MAYAT YANG PULANG MENUNTUT ILMU : (EP IV) – KUBUR YANG TIDAK PERNAH PENUH
Selepas
kehilangan seorang lagi pemuda, kampung mula berubah. Kubur di hujung kebun
getah tidak lagi sunyi.
Setiap
malam… tanahnya terbuka sendiri. Orang kampung mula Nampak… tangan keluar dari
tanah kain kafan bergerak tanpa angina dan bayang-bayang berdiri… di tempat
yang tak sepatutnya
Haji Samad
sedar satu perkara… Kubur itu bukan lagi tempat orang mati.
Ia sedang
“mengisi” sesuatu, dan setiap yang hilang… bukan sekadar mati.
Mereka sedang dijadikan sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar.
Yang Hilang Tanpa Bunyi
Pagi itu…
sunyi. Bukan sunyi biasa. Sunyi yang buat orang kampung bercakap perlahan… seolah-olah
takut sesuatu sedang mendengar.
“Anak Mak
Jah tak balik semalam…”
Suara itu
berbisik dari satu ke satu rumah. Tiada siapa nampak dia keluar. Tiada siapa
dengar apa-apa.
Cuma… pintu
rumahnya terbuka sedikit. Haji Samad berdiri di hadapan rumah itu. Pintu kayu
tua itu berkeriut bila ditolak….krreeek…
Dalam rumah…
kosong, tapi lantai… penuh kesan tanah. Jejak kaki..masuk, keluar. Dan… berhenti
di tengah rumah.
Seolah-olah…
orang itu hilang di situ juga.
Kubur
Yang Membuka Sendiri
Malamnya,
Haji Samad pergi ke kubur. Dia tak tunggu orang lain. Dia tahu.. kalau dia lambat…
akan ada lagi yang hilang.
Kabut nipis
menutup tanah. Pokok getah berdiri diam. Tiada angin. Dan kemudian… bunyi itu
datang…krkk… krkk… Tanah bergerak. Bukan kerana digali.
Tapi kerana…
sesuatu dari dalam menolak keluar.
Haji Samad
kaku. Matanya tertumpu pada satu kubur. Permukaan tanah itu… perlahan-lahan
terangkat. Seperti dada manusia, bernafas. Dan tiba-tiba… tangan muncul, pucat,
kaku, berlumpur.
Ia
mencengkam tanah di sekelilingnya. Menarik. Dan satu tubuh… perlahan-lahan
bangun dari dalam kubur.
Yang
Berdiri Semula
Haji Samad
undur. Nafasnya tersekat. Tubuh itu berdiri.
Kain kafan
melekat pada badan. Tanah jatuh satu per satu dari kulitnya. Kepalanya tunduk. Diam.
Kemudian… perlahan…
ia angkat kepala. Matanya terbuka. Kosong. Dan dari belakangnya… satu lagi
kubur bergerak.
Dan satu
lagi.
Dan satu
lagi.
Seperti satu
barisan… yang sedang bangun satu demi satu.
Haji Samad
berbisik… “Ya Allah…”
Yang
Memanggil
Dari celah
kabut… satu bayang berdiri. Lebih tegap. Lebih “hidup”.
Rashid atau apa
yang tinggal darinya. Dia berdiri di antara kubur-kubur itu. Diam.
Kemudian… dia
buka mulut. Dan suara itu keluar. Bukan satu.
Ramai.
“…cukup
belum…”
“…belum…”
“…tambah
lagi…”
Haji Samad
menggigil….
“Rashid…
berhenti…”
Bayang itu
perlahan berpaling. Dan walaupun wajahnya kabur… Haji Samad tahu.Dia sedang
tersenyum.
Kampung
Yang Dipilih
Malam itu… orang
kampung mula dengar sesuatu. Dari luar rumah. Dari belakang dinding. Dari bawah
lantai suara memanggil nama mereka. Perlahan. Lembut.
Seperti
suara orang yang mereka kenal. Seorang wanita buka pintu… sebab dia dengar
suara anaknya.
Seorang
lelaki keluar… sebab dia dengar suara isterinya menangis.
Dan seorang
budak..,berjalan keluar rumah…,tanpa suara. Menuju ke arah kubur.
Kubur
Yang Tidak Pernah Penuh
Subuh itu… orang
kampung berkumpul.
Tiga orang
hilang.
Tiada jejak.
Tiada
jeritan.
Tiada darah.
Haji Samad
berdiri di hujung kebun. Matanya merah. Dia pandang kubur-kubur itu.
Kini… lebih
banyak. Dan yang paling menakutkan.. ada kubur baru… yang belum sempat ditutup.
Tanahnya
masih terbuka sedikit. Seolah-olah menunggu.
Dan dari
dalam salah satu kubur….mata terbuka.
Puluhan. Mungkin
lebih. Dan di tengah-tengah, Rashid berdiri. Diam.
Mengawasi.
Seperti penjaga,atau… pemilih.
No comments:
Post a Comment