CERMIN
TERPAKAI BERPUAKA!
-Beli murah waktu jualan lelong... Hidup wanita ini kacau-bilau gara-gara cermin terpakai, tak sangka berpuaka!-
SUDAH menjadi kebiasaan bagi orang ramai untuk meletakkan cermin besar di bilik tidur untuk tujuan bersolek atau melihat penampilan diri sebelum keluar rumah.
Namun, kejadian yang dialami oleh Atirah (bukan nama sebenar) membuktikan bahawa objek yang kelihatan biasa itu juga boleh dikaitkan dengan pengalaman seram.
Menurut Atirah, dia memiliki cermin terpakai yang dibeli daripada sebuah kedai perabot lama di Selangor menerusi jualan lelong sekitar tahun 2019.