Sumber : <<<<mstar>>>>
Mei 24, 2025
RUMIT NAK BUAT MINYAK DAGU
Dengar pun seram! Sami Siam cerita betapa rumit nak buat minyak dagu... Banyak syarat pelik, menakutkan
DALAM dunia mistik, minyak dagu bukan satu nama asing dan sering disebut sebagai antara 'ramuan' paling ditakuti serta penuh misteri.
Minyak ini dipercayai mampu menundukkan hati manusia, melariskan perniagaan malah memberi perlindungan kepada pemiliknya.
Seorang lelaki mencuri perhatian di media sosial selepas berkongsi rahsia dan syarat lengkap cara pembuatan minyak dagu ampuh mengikut kepercayaan masyarakat Siam.
Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki itu berkata ilmu dan pengetahuan mengenai pembuatan minyak berkenaan diceritakan oleh seorang pengamal perubatan mistik dari negara tersebut.