MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label Mitos. Show all posts
Showing posts with label Mitos. Show all posts

Jun 19, 2025

ROH MEREKA BERKELIARAN

 

Roh mereka terus berkeliaran kerana impian yang tidak tertunai

Sumber : <<<Mastika>>>

Disember 23, 2023

ROH MEREKA BERKELIARAN

Tentu anda sudah tahu, Kellie’s Castle di Batu Gajah, Perak, merupakan salah sebuah bangunan paling berhantu di Malaysia. Selain Kellie’s Castle, antara bangunan-bangunan lain yang dilabel sebagai berhantu adalah Villa Nabila dan Kemayan City di Johor Baharu serta kawasan Penjara Pudu, Highland Towers dan Victoria Institution di Kuala Lumpur. 

Kembali kepada Kellie’s Castle, banglo agam itu dibina pada 1915 oleh William Kellie Smith, seorang peladang dari Scotland, sebagai hadiah cinta untuk isterinya, Agnes dan dua anak mereka, Helen serta Anthony.

Jun 12, 2025

MISTERI LEMBAGA TANPA KEPALA

 


Sumber : <<<Mastika>>>

Disember 1, 2022

Diceritakan Oleh : Wan Mud Shardihan Wan Dahalan

MISTERI LEMBAGA TANPA KEPALA

SEKITAR akhir tahun 2000, suatu malam saya mengajak kakitangan saya yang dipanggil Faiz untuk menemani saya di pejabat. Pekerja yang lain semua sudah pulang, hanya tinggal kami berdua.

Ketika sudah masuk waktu Maghrib, Faiz masih kusyuk menyiapkan kerjanya. Saya pula terus ke bilik air mengambil wuduk dan mengerjakan solat Maghrib di dalam bilik. Selesai saja saya memberi salam, wajah Faiz tercongok di muka pintu.

“Bos, cepat kunci pintu depan. Saya dengar ada suara orang lelaki dan perempuan berbisik-bisik di belakang. Mungkin ada yang tak balik lagi,” kata Faiz.

PONTIANAK DI KG. SUNGAI HITAM

 

(SERAM REKAAN) PONTIANAK DI KG. SUNGAI HITAM

Kampung Sungai Hitam terkenal dengan ketenangannya. Sawah padi terbentang luas, bunyi unggas malam menenangkan jiwa. Namun, sejak beberapa bulan terakhir, suasana damai itu bertukar menjadi mimpi ngeri.

Segalanya bermula apabila penduduk sering mendengar suara tangisan perempuan di hujung kampung, berhampiran pokok kekabu tua yang menjulang tinggi. Tangisan itu begitu memilukan, diikuti oleh bau harum melati yang menusuk hidung. Mereka tahu, itu bukan suara manusia — itu suara Pontianak.

Jun 11, 2025

LANGSUIR POKOK KETAPANG

 


LANGSUIR POKOK KETAPANG

Lokasi: Sebuah kampung di Kuala Selangor. Tahun: 2018

 Kisah ini bermula bila Rafiq, seorang juruteknik Tenaga Nasional, dihantar membaiki gangguan elektrik di sebuah rumah kosong di penghujung Kampung Parit 12. Rumah tu dah lama terbiar, tapi lampu tiba-tiba menyala sendiri setiap malam jam 2 pagi.

Penduduk kampung kata:

“Rumah tu dulu rumah bidan. Tapi dia bunuh diri… lepas anak yang dia lahirkan lahir tak cukup sifat.”

“Dia gantung diri dekat pokok ketapang depan rumah tu. Sejak tu, tak ada siapa berani lalu situ malam-malam.”

Jun 9, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI

TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1


SBDJ (JILID 1) : EP17 - BERTARUNG DENGAN BOMOH ORANG ASLI

“Jadi sekarang bagaimana?” tanya datuk.

 “Kedua orang tua Kuntum tidak dapat berbuat apa‐apa, melainkan menyerahkan Kuntum pada lembagahitam itu, saya pun harap awak akan dapat menolong kami dalam hal ini,” secara jujur Bah Lanjutmenyuarakan hasrat hatinya.

 Dia memberitahu kepada kedua orang tua Kuntum bahawa dia akan menyiasat dan mengkaji puncapenyakit itu terlebih dahulu, sebelum memberikan ubat. Selepas sembahyang Isyak, datuk terus baring.

