ANTU
KULIR | LEGENDA HANTU SARIKEI
-ANTU KULIR
| Legenda hantu Sarikei. Berkokok seperti ayam, mencaru kaum lelaki sebagai
mangsa-
Di
setiap ceruk dunia pasti ada kisah-kisah hantu yang diceritakan turun temurun.
Kali ini, kami ceritakan kisah legenda dalam masyarakat Iban di Sarikei,
Sarawak.
Di hutan belantara Sarikei, ada kisah tentang satu makhluk yang disebut sebagai ‘antu kulir’ (juga dikenali sebagai hantu koklir). Makhluk ini digambarkan mirip seperti pontianak, iaitu hantu wanita mati bersalin.
Bezanya,
antu kulir tidak mengilai seperti kebiasaan hantu-hantu dalam kisah yang selalu
kita dengar. Sebaliknya, ia berkokok seperti ayam. Namun, bunyi kokokan itu
bukan muncul semasa fajar menyinsing yang lazimnya dialunkan ayam jantan,
tetapi antu kulir akan berkokok di saat malam pekat – ketika manusia sedang
lena diulit mimpi.
Daripada
bunyi itulah hantu ini mendapat nama ‘koklir’ kerana entiti ini akan
menghasilkan bunyi ayam berkokok setiap kali ia mendekati manusia.
Mereka
yang pernah menginap di pondok dusun atau berehat di pinggir hutan pernah
menceritakan bagaimana mereka terdengar kokokan ayam yang ganjil, terlalu
nyaring untuk waktu malam dan terlalu dekat walaupun tiada haiwan
kelihatan.
Tidak
cukup dengan itu, muncul pula bunyi seretan kaki, seolah-olah sesuatu yang
berat sedang bergerak perlahan di atas tanah. Dan selalunya, bila dua bunyi ini
bergabung, bermakna antu kulir ada berdekatan.
Mengganggu Lelaki
Menurut
kepercayaan masyarakat Sarikei sendiri, antu kulir berkeliaran di kawasan
hutan, dusun, kebun temasuk di tepi-tepi sungai.
Diceritakan
bahawa hantu ini lebih suka memilih mangsanya yang terdiri daripada kaum lelaki
yang bermalam di dalam kebun atau hutan.
Ada
penduduk pernah menceritakan tentang pondok-pondok kecil yang bergegar secara tiba-tiba
waktu malam, seolah-olah ada sesuatu yang menggoncangnya. Ada pula bunyi atap
berdentum bagai ada sesuatu yang jatuh, padahal ketika itu tiada angin kencing
atau rebut.
Kononnya
antu kulir ini akan meratah mangsa untuk menjadi sasarannya.
Apa
yang terjadi kepada mangsa yang bertembung antu kulir? Dikatakan ada yang
hilang tanpa jejak dan ada pula yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Walaupun
tidak pernah ada bukti kukuh tentang kemunculan antu kulir ini, kepercayaan
terhadap kewujudannya tidak pernah padam. Kisah ini kekal hidup dari satu
generasi ke satu generasi, menjadi amaran untuk sesiapa yang masuk ke dalam
hutan agar lebih berhati-hati.
Tidak
kurang juga yang menganggapnya sekadar mitos kampung, namun tetap ada
segelintir yang percaya kewujudan makhluk ini. Maka warga Sarikei selalu
diingatkan, jika tiba-tiba terdengar suara kokokan ayam bersama bunyi seretan
kaki di keheningan malam, hati hati. Itu petanda antu kulir semakin mendekat!
Sumber
: Nita Dahnin – Mastika | Misteri & Seram
No comments:
Post a Comment