MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jun 6, 2026

MAYAT YANG DIGALI ILMU BELUM DIPULANGKAN

 


MAYAT YANG DIGALI  ILMU BELUM DIPULANGKAN


Sudah hampir tiga minggu kematian Tok Karim… bomoh tua paling digeruni di Kampung Parit Janggut. Sebelum mati, Tok Karim sempat berpesan kepada anaknya..

“Jangan sesiapa buka bilik belakang rumah aku… sampai cukup empat puluh malam.”

Tetapi orang kampung tahu… Tok Karim bukan sekadar pengubat biasa.
Ramai percaya dia menyimpan “ilmu belaan” yang diwarisi turun-temurun sejak zaman datuknya lagi.

Sejak kematiannya, kampung mula diganggu perkara pelik. Ayam mati tanpa kepala. Bau hanyir muncul setiap kali hampir Maghrib. Dan paling menakutkan…ada orang ternampak kelibat Tok Karim berdiri dekat kuburnya sendiri selepas tengah malam.

Namun gangguan sebenar bermula apabila kubur Tok Karim didapati berlubang dari dalam. Bukan digali dari atas. Tetapi seperti… sesuatu menolak keluar dari bawah tanah.


Malam berikutnya, seorang pemuda kampung bernama Faiz terdengar bunyi cangkul dekat tanah perkuburan lama. Apabila dia pergi melihat…dia ternampak seorang lelaki sedang menggali kubur Tok Karim dalam hujan.

Masalahnya… lelaki itu ialah Tok Karim sendiri. Tubuh reput berselut tanah. Kain kafan koyak. Dan kedua-dua tangannya masih menggali kuburnya sendiri sambil berbisik….

“Ilmu belum dipulangkan…”


Jun 5, 2026

JALAN YANG DIBINA TIDAK BERAKHIR

 


JALAN YANG DIBINA TIDAK BERAKHIR

Spin-Off : SIMPANG YANG AKAN TERUS KEMBALI

 

Sebelum jalan lama itu menjadi laluan sunyi yang dilupakan, ia pernah menjadi projek pembinaan tergesa-gesa yang menelan banyak nyawa. Seorang jurutera muda ditugaskan menyiasat kejadian aneh di tapak tersebut — di mana pekerja mula menghilang tanpa jejak. Namun dia akhirnya menemui sesuatu yang lebih menakutkan: jalan itu tidak dibina untuk menghubungkan tempat… tetapi untuk mengurung sesuatu yang tidak boleh keluar.


SANTAU JARUM

 


SANTAU JARUM

 

Selepas kematian seorang bomoh tua yang terkenal dengan ilmu santau, penduduk sebuah kampung menyangka segala amalan hitamnya telah berakhir.

Namun tidak lama selepas itu, seorang pemuda bernama Rizal mula mengalami kejadian pelik setiap malam…. tubuhnya sakit seperti dicucuk sesuatu dari dalam.

Pada suatu malam, ibunya menemui sebatang jarum keluar dari kulit belakangnya. Keesokan harinya muncul jarum kedua. Kemudian ketiga.

Sehinggalah seorang ustaz memberitahu sesuatu yang menakutkan.

Jika cukup tujuh jarum keluar dari tubuhnya… itu bermaksud seseorang sedang menyempurnakan santau yang telah lama disimpan.


BUKAN SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg II) : YANG TIDAK PANDAI BERNAFAS

 


BUKAN SEMUA YANG BALIK ITU MANUSIA (Bhg II) : YANG TIDAK PANDAI BERNAFAS

 

Pagi di Kampung Sungai Lurah tak pernah sunyi. Tapi pagi itu… sunyi yang pelik. Bukan sebab tak ada orang. Tapi sebab orang ada… tanpa bunyi.

Mak Som berdiri di dapur, tangannya menggigil halus. Dia perhati Faiz di luar rumah. Anaknya itu sedang menyapu halaman. Gerakannya… kemas. Teratur. Terlalu teratur.


Jun 4, 2026

APPLIKASI ‘UPDATE’ SELEPAS TENGAH MALAM

 


APPLIKASI ‘UPDATE’ SELEPAS TENGAH MALAM

 

Nadia download satu aplikasi pelik yang tak pernah dia install.

Namanya: “LIFETRACK : See What Follows You”

Aplikasi tu tak minta permission biasa. Dia terus jalan… dan mula tunjuk sesuatu yang mustahil…

Ada ‘benda’ yang ikut Nadia ke mana sahaja. Dan setiap kali app tu update sendiri… benda tu jadi semakin dekat.