SBDJ (JILID 1) : EP16 - KAIN DALAM PERUT GADIS

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1


SBDJ (JILID 1) : EP16 - KAIN DALAM PERUT GADIS

Manakala pucuk daun langkap dikoyak‐koyak, separuh dibuang ke dalam hutan, separuh lagi dikunyahnya.  Pucuk langkap yang sudah hancur itu diluahkan di pangkal pangkin. Bah Lanjut menyuruh saya dan datuk serta kawan‐kawan Zamri, duduk di satu tempat agak jauh juga jaraknya dengan pangkin sambil berpesan jangan bercakap atau bangun. Dan gerak gerinya jangan di tegur. Kami beredar.

 Muka Zamri dan kawan‐kawan agak cemas, mereka agak bimbang kalau‐kalau yang kena patuk ular itu tidak pulih dalam waktu yang ditepatkan, kereta dari Batu Tiga Puluh Dua akan datang dan ketua mereka akan memerintahkan supaya kawan yang malang itu dibawa segera ke Hospital Tapah. Bah Lanjut duduk mencangkung di depan pangkin.

Feb 25, 2025

Adakah Duyung Benar-Benar Wujud Atau Sekadar Mitos?

 


ALAM jin terlalu besar untuk dibicarakan, dan lautan pula terlalu luas untuk diteroka sepenuhnya.

Meliputi 70 peratus permukaan bumi, manusia hanya mampu menjelajahi sekitar lima peratus daripadanya.

Di sebalik kedalaman lautan, kita tidak akan tahu seberapa banyak makhluk Allah yang menjadi penghuninya.

Rakaman dan kisah daripada pelaut, penyelam, serta kajian sejarah kerap menggambarkan kewujudan makhluk misteri seperti duyung.

Persoalannya, adakah duyung benar-benar wujud atau sekadar mitos yang diwariskan daripada generasi ke generasi?

Dec 9, 2024

7 TEMPAT SERAM DAN MISTERI DI DUNIA

 1.Door To Hell, Turkmenistan



Namanya sahaja sudah menyeramkan! Pintu ke Neraka atau Door to Hell adalah gelaran yang diberikan kepada satu kawah api yang dikatakan belum padam lebih 50 tahun yang lalu. Menurut BBC Travel, lokasi ini terletak di Kawah Gas Darvaza, Turkemenistan.

Laporan mengatakan bahawa kejadian ajaib ini berlaku pada tahun 1971, ketika pencarian sumber gas. Bagaimanapun, berlaku runtuhan tanah sehingga membentuk lubang itu. Kebakaran berlaku apabila seorang ahli geologi didakwa telah menyalakan salah satu lubang tersebut dan menyebabkan kawasan itu kekal terbakar sehingga kini.

Dec 5, 2024

NAJIS PALING MAHAL!!

 




Ini adalah tahi manusia yang paling besar yang pernah dijumpai dan masih terpelihara. Ia dikatakan dimiliki oleh seorang Viking yang sakit pada abad ke-9 Masehi dan kini bernilai $39,000!

Nov 24, 2024

Siti Aminah Tanah Mahsyur

 


Makam Siti Jalang,
Kampung Tembioh, Kota Tinggi



Pelakon dan pengarah terkenal tanahair kita Sabri Yunus pernah memenangi gelaran Pengarah Terbaik untuk drama arahan sulungnya yang juga memenangi Drama Terbaik untuk drama Sanggul Beracun berberapa tahun lepas. Pernah anda menontonnya? Telefilem yang dibintangi oleh pelakon Erra Fazira dan Namron itu tahukah anda sebenarnya diangkat dari sebuah lagenda yang cukup terkenal di Johor terutamanya di Kota Tinggi, dikenali sebagai Siti Aminah Tanah Mahsyur atau pun Lagenda Siti Jalang.
 
Cerita yang dikatakan berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dikatakan berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang. Tentunya kita tertanya-tanya mengapa allahyarham dipanggil sedemikian?

Jan 27, 2018

MISTERI PERJANJIAN BUAYA (BUJANG SENANG) DENGAN KAUM DAYAK


Perjanjian Buaya (Bujang Senang) Dengan Kaum Dayak . Operasi Memburu Bujang Sebelak! RH Nanga Sungai Anak, Embol Asum bertekad membalas Dendam.

Buaya Atau dipanggil Bujang Senang mahupun Pelbagai gelaran diberi sudah mampu mengerunkan mangsanya. Seperti kisah oral Yang disampaikan Oleh Orang Iban iaitu Buaya INI ADALAH bersifat pendendam. Menurut SESETENGAH oral tersebut, bahawasanya Bujang Senang (Buaya Sarawak) ini kepada Adalah Manusia Yang disumpah kerana Telah Pendapat melakukan Sesuatu Kesalahan Yang Amat Besar.

Jan 25, 2018

ASAL USUL NGERI KISAH DONGENG POPULAR


Mungkin segelintir dari pengemar cereka klasik mengetahui bahawa kebanyakan kisah dongeng yang popular di serata dunia merupakan ilham dari adik-beradik Grimm. Namun tahukah anda bahawa

 sebahagian besar ceritera yang diperturun ke zaman moden ini telah digubah oleh Philip Pullman agar ideologinya bersesuaian bersama buku bacaan si kecil? Mari lihat seleksi tulen penglipur lara yang merupakan versi asal kisah-kisah dongeng popular. 

Mar 1, 2016

KENAPA FUNAN ITU SEBUAH EMPAYAR MELAYU?


Terlalu banyak pertikaian yang terjadi apabila melibatkan empayar Funan ini. Masakan tidak, Funan adalah simbol kekuasaan dan kejayaan empayar pertama yang dikesan di Asia Tenggara, seawal abad pertama masihi hingga lebih kurang abad ke-6 Masihi.

Feb 28, 2016

ADOLF HITLER MATI DI INDONESIA?


Adolf Hitler siapa yang tidak kenal dengan Hitler. Aldolf Hitler adalah politisi Jerman dan ketua partai Nazi. Hitler merupakan orang yang pernah menghebohkan dunia dan membuat dunia kacau hingga meletusnya perang Dunia II. Dia menjabat sebagai Kanselir Jerman sejak tahun 1933 hingga 1945 dan diktaktor Jerman Nazi pada tahun 1934 hingga 1945. Hitler manjadi tokoh utama Nazi Jerman pada perang Dunia II.

Dari sekian banyak informasi tentang kematian Adolf Hitler tidak ada satupun informasi yang menyebutkan secara jelas apa penyebab kematian sang diktaktor nazi ini. Bagaimana sebenarnya akhir dari perjuangan pemimpin partai Nazi ini. Apakah benar Hitler dan istrinya Eva Braun bunuh diri setelah minum racun sianida. Lantas bagaimana hasil otopsi pihak Amerika ketika tengkorak Hitler di pamerkan pada tahun 2000 lalu ternyata adalah tengkorak seorang wanita.

Feb 24, 2016

JUMPA ZAKAR TIRUAN USIA 300 TAHUN


WARSAW — Sekumpulan saintis arkeologi Poland berjaya menemui sebuah alat bantu seks purba yang berusia lebih 300 tahun dari sebuah tandas zaman kuno di kota Gdanks, kira-kira 415 kilometer ke utara ibu negara Poland, Warsaw. 

Jun 11, 2015

KOTA MELAYU YANG HILANG DI BUMI PAHANG



“The recent discovery in the Malayan state of Pahang, the homes of apes and ivory and peafowl, of immense goldmine of very ancient date and of a workmanship that has no counterpart in southeastern Asia, supplies an ample reason for the designation of Golden so long applied to the Chersonese. Here hidden away under the shade of the primeval forest, are excavations, which must have yielded in their time, tons of their precious metal……”~Further India~.

May 20, 2015

SENJATA MELAYU YANG DIGELAPKAN DALAM SEJARAH [P1]


Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur. Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

May 14, 2015

ADRUJA WIJAYAMALA SINGA - PUTERI WIRAWATI MELAYU YANG DILUPAKAN FULL PART


Assalamualaikum salam sejahtera sahabat-sahabat blogger,Kali ini hamba himpunkan keseluruhan bahagian mengenai PUTERI WIRAWATI MELAYU YANG DILUPAKAN, bagi memudahkan para pembaca membaca keseluruhan bahagian@part yang telah hamba kongsi kan sebelum ini.

May 3, 2015

Apr 7, 2015

ADRUJA WIJAYAMALA SINGA - PUTERI WIRAWATI MELAYU YANG DILUPAKAN - Bhgn 11(Akhir)



MANGKATNYA RAJA PEREMPUAN KISARAN PAYUNG 

Selepas 10 tahun memerintah, Adruja Wijayamala Singa mangkat pada tahun 1345. Meskipun makam raja perempuan tersebut tidak pernah ditemui hingga ke hari ini, namun baginda dipercayai telah dimakamkan di sekitar Jajahan Kuala Krai di Kelantan.