Namun bagi kakitangan lama hospital, mereka tahu ada sebab lain
yang tidak pernah dimasukkan ke dalam laporan rasmi.
Pada syif malam, sesetengah
jururawat mendakwa pernah melihat seorang jururawat wanita berjalan di koridor
wad lama itu. Pakaiannya lengkap. Tag nama masih tersemat di dada. Dia sentiasa
tersenyum.
Tetapi tiada sesiapa pernah berjaya
melihat wajahnya dengan jelas. Dan yang paling pelik...nama pada tag itu milik
seseorang yang telah meninggal dunia bertahun-tahun dahulu.