Terdapat beberapa kes yang disiasat pihak berkuasa kekal misteri dan masih belum terjawab. -Gambar hiasan AI
MUKA
SAMA, SENYUMAN SAMA
-“Muka sama, senyuman serupa” - Bekas ejen perisik meremang siasat fail murid sekolah, terbongkar rahsia tak masuk akal!-
SEORANG individu yang mendakwa pernah berkhidmat sebagai pegawai perisik berkongsi satu pengalaman misteri, disifatkannya sebagai antara kes paling aneh pernah dikendalikan sepanjang 12 tahun berkhidmat dalam pasukan elit perisikan tersebut.
Menerusi perkongsian individu dikenali sebagai syamil_gfm di Threads, sepanjang kariernya dia pernah terlibat dalam pelbagai operasi berisiko tinggi membabitkan kumpulan pengganas, sindiket dadah sehinggalah ejen asing.

