BUKAN
SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg V) : YANG DATANG DENGAN NAMA TUHAN
Subuh itu
akhirnya tiba. Tapi bukan dengan tenang. Kampung Sungai Lurah diselubungi kabus
tebal.Bukan kabus biasa.Kabus yang… diam. Seolah-olah menahan bunyi.
Mak Som berdiri
di tingkap.Matanya tak lepas dari jalan tanah merah.
Hari
ini…Ustaz Muhaimin akan datang. Di belakangnya…Faiz duduk bersila. Tenang.
“…mak tunggu
dia,” katanya perlahan.
Mak Som tak jawab.
“…mak
percaya dia boleh bantu?”
Mak Som
pejam mata.
“…aku tak
ada pilihan lain.”
Faiz senyum
kecil. Bukan sinis. Bukan kosong. Macam… faham.
“…kami pun
tak ada pilihan lain,” katanya.
Mak Som
terdiam.
Di tengah
kampung, orang mula berkumpul. Imam Salleh di hadapan. Azmi di sebelah. Semua
pegang satu benda..tasbih. ayat. apa saja yang mereka ingat.
Bunyi enjin
datang dari jauh. Semua kepala berpaling serentak. Sebuah kereta lama masuk ke
kampung. Perlahan.
Berhenti. Pintu
terbuka.Seorang lelaki turun. Berjubah sederhana.Wajah tenang. Mata tajam. Ustaz
Muhaimin.
Dia berdiri
seketika.Memandang sekeliling.
“…dah
ramai,” katanya perlahan.
Imam Salleh
melangkah ke depan.
“Ustaz…
kami…”
Ustaz
Muhaimin angkat tangan. Diam. Dia tunduk sedikit. Seperti mendengar sesuatu.
“…mereka ada
di sini,” katanya.
Semua orang
kaku.
“…berapa
ramai?” tanya Azmi.
Ustaz
Muhaimin angkat kepala. Mata itu berat.
“…cukup
untuk jadi kita semua.”
Angin
berhenti.Mak Som di rumahnya…rasa sesuatu berubah. Faiz berdiri.
“…dia dah
sampai,” katanya perlahan.
Mak Som
pandang dia.
“…kau
takut?”
Faiz diam.
“…saya… tak
faham kenapa hati jadi sempit bila dia ada.”
Mak Som
menggigil.
Di tengah
kampung, Ustaz Muhaimin mula berjalan.Dari satu rumah ke satu rumah.Dia tak
ketuk.Tak panggil.
Dia
hanya…mendengar.Tiba di depan satu rumah.Dia berhenti.
“…keluar.”
Keadaan sunyi.
Kemudian…pintu terbuka.Seorang lelaki keluar.Senyum.
“…saya di
sini, ustaz.”
Ustaz
Muhaimin pandang dia lama.
“…kau
bukan.”
Senyuman itu
tak hilang.
“…saya
manusia.”
Ustaz
Muhaimin baca sesuatu perlahan.Ayat-ayat yang tenang.Dan dalam beberapa saat…lelaki
itu menggigil.Senyumannya pecah.Wajahnya… berubah.
“…kami cuma
nak hidup…” katanya.
Dan dalam
sekelip mata..dia jatuh.Kaku. Orang kampung terkejut.
“…dia dah
mati?” tanya seseorang.
Ustaz
Muhaimin geleng perlahan.
“…itu bukan
mati…”
Dia pandang
tubuh itu.
“…itu
kosong.” Sunyi kembali.
Mak Som
keluar rumah perlahan. Faiz ikut di belakang. Bila Ustaz Muhaimin nampak
mereka…dia berhenti.Matanya tepat pada Faiz.Diam lama.
“…kau ikut
aku,” katanya.
Faiz tunduk
sedikit. “…kenapa?”
“…sebab kau
bukan satu.”
Mak Som
tersentak. Faiz angkat kepala.
“…ustaz…
kami ramai.”
Ustaz
Muhaimin senyum nipis.
“…aku tahu.”
Dia
melangkah dekat. “…tapi kau… antara yang paling hampir jadi manusia.”
Faiz diam. “…itu
sebab aku nak kau.”
Mak Som
panik.
“JANGAN!” Faiz
pandang Mak Som.
Dan buat
pertama kali…wajahnya berubah. Bukan jadi manusia.Tapi… jadi sesuatu yang tak
tahu nak jadi apa.
“…mak,”
katanya perlahan.
“…kalau saya
hilang… mak dapat balik anak mak?”
Mak Som
menangis. “…aku tak tahu…”
Faiz senyum
kecil. “…kami pun tak tahu.”
Ustaz
Muhaimin mula baca sesuatu. Lebih kuat.Angin bergerak.Kabus bergetar.Dan dari
arah hutan…bunyi datang.Bukan langkah.
Tapi…suara.Berpuluh.Beratus.Semua
bercakap serentak.
“…jangan…”
“…dia ambil
kami…”
“…kami dah
hampir…”
Orang
kampung menutup telinga.Faiz terduduk.Kepalanya pegang kuat.
“…bising…”
katanya.
Ustaz
Muhaimin terus membaca.
“…keluar
dari dia.”
Faiz
menjerit.Tubuhnya menggigil. Dan untuk seketika…bayang-bayang di
sekelilingnya…terpisah.Beberapa bentuk…keluar.Seperti asap. Seperti manusia. Tapi
tak lengkap.
Mak Som
menjerit.
“…FAIZ!”
Ustaz
Muhaimin jerit.. “JANGAN DEKAT!”
Tapi Mak Som
tetap lari. Dia peluk anaknya. Dan dalam detik itu..bacaan ustaz terhenti.Semua
senyap.Faiz perlahan-lahan diam. Kepalanya jatuh ke bahu Mak Som.
“…Faiz?”
Tiada
jawapan.
Ustaz
Muhaimin pandang mereka. Wajahnya berubah.
“…kau ganggu
proses,” katanya perlahan.
Mak Som
pandang dia.Air mata jatuh.
“…aku cuma
nak anak aku…”
Ustaz
Muhaimin diam lama.Kemudian…dia tunduk sedikit.
“…itu
masalahnya.”
Angin
berhenti.
“…benda ni
hidup sebab itu.”
Mak Som kaku.
“…kerinduan,”
sambung ustaz.
“…rasa
kehilangan…”
“…keinginan
untuk orang yang dah hilang… kembali.”
Mak Som
perlahan-lahan pandang wajah Faiz.Tenang.Diam.Terlalu… tenang.
“…ustaz…”
suaranya pecah.
“…ini anak
saya ke?”
Sunyi
panjangUstaz Muhaimin tak jawab.Dan itu…jawapan paling menakutkan.Dari arah
hutan…suara itu datang lagi.Lebih kuat.
“…kami akan
datang balik…”
“…kami dah
belajar…”
“…kami tahu…
apa yang manusia mahu…”
Kabus makin
tebal. Dan kampung itu sedar satu perkara…ini belum habis.
No comments:
Post a Comment