Derita diganggu sejak bujang, lepas kahwin minta cerai setiap hari angkara jin asyik! Selesai rawatan baru ibu dedah keturunan
Sumber : <<<Mistik>>>
Mei 29, 2025
ANGKARA JIN ASYIK!
GANGGUAN makhluk halus seperti saka bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh.
Sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini, dia berkongsi bagaimana peritnya penderitaan yang dialami gara-gara terkena gangguan jin asyik.
Menerusi satu perkongsian di laman sosial, wanita yang dikenali sebaga@minazaini berkata, gangguan tersebut dialaminya sejak bujang dan berlanjutan selepas dia mendirikan rumah tangga.
"Sebelum ni aku dan suami pernah berubat dengan seorang ustaz. Katanya kami kena sihir pemisah, sihir yang buat suami isteri bergaduh, benci dan renggang.