RUMAH
LELONG MASIH BERPENGHUNI
Sebuah rumah
banglo lama di pinggir bandar sering dilelong berulang kali.. setiap pemilik
baru tidak pernah bertahan lebih dari beberapa malam.
Tiada rekod
jenayah. Tiada kematian rasmi. Namun jiran-jiran tahu satu perkara yang tak
pernah berubah… Lampu rumah itu sentiasa menyala setiap malam. Walaupun tiada
sesiapa tinggal di dalamnya.
Apabila
seorang ejen hartanah muda, Faris, ditugaskan untuk mengurus penjualan terakhir
rumah tersebut, dia membuat keputusan untuk bermalam di situ — untuk
membuktikan bahawa semua cerita hanyalah mitos.
Namun
sepanjang malam itu, Faris mula sedar sesuatu yang jauh lebih menakutkan
daripada sekadar “rumah berhantu”.
Rumah itu… Memang ada penghuni. Cuma mereka tidak pernah keluar. Dan lebih teruk….Mereka tidak suka rumah itu… kosong.
Faris
mengeluh kecil.
“Bekalan
elektrik masih aktif…”
Dia cuba
yakinkan diri. Tak ada apa-apa. Dia buka pintu pagar. Bunyi creaaak panjang
memecah sunyi petang. Rumput di halaman tinggi, seolah-olah sudah lama tidak
dipijak sesiapa.
Namun… Ada
laluan kecil. Seperti seseorang… masih berjalan keluar masuk. Faris berhenti
seketika. Kemudian ketawa kecil sendiri…
“Perasaan
je…”
Pintu utama
tidak berkunci. Itu perkara pertama yang buat dia rasa tak selesa. Dia tolak
perlahan. Gelap. Udara di dalam rumah itu sejuk… terlalu sejuk untuk rumah yang
lama tidak berpenghuni.
Bau… bukan
bau busuk. Tapi bau yang pelik. Seperti kain lama. Seperti sesuatu yang sudah
lama disimpan… dan tidak pernah dibuka.
Faris pasang
lampu.Klik…Lampu menyala. Ruang tamu kosong. Tiada perabot. Tiada gambar. Tiada
apa-apa.
Namun
lantai… Bersih. Terlalu bersih. Seolah-olah ada orang yang sentiasa menjaga.
Malam datang
lebih cepat daripada yang dia jangka. Faris duduk di ruang tamu, hanya ditemani
lampu malap dan bunyi kipas kecil yang dibawanya sendiri. Telefon tiada signal.
Internet mati. Sunyi. Terlalu sunyi.
Tepat jam
12:03 pagi…Bunyi pertama muncul. Langkah kaki. Dari tingkat atas.
Satu…Dua…Tiga.
Faris kaku. “Tak
mungkin…”
Dia berdiri.
Mendongak ke arah tangga. Lampu di tingkat atas masih menyala. Langkah itu
berhenti. Sunyi. Kemudian…Bunyi kerusi diseret.
“Hello?” Suara
Faris bergema.
Tiada
jawapan. Dia ambil telefon… rakam video.
“Kalau
prank… aku report terus…”
Walaupun dia
sendiri tahu… itu bukan jawapan sebenar. Tangga itu terasa panjang. Setiap
langkah yang dia naik… bunyinya terlalu kuat….Tok… tok… tok…
Seolah-olah
ada sesuatu di atas… sedang menunggu. Sampai di atas. Lorong panjang. Pintu-pintu
bilik tertutup.
Kecuali
satu. Yang terbuka sedikit. Dan dari dalam…Cahaya lampu. Faris mendekat. Dan
bila dia tolak pintu itu…Bilik kosong. Tiada siapa. Tiada kerusi. Tiada
apa-apa.
Tapi…Lampu
menyala.
“Baru tadi…”
Faris berundur.
Dan ketika
itu…Dia terdengar sesuatu. Dari belakang. Langkah. Di lorong. Faris berpusing
pantas. Kosong. Tapi dia pasti. Bunyi itu… Betul-betul di belakangnya tadi.
Tiba-tiba…Klik!
Lampu bilik itu padam. Gelap. Serta-merta. Faris panik. Dia tekan suis. Tak
hidup.
“Kenapa..”
Klik!..Lampu
lorong pula padam. Satu per satu. Seperti ada sesuatu… mematikan. Menuju ke
arahnya. Faris berlari turun tangga. Jantungnya hampir pecah.
Sampai di
bawah..Lampu ruang tamu masih menyala. Dia tercungap-cungap. Cuba tenangkan
diri.
Kemudian…Dia
nampak sesuatu. Di sudut ruang tamu. Yang tadi kosong. Sekarang..Ada kerusi. Kayu
lama. Menghadap ke arahnya.
“Tak… tak
mungkin…” Faris berundur perlahan.
Dan kerusi
itu..Bergerak sedikit. Berbunyi halus. Seolah-olah ada seseorang baru sahaja…
duduk. Radio lama di sudut tiba-tiba hidup sendiri. Walaupun tadi tiada pun.
Suara
keluar. Berdesir. “…jangan biar kosong…”
Faris
membeku.
“…rumah ini…
tak suka kosong…”
Tiba-tiba…Bunyi
langkah kaki. Banyak. Bukan satu tapi ramai. Dari atas. Dari dapur. Dari
belakang. Mengelilingi. Faris menoleh. Dan kali ini…Dia nampak. Bayang. Di
dinding. Banyak bayang manusia. Berdiri. Duduk. Menunggu.
“Keluar…” Suara
Faris bergetar.
Tiada siapa
jawab. Tapi bayang-bayang itu… Semakin jelas. Kemudian..Satu suara.
Sangat
dekat. Di telinganya.
“…kau dah
masuk…”
Faris
terkaku.
“…jadi
jangan biar rumah ini kosong…”
Lampu
berkelip. Sekali. Dua kali. Dan bila stabil…Faris sudah tidak lagi berdiri.
Keesokan
hari. Orang pejabat datang. Pintu rumah terbuka. Kereta Faris masih di luar. Enjin
sudah mati. Telefon dijumpai di lantai ruang tamu. Masih merakam. Dalam video itu…Ruang tamu
kosong.
Kemudian…Satu
per satu… Kerusi muncul sendiri. Beratur. Menghadap satu arah. Dan di hujung
rakaman…Seorang lelaki kelihatan duduk di salah satu kerusi. Kaku. Diam. Menghadap
ke depan.
Wajahnya….Faris.
Sejak hari
itu… Rumah itu dilelong lagi. Tapi setiap kali orang datang melihat…Mereka akan
perasan satu perkara. Kerusi di ruang tamu… Tak pernah kosong.
No comments:
Post a Comment