MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jul 8, 2025

MISTERI SUARA MENGILAI

 


  KAMPUNG PANTAI LELA (PART 1)

MISTERI SUARA MENGILAI 

Kisah Seram dari Kampung Pantai Lela, Terengganu


Kampung Pantai Lela, terletak di antara dua bukit dan berhampiran laut, adalah kampung nelayan kecil yang sudah wujud sebelum zaman Jepun. Penduduknya mesra, hidup sederhana, dan sangat mempercayai adat serta pantang larang.

Namun sejak minggu terakhir bulan Muharram, setiap malam antara jam 12.45 hingga 1.15 pagi, satu suara mengilai kedengaran dari arah sawah berhampiran.

Jul 7, 2025

TAMAR JALIS (JILID 2) : EP25 - SUMPAH NASI TANGAS

TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 2 

 

TAMAR JALIS (JILID 2) : EP25 - SUMPAH NASI TANGAS

Suasana di pekan kecil Terung di pagi Selasa dalam musim tengkujuh cukup lembab. LopakIopak yang terdapat berhampiran bangunanbangunan kedai di situ ditakungi air, akibat hujan yang memanjang pada sebelah malamnya. Saya dan datuk masih lagi duduk di warung kopi sebelah kanan jalan menghala ke Kuala Terung. Di perhentian bas kirakira 10 hingga 15 anak muda menanti bas.

Mereka mahu pergi ke bandar Taiping menonton filem Melayu. Datuk mula resah. Uda Lodin, kawan datuk belum juga tiba. Jam di dinding warung sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Saya mengambil akhbar Utusan Melayu milik tuan punya warung yang terletak di meja sebelah.

Jul 6, 2025

MISTERI MALAM BULAN PERBANI MUDA

 

Sumber : <<<Mastika>>>

Ogos 18, 2022

Diceritakan Oleh : Iqmal Tajul, Kuala Lumpur

MISTERI MALAM BULAN PERBANI MUDA

KISAH ini sudah lebih 10 tahun berlaku, namun masih saya ingat sehingga kini. Ketika itu, saya pulang ke kampung di Sabak Bernam, Selangor.

Salah satu aktiviti yang saya gemari bila pulang ke kampung ialah memancing. Saya ingat lagi kejadian aneh malam itu. Ketika itu musim air pasang perbani dan bulan mengambang penuh. Selalunya pada musim begitu, hasil memancing biasanya lumayan. Tak perlu ke tengah laut, memancing di gigi air pun sudah cukup.

Itulah masa yang saya suka. Walaupun ombak dan angin agak kuat daripada biasa, ikan senang sangkut. Malam itu, saya memancing bersama sepupu di pantai berhampiran kampung kami.

Tapi, kami rasa pelik. Malam itu tak seperti malam-malam air pasang perbani bulan muda sebelumnya. Sudah dekat tiga jam kami memancing, namun langsung tiada hasil. Daripada pukul 9.00 malam hingga dekat 12.00 malam kami di situ, tetap hampa. Tiada seekor ikan pun mengena.

RUMIT NAK BUAT MINYAK DAGU

 

Sumber : <<<<mstar>>>>

Mei 24, 2025

RUMIT NAK BUAT MINYAK DAGU

Dengar pun seram! Sami Siam cerita betapa rumit nak buat minyak dagu... Banyak syarat pelik, menakutkan

DALAM dunia mistik, minyak dagu bukan satu nama asing dan sering disebut sebagai antara 'ramuan' paling ditakuti serta penuh misteri. 

Minyak ini dipercayai mampu menundukkan hati manusia, melariskan perniagaan malah memberi perlindungan kepada pemiliknya. 

Seorang lelaki mencuri perhatian di media sosial selepas berkongsi rahsia dan syarat lengkap cara pembuatan minyak dagu ampuh mengikut kepercayaan masyarakat Siam.


Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki itu berkata ilmu dan pengetahuan mengenai pembuatan minyak berkenaan diceritakan oleh seorang pengamal perubatan mistik dari negara tersebut.

Jul 5, 2025

MAKHLUK APA YANG TEBAR JALA ITU?

 

Sumber : <<<Mastika>>>

Oktober 12, 2023

Diceritakan oleh : Yas Bin Awang (Pak Su Yas)

MAKHLUK APA YANG TEBAR JALA ITU?

KEJADIAN ini berlaku pada tahun 2006. Malam itu, lebih kurang pukul 10.00 malam, saya duduk di pekarangan rumah di Kampung Pasir Tambang, Kuala Tembeling, Pahang membetulkan jala ikan.

Malam itu cuaca sangat baik. Langit cerah dan bulan mengambang penuh. Waktu-waktu begitu, banyak ikan yang naik. Memang masa yang sesuai untuk pergi menjala.

Selesai menjahit jala, saya capai lampu picit. Tanpa buang masa, saya segera ke belakang rumah untuk menuruni denai curam ke Sungai Tembeling. Tak sampai sepuluh minit, saya sudah terpacak di tepi tebing sungai.

Jangkaan saya memang tepat. Air malam itu memang cantik. Tidak terlalu dalam dan tidak terlalu cetek. Dalam kelam malam dibantu oleh cahaya bulan, saya boleh nampak kelibat ikan bermain-main di dalam air.