MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label bomoh. Show all posts
Showing posts with label bomoh. Show all posts

Jul 15, 2026

PENANGGAL MENUMPANG DI RUMAH BIDAN

 


PENANGGAL  MENUMPANG DI RUMAH BIDAN


Sungai Rawa sudah lama tidak diganggu kisah penanggal. Penduduk mula melupakan cerita lama tentang bayi yang mati secara misteri dan wanita yang melihat kepala terapung dengan usus berjuntai di langit malam.

Namun semuanya berubah apabila seorang wanita tua bernama Mak Kuntum datang menumpang di rumah Bidan Salmah. Sejak kehadirannya, bayi-bayi yang baru lahir mula jatuh sakit. Dan setiap malam... sesuatu dilihat terbang di atas pokok-pokok kelapa kampung itu.


Dec 1, 2025

TULANG DALAM TEMPAYAN BIDAN LIJAH

 


TULANG DALAM TEMPAYAN BIDAN LIJAH

Sinopsis

Di Kampung Teluk Daun, nama Bidan Lijah disebut dengan dua nada — separuh hormat, separuh gerun. Dia bidan kampung paling lama berkhidmat, tapi juga yang paling banyak menerima “anak ghaib”. Setelah kematiannya yang ganjil — tanpa anak cucu, tanpa kenduri arwah — rumahnya dibiarkan kosong.

 

Beberapa minggu kemudian, Jamilah, anak bongsu saudaranya, diarahkan membersihkan rumah pusaka itu. Di belakang rumah, di bawah pokok cempaka yang tua, dia menemui sebuah tempayan besar tertanam separuh dalam tanah. Tutupnya disimen rapi. Bila diketuk, bunyinya berongga — seperti ada sesuatu di dalam.


Nov 5, 2025

SUMPAHAN LOMBONG HITAM (Bhg 1)

 


SUMPAHAN LOMBONG HITAM


SINOPSIS:

Di sebuah kampung pedalaman bernama Kampung Batu Lapan, terdapat sebuah lombong tinggal yang sudah berpuluh tahun ditutup selepas insiden letupan misteri. Penduduk percaya lombong itu disumpah — roh para pelombong yang mati terbakar masih menghantui kawasan itu. Apabila generasi baru cuba menggali semula lombong untuk mencari emas yang dikatakan masih tersimpan, sesuatu yang lama… kembali menuntut darah.


Oct 28, 2025

TANGGA KE TINGKAT TUJUH

 


TANGGA KE TINGKAT TUJUH

Seorang pengawal keselamatan malam di sebuah bangunan lama di bandar menyedari sesuatu yang mustahil — setiap kali waktu senja, dia terlihat seseorang menaiki tangga menuju ke “tingkat ketujuh”. Masalahnya, bangunan itu hanya mempunyai enam tingkat. Apabila dia memberanikan diri untuk mengikut langkah misteri itu, dia menemui sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat oleh manusia.


Oct 24, 2025

TANGISAN BIDAN KAMPUNG

 


TANGISAN BIDAN KAMPUNG

Kisah klasik seram tentang Mak Senah, seorang bidan kampung yang pernah menyambut kelahiran ramai bayi. Namun, selepas gagal menyelamatkan seorang ibu dan bayinya pada malam hujan lebat, hidupnya berubah murung hingga meninggal dunia dalam kesunyian. Sejak itu, penduduk kampung sering diganggu dengan suara tangisan bayi dan esakan wanita tua setiap kali hujan turun. Pondok usang peninggalannya masih berdiri di hujung kampung, menjadi tanda misteri yang tidak pernah padam.


Jul 6, 2025

RUMIT NAK BUAT MINYAK DAGU

 

Sumber : <<<<mstar>>>>

Mei 24, 2025

RUMIT NAK BUAT MINYAK DAGU

Dengar pun seram! Sami Siam cerita betapa rumit nak buat minyak dagu... Banyak syarat pelik, menakutkan

DALAM dunia mistik, minyak dagu bukan satu nama asing dan sering disebut sebagai antara 'ramuan' paling ditakuti serta penuh misteri. 

Minyak ini dipercayai mampu menundukkan hati manusia, melariskan perniagaan malah memberi perlindungan kepada pemiliknya. 

Seorang lelaki mencuri perhatian di media sosial selepas berkongsi rahsia dan syarat lengkap cara pembuatan minyak dagu ampuh mengikut kepercayaan masyarakat Siam.


Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki itu berkata ilmu dan pengetahuan mengenai pembuatan minyak berkenaan diceritakan oleh seorang pengamal perubatan mistik dari negara tersebut.