BANGUNAN
YANG TIDAK PERNAH DITUTUP SECARA RASMI
Spin-Off :
SUARA DARI WALKIE-TALKIE PENGAWAL SYIF SEBELUMNYA
Sebelum
menjadi bangunan pejabat yang ditinggalkan, struktur itu pernah digunakan
sebagai sebuah fasiliti penyelidikan tertutup pada akhir tahun 90-an — sebuah
projek rahsia yang melibatkan eksperimen terhadap gelombang komunikasi
frekuensi rendah.
Tujuan
asalnya…membolehkan manusia berkomunikasi tanpa alat ..terus ke dalam minda. Namun
eksperimen tersebut mula “berjaya”… dengan cara yang tidak pernah dijangka.
Mereka bukan sahaja berjaya menghantar suara. Mereka menerima balasan. Dan sejak hari itu, bangunan tersebut tidak pernah benar-benar kosong.
Di papan
tanda hadapan tertulis: “Pusat Penyelidikan Akustik & Komunikasi
Eksperimental” Tiada siapa di luar yang tahu apa sebenarnya berlaku di dalam.
Di tingkat
tiga…yang kini dikunci dan dilupakan… itulah pusat sebenar projek tersebut.
Biliknya
luas, dipenuhi mesin-mesin analog, wayar berselirat, dan satu ruang utama
berbentuk bulat. Di tengahnya…sebuah kerusi. Dengan headset logam besar.
“Frekuensi
17.3 hertz… stabil.”
“Gelombang
otak subjek menunjukkan respon.”
“Teruskan
penghantaran.”
Subjek
pertama hanya mendengar bunyi. Dengung. Bisikan tidak jelas. Seperti radio
rosak.
Subjek kedua
mula memahami perkataan. “Hello…”
“Dengar
tak…”
Subjek
ketiga…mula menjawab balik. Walaupun tiada siapa bercakap dengannya.
“Kau dengar
aku?”
“…aku dengar
kau.”
Pada
mulanya, para penyelidik teruja. Mereka percaya mereka telah berjaya mencipta
satu bentuk komunikasi baru. Tanpa telefon. Tanpa radio. Tanpa peranti. Terus
ke dalam kepala manusia.
Namun
sesuatu tidak kena. Rakaman audio menunjukkan satu lapisan suara tambahan. Bukan
suara subjek. Bukan suara penyelidik.
Tetapi…
suara lain. Yang masuk di antara frekuensi.
“…buka
lagi…”
“…kuatkan…”
“…kami
dekat…”
“Matikan
saluran!”
“Turunkan
frekuensi!”
Tapi setiap
kali mereka cuba menutup…isyarat itu menjadi lebih kuat. Seolah-olah sesuatu di
“sana” tidak mahu dilepaskan.
Hari ke-19
eksperimen. Subjek ke-7 duduk di kerusi itu. Diam. Tidak bergerak. Matanya
terbuka. Tapi kosong.
“Dia tak
respond…”
“Tunggu..gelombang
otak dia masih aktif.”
Kemudian…tanpa
sebarang input..dia bercakap.
“…kami dah
jumpa jalan.”
Semua dalam
bilik membeku.
“Siapa
‘kami’?”
Subjek itu
tersenyum. Perlahan. Tidak normal.
“…yang kau
dengar selama ni… bukan kami cuba masuk…”
Dia menoleh
perlahan ke arah kamera.
“…kau yang
buka.”
Rakaman
terputus.
Malam
itu…semua sistem dalam bangunan gagal serentak. Lampu padam. Pintu elektronik
terbuka sendiri. Dan semua walkie-talkie berbunyi dengan satu frekuensi yang
sama.
Krsssshhhhhh…
Beberapa orang staf melaporkan mendengar suara mereka sendiri…memanggil dari
tempat lain. Seorang juruteknik ditemui di hujung koridor tingkat tiga. Menghadap
dinding. Berbisik.
“…aku dah
sampai…”
“…kau kat
mana…”
Apabila
disentuh…badannya masih hangat. Tapi nadinya tiada. Projek itu dihentikan
serta-merta. Semua fail diklasifikasikan.
Bangunan
tersebut ditukar status menjadi pejabat biasa beberapa tahun kemudian. Tingkat
tiga dikunci. Semua akses ditutup.
Tetapi… satu
perkara tidak pernah dimatikan sepenuhnya. Sistem frekuensi itu. Kerana setiap
kali mereka cuba menutupnya… akan ada satu suara yang muncul dalam rakaman
akhir:
“…jangan
tutup.”
“…kami dah
dekat.”
Bertahun
kemudian…bangunan itu kosong. Ditinggalkan. Sunyi.
Namun pada
waktu malam…walkie-talkie masih menangkap frekuensi lama itu. Dan setiap
pengawal yang bertugas… akan mula mendengar suara.
Yang mengaku
sebagai… “pengawal sebelum ini.”
Kerana
sebenarnya…itu bukan manusia. Ia hanya menggunakan suara terakhir yang pernah
“masuk” ke dalam sistem. Dan sekarang…ia perlukan suara baru.
krsssshhh… “…kau
dah sampai?”
No comments:
Post a Comment