MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label penanggal. Show all posts
Showing posts with label penanggal. Show all posts

Jul 15, 2026

PENANGGAL MENUMPANG DI RUMAH BIDAN

 


PENANGGAL  MENUMPANG DI RUMAH BIDAN


Sungai Rawa sudah lama tidak diganggu kisah penanggal. Penduduk mula melupakan cerita lama tentang bayi yang mati secara misteri dan wanita yang melihat kepala terapung dengan usus berjuntai di langit malam.

Namun semuanya berubah apabila seorang wanita tua bernama Mak Kuntum datang menumpang di rumah Bidan Salmah. Sejak kehadirannya, bayi-bayi yang baru lahir mula jatuh sakit. Dan setiap malam... sesuatu dilihat terbang di atas pokok-pokok kelapa kampung itu.


Jul 2, 2026

LIDAH PANJANG MASUK CELAH LUBANG

 

Sumber Asal : <MSTAR | MISTIK>  


LIDAH PANJANG MASUK CELAH LUBANG

<“Lidah panjang masuk celah lubang” - Wanita dedah misteri balan-balan Sabah, ajar cara paling mujarab matikan ilmu hitam>


KEJADIAN mistik melibatkan hantu balan-balan bukanlah satu perkara yang asing dalam kalangan penduduk Sabah.

Dalam kepercayaan masyarakat Sabah, ia dikatakan sama seperti hantu penanggal yang popular di Semenanjung.

Ia didakwa muncul dalam keadaan kepala terpisah daripada badan dan terbang bersama usus serta paru-paru yang terurai.


Nov 12, 2025

BAYANG DI KOLONG RUMAH BIDAN

 



BAYANG DI KOLONG RUMAH BIDAN

Sinopsis :

Di sebuah kampung terpencil tahun 1978, seorang bidan tua bernama Mak Senah menyimpan rahsia ngeri yang diwarisi sejak zaman penjajahan — rahsia yang berkait dengan roh penanggal yang dahagakan darah nifas. Bila anak muridnya, Lela, mula menuntut ilmu kebidanan, dia tidak tahu bahawa setiap kelahiran yang disambut Mak Senah membawa korban baru yang mengekalkan sumpahan itu hidup di bawah kolong rumah.


Jul 10, 2025

TOK AWANG NGAH : EP41 - PADAH POLONG TURUN TEMURUN

 


TOK AWANG NGAH : EP41 -  PADAH POLONG TURUN TEMURUN

Rumah papan yang disewa tidaklah mahal sangat apabila Derih Bauk berpindah ke Kluang di Johor. Manalah ada pilihan lain mahu menyewa rumah, melainkan berdekatan dengan kem. Mudahlah berulang alik ke tempat kerja sekalipun ditugaskan sebelah malam.

 Apalagi masa perintah orang putih, memang selalu masuk ke hutan hingga jarang balik ke rumah. Kalau ikutkan hatinya Derih Bauk tidak mahu membawa keluarga ke Kluang, biarlah mereka semua di kampung sahaja. Dia boleh balik ke kampung apabila cuti panjang selepas dikerah masuk hutan.

Jul 3, 2025

GANGGUAN ROH PEKERJA, AMUKAN PENGANTIN TANPA KEPALA

 


Sumber : <<<Zulkarnain Zakaria>>>

November 9, 2023


GANGGUAN ROH PEKERJA, AMUKAN PENGANTIN TANPA KEPALA

SEWAKTU berkunjung ke Peru pada tahun 2013, saya menginap di sebuah hotel lama di Sacred Valley. Hotel tersebut agak klasik kerana sebahagian besar bangunannya dibuat daripada kayu dan dikelilingi oleh gunung-ganang yang puncaknya diselaputi glasier serta hamparan awan. Cantik sekali.

Tapi bukan kisah kecantikan itu yang ingin saya ceritakan. Di situ, saya menginap sebilik dengan CEO Poto Travel & Tours Sdn. Bhd., Ab. Rahman Mohd. Ali. Suatu malam, kami pergi berbual-bual dengan dua orang lagi pegawai POTO Travel, Aisham dan Huzaini, yang menginap di bilik sebelah.

Tiba-tiba Ab. Rahman bangun, katanya hendak ke bilik kami sebentar untuk mengambil barang. Saya hulurkannya kunci bilik. Beberapa minit kemudian, Ab. Rahman kembali ke bilik tempat kami sedang berbual tadi dan bertanya: “Zul, kenapa kau tak kunci bilik kita? Pintu terlapang, kalau orang masuk, habis harta benda kita.”

Jun 5, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP15 - DIKEJAR MAYAT

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1


SBDJ (JILID 1) : EPISODE 15 - DIKEJAR MAYAT

Kerana mahu menghormati datuk dan saya yang diketahuinya tidak berapa senang dengan keadaan rumahnya, lalu dia menempatkan kami di sebuah pondok yang keadaannya cukup bersih. Siap dengan tempat tidur dan tikar sembahyang. Menurut Bah Lanjut, pondok itu memang dikhaskan untuk orang

Melayu dan Islam bermalam bila meminta ubat darinya. Dalam pertumuan itu Bah Lanjut berkali‐kali minta ampun dan maaf atas perbuatannya di masa lalu. Malah, dia sanggup mengajar beberapa ilmu yang ada pada dirinya untuk datuk.

Jun 3, 2025

Penanggal Di Ruma Sewa

 


Penanggal Di Ruma Sewa

Lokasi: Sebuah rumah sewa usang di Alor Gajah, Melaka

Masa: Tahun 2022

 

Nadia, pelajar tahun akhir jurusan perubatan, berpindah ke rumah sewa murah yang berjaya dia jumpa last minute di Facebook. Rumah itu agak terpencil, hanya dihuni oleh dua orang lagi penyewa lama, Kak Timah dan Salmi — dua wanita pendiam, berpakaian longgar dan sentiasa tutup kepala walau dalam rumah.

 Malam pertama, Nadia dengar bunyi titisan air dari siling. Bila dia intai ke luar bilik...

 Darah. Menitis dari loteng.

 Dia naik untuk periksa. Bau hanyir menusuk hidung. Dalam samar lampu telefon, dia nampak kesan-kesan organ dalaman, dan tapak kaki kecil berdarah di atas siling papan yang hampir roboh.