MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label horror. Show all posts
Showing posts with label horror. Show all posts

Feb 23, 2026

JURUFOTO MENGGIGIL DIGANGGU

 

Sumber : <<MSTAR | MISTIK>> 

JURUFOTO MENGGIGIL DIGANGGU

-Pengantin disihir, jurufoto menggigil diganggu! Terpaksa padam semua gambar kerana wajah terlalu hodoh-


SEORANG jurufoto berkongsi pengalaman menyeramkan ketika merakam foto pengantin di Pahang, sehinggakan dia menggigil ketakutan melihat gambar-gambar yang diambil.

Menurut lelaki itu, majlis akad nikah berlangsung pada Jumaat malam dan dia perlu memandu empat jam dari Kuala Lumpur untuk sampai ke lokasi.


Feb 11, 2026

LAUNGAN AZAN SELAMATKAN MEREKA

 

Sumber: <<Nita Dahnin | MASTIKA>>  Disember 31,2025

LAUNGAN AZAN SELAMATKAN MEREKA

-Disorok ‘penghuni’ Pasir Klebang, pengantin ini bersyukur laungan azan selamatkan mereka-

Pantai Klebang di Melaka merupakan salah satu destinasi popular dikunjungi ramai orang. Namun, saya mempunyai memori pahit di sini. Setiap kali melalui kawasan ini, peristiwa yang menimpa saya pada tahun 2015 kembali menerjah kotak memori. Walaupun sudah lama berlalu, sukar untuk saya lupakan apatah lagi kejadian tersebut berlaku di hari bahagia saya.


Jan 2, 2026

RUMAH PUSAKA (Bhg 3) - CERMIN DI RUANG ATAS

 


RUMAH PUSAKA (Bhg 3) - CERMIN DI RUANG ATAS


Aiza, seorang jurugambar, datang ke rumah pusaka untuk mengambil gambar suasana lama bagi projek portfolio. Namun lampu kameranya mendedahkan sesuatu yang tidak sepatutnya—bayang seorang wanita dan makhluk kecil yang merangkak dalam pantulan cermin tingkat atas. Cermin itu memaparkan memori yang bukan miliknya, termasuk seorang wanita hamil dan seorang bayi yang hilang. Semakin lama Aiza memandang, semakin kuat cermin itu menariknya, seolah-olah mahu menjadikan Aiza “pembawa” baru untuk bayi itu. Di akhir, kamera Aiza menangkap imej yang mustahil—tapak tangan kecil yang menekan dari dalam cermin, cuba keluar ke dunia nyata.


Nov 7, 2025

TERSIMPUL DI PAGAR KUBUR

 


TERSIMPUL DI PAGAR KUBUR


Sinopsis :

Pada tahun 1976, di sebuah kampung pedalaman, seorang budak lelaki menyaksikan sesuatu yang tidak sepatutnya — sekujur kain kafan putih berdiri di tepi pagar kubur selepas azan Maghrib. Orang kampung percaya itu arwah yang tidak selesai urusannya dunia kerana tali kafannya masih tersimpul. Namun semakin dia cuba melupakan peristiwa itu, semakin dekat bayangan pocong itu datang — hingga dia akhirnya tahu, simpulan itu bukan pada kafan, tetapi pada janjinya sendiri.


Oct 19, 2025

ECHO LAKE FILES (Bhg. 1)

 


ECHO LAKE FILES (Bhg. 1)


Selepas penