MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Aug 18, 2026

REVIEW TERAKHIR (EP VII) FINALE : POLIS MENEMUI RAKAMAN CCTV

 


REVIEW TERAKHIR (EP VII) FINALE : POLIS MENEMUI RAKAMAN CCTV

 

Selepas tragedi bawah tanah di Bukit Lot 66, kerajaan akhirnya mengisytiharkan kawasan homestay tersebut sebagai zon larangan sepenuhnya. Semua akses ditutup. Semua fail diklasifikasikan. Dan semua yang berkaitan dengan kes itu diarahkan untuk dilupakan.

Secara rasmi… Kesemua mangsa dianggap mati akibat tanah runtuh. Tetapi beberapa minggu sebelum kawasan itu dikonkritkan sepenuhnya… Seorang anggota polis forensik digital menemui satu hard drive CCTV yang tersorok di bawah runtuhan homestay.

Rakaman di dalamnya rosak teruk. Kebanyakan fail kosong. Tetapi ada satu video terakhir yang masih boleh dimainkan. Video berdurasi 13 minit. Dirakam tepat pada malam sebelum rumah itu dibakar.

Dan selepas menonton rakaman tersebut…Tiga anggota polis terus meletakkan jawatan. Seorang hilang, dan seorang lagi membakar dirinya sendiri dalam bilik lokap. Kerana rakaman itu akhirnya menjawab satu persoalan yang paling ditakuti…Apa sebenarnya penghuni sebenar rumah itu.


Bilik siasatan khas Bukit Lot 66. Jam menunjukkan 2:48 pagi. Hanya tinggal seorang pegawai forensik digital dalam bilik gelap itu. Inspektor Daniel.


Matanya merah akibat berjaga terlalu lama. Di depannya terletak hard drive hitam hangus separuh cair. Label kecil pada hard drive tertulis…


CAM-LOT66


Daniel menarik nafas panjang lalu menyambungkan hard drive tersebut ke komputer. Skrin berkelip beberapa kali. Ratusan fail rosak muncul. Kebanyakannya tidak boleh dibuka.
Tetapi satu fail terakhir masih aktif.


Nama fail: “CHECK-IN_0313”
Tarikh rakaman: 17 Oktober.

Jam 3:13 pagi.


Daniel menekan PLAY. Rakaman bermula dengan ruang tamu homestay kosong. Gelap.
Hanya cahaya lampu kuning malap. Masa rakaman berjalan perlahan.


3:13:02 AM….3:13:18 AM.


Kemudian kamera glitch sekejap.KRRRRRRT…Dan seseorang muncul dalam frame. Nadia.
Dia berdiri di tengah ruang tamu membelakangi kamera. Diam. Tidak bergerak.


Daniel membesarkan video. Tubuh Nadia kelihatan terlalu tinggi.Tulang belakangnya seperti bengkok tidak normal. Kemudian perlahan-lahan… Kepalanya berpusing ke belakang. Bukan seluruh badan. Hanya kepala.


Sehingga wajahnya menghadap kamera. Matanya hitam sepenuhnya. Mulutnya tersenyum terlalu luas. Rakaman glitch lagi.Pap… Dan Nadia hilang.


Kini ruang tamu kosong semula. Tetapi bunyi ketukan mula kedengaran dalam audio.Tok…Tok…Tok. Datang dari tingkat atas. Kemudian sesuatu mula turun dari tangga loteng.


Daniel memperlahankan video. Dan darahnya terasa berhenti. Makhluk itu bukan Nadia. Ia memakai tubuh Nadia. Seperti seseorang sedang mencuba bentuk manusia. Tangan dan kaki makhluk itu terlalu panjang. Sendi-sendinya bergerak terbalik.


Dan wajahnya sentiasa berubah-ubah. Sekejap wajah Nadia. Sekejap budak perempuan kecil. Sekejap wajah Farid. Sekejap wajah Amin. Seolah-olah semua mangsa masih berada di dalam benda itu.


Makhluk itu berhenti di depan kamera. Diam memandang tepat ke arah lensa. Kemudian seluruh CCTV rumah mula aktif serentak sendiri. Puluhan frame muncul pada monitor Daniel

 

SEMUA kamera menunjukkan makhluk yang sama. Di dapur, di tandas, di luar rumah, di bawah rumah, dan dalam setiap rakaman… Makhluk itu sedang memandang kamera. Seolah-olah sedar ia sedang diperhatikan.


Daniel mula menggigil. Kemudian satu frame baru muncul. Rakaman bawah tanah. Gelap.
Tetapi perlahan-lahan sesuatu bergerak dalam kegelapan besar tersebut. Terlalu besar untuk dimuatkan dalam frame. Dan suara budak perempuan mula kedengaran dalam audio…


“Ayah… ada orang tengok kita…”


Monitor Daniel tiba-tiba dipenuhi wajah-wajah mangsa. Semua muncul terlalu dekat dengan kamera. Mata hitam. Kulit pucat. Dan mereka bercakap serentak…..


“JANGAN BAGI DIA KELUAR.”


Lampu bilik siasatan terus padam. Gelap sepenuhnya. Dalam gelap itu… Daniel terdengar bunyi ketukan.Tok!..Tok!..Tok!..Datang dari siling bilik siasatan. Perlahan-lahan bunyi itu bergerak.


Seolah-olah sesuatu sedang merangkak di atas syiling. Daniel cuba membuka pintu bilik.
Tidak boleh. Kunci terkunci sendiri. Kemudian monitor komputer menyala sendiri. Satu ayat muncul pada skrin hitam…


“CHECK-IN BARU DITERIMA.”


Di bawah ayat itu… Muncul wajah Daniel.


Dengan tarikh: Esok.



Keesokan paginya… Bilik siasatan ditemui kosong. Pintu masih berkunci dari dalam. Tetapi Daniel hilang tanpa jejak. Hard drive CCTV juga lenyap.


Kes Bukit Lot 66 terus diklasifikasikan sebagai…


RAHSIA KESELAMATAN NEGARA


Seluruh kawasan bukit dikonkritkan dan dijadikan zon larangan tentera. Tiada sesiapa dibenarkan masuk. Tiada media. Tiada siasatan lanjut.


Tetapi bertahun kemudian… Kadang-kadang pengguna internet masih menemui satu listing homestay pelik muncul secara rawak di laman tempahan. Tiada alamat penuh. Tiada nombor telefon. Hanya beberapa gambar rumah dalam kabus. Dan satu review terakhir tanpa nama…


“Kami masih di bawah sini.”


Tidak lama selepas review itu muncul… Listing tersebut akan hilang semula. Seolah-olah tidak pernah wujud.

 

Tetapi ada orang yang mendakwa… Jika anda melihat gambar homestay itu terlalu lama… Anda akan ternampak seseorang berdiri di tingkat atas tingkap. Melambai perlahan. Mengajak masuk.


No comments: