TRANSMISI TERAKHIR DARI BALAI YANG
SUDAH DITUTUP
Pada tahun 2004, sebuah balai polis kecil di kawasan pedalaman ditutup selepas
satu operasi memburu pembunuh bersiri berakhir dengan kehilangan enam anggota
secara misteri. Tiada mayat ditemukan.
Tiada laporan lengkap pernah didedahkan kepada umum.
Balai itu kemudian dikosongkan dan dipadam daripada sistem komunikasi rasmi.
Namun dua puluh tahun kemudian, Unit Ghostline menerima sesuatu yang mustahil… satu
transmisi kecemasan aktif menggunakan kod radio lama balai tersebut.
Masalahnya… signal itu datang setiap malam tepat jam 3:17 pagi. Dan suara dalam
radio itu bukan meminta bantuan. Tetapi seolah-olah cuba memberi amaran supaya
jangan datang ke balai itu lagi.