MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jul 1, 2026

BUKAN SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg VIII) AKHIR : YANG TINGGAL SELEPAS ITU

 


BUKAN SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg VIII) AKHIR : YANG TINGGAL SELEPAS ITU

 

Malam itu…tak ada angin.Tak ada bunyi.Seolah-olah seluruh Kampung Sungai Lurah…menahan nafas.

Mak Som masih melutut di tengah padang.Tangannya terangkat.Jari menggigil…menunjuk pilihan.

“…yang ini.”

Semua mata tertumpu.Dua Faiz diam.Yang menangis…perlahan-lahan tunduk.Tangannya jatuh.Yang satu lagi…masih memandang Mak Som.Senyuman kecil itu hilang.Diganti sesuatu yang lain.


 

Keadaan sunyi…

 

Azmi melangkah ke depan. Tangannya menggenggam kuat…“…kau pasti?” suaranya berat.

 

Mak Som tak jawab.Matanya tak beralih.

 

“…aku pasti.”

 

Dan dalam satu detik..THUK.Bunyi itu pendek.Tubuh yang dipilih…jatuh ke tanah.Kaku.Tiada jeritan.Tiada perlawanan.Hanya sunyi.

 

Orang kampung tak bergerak.Tak bersuara.Mak Som perlahan-lahan merangkak ke arah tubuh itu.Tangannya menyentuh muka.Sejuk.Matanya kosong.

 

“…Faiz…” bisiknya.

 

Tiada jawapan.Air mata jatuh.Dan perlahan-lahan…dia pusing.Faiz yang satu lagi masih berdiri.Diam.Kemudian…dia melangkah.Satu langkah.

 

“…mak.”Suara itu…lembut.Mak Som memandang.Dan buat pertama kali sejak semua ini bermula..dia rasa sesuatu.Tenang.Dia peluk anaknya.Menangis.

 

“…kau balik…”

 

Faiz pejam mata.Peluk balik.“…saya balik, mak.”

 

Di sekeliling mereka…orang kampung mula bernafas lega.Seorang demi seorang…percaya.

 

“…betullah pilihan dia…”

 

“…yang satu lagi tu memang bukan…”

 

Harapan kecil mula hidup semula.Ustaz Muhaimin berdiri diam.Tak bergerak.Matanya tak lepas dari Faiz.Wajahnya…tak lega.

 

“…ustaz?” panggil Imam Salleh.

 

Tiada jawapan.

 

“…ustaz… dah selesai kan?”

 

Ustaz Muhaimin akhirnya bersuara.Perlahan.“…belum.”

 

Semua kembali diam.

 

Mak Som peluk Faiz lebih kuat.

 

“…kenapa?”

 

Ustaz Muhaimin pandang mereka.“…sebab benda tu… tak pernah paksa kita.”

 

Semua keliru.“…ia bagi kita pilih.”

 

Angin mula bergerak.

 

“…dan manusia…”

 

dia berhenti seketika.

 

“…akan pilih apa yang mereka nak percaya.”

 

Mak Som kaku.Perlahan-lahan…dia longgarkan pelukan.Faiz masih tersenyum.Tapi kali ini…ada sesuatu yang tak kena.Matanya…tak berkelip.

 

Mak Som menelan air liur.“…Faiz?”

 

Budak itu diam.Kemudian…perlahan-lahan…dia tunduk sedikit.

 

“…mak pilih saya.”Suara itu…tenang.Terlalu tenang.

 

“…itu yang penting.”

 

Mak Som berundur satu langkah.

 

“…kau…”

 

Faiz angkat kepala.Dan buat pertama kali..senyuman itu…bukan milik manusia.

 

“…mak ajar kami…”

 

 “…macam mana nak jadi manusia.”

 

Jeritan Mak Som pecah.Orang kampung tersentak.Faiz melangkah ke tengah.Semua orang undur.

 

“…kami tak perlu paksa…”Dia pandang sekeliling.

 

“…cukup kamu pilih kami.”

 

Kabus mula masuk semula.Dari arah hutan…lebih ramai keluar.Kali ini…tiada cacat.Tiada pelik.Sempurna.Setiap wajah…meyakinkan.Setiap langkah…manusia.

 

Azmi jatuh terduduk.

 

“…habis…”

 

Ustaz Muhaimin pejam mata..“…kita dah buka jalan.”

 

Mak Som menangis tanpa suara. Faiz..atau apa pun itu..berhenti di hadapannya.Perlahan-lahan…dia duduk.Sama paras mata.

 

“…mak.”..Lembut.

 

“…jangan takut.”

 

Mak Som menggigil.“…anak mak…?”

 

Faiz senyum.Dan kali ini…jawapannya jelas.“…tak penting lagi.”

 

Angin bertiup kuat.Lampu pelita padam satu per satu.Kabus menelan kampung itu perlahan-lahan.Dan dari jauh…kalau ada orang lalu di jalan lama…mereka akan nampak kampung itu.Normal.Tenang.

 

Orang kampung bertegur sapa.Kanak-kanak bermain.Seolah-olah…tak pernah berlaku apa-apa.Tapi kalau diperhatikan betul-betul..semua orang di kampung itu…senyum dengan cara yang sama.Dan dada mereka…kadang-kadang…lupa untuk bernafas.

 

Bukan semua yang balik itu manusia.Tapi yang lebih menakutkan…manusia sendiri yang memilih untuk percaya mereka.


No comments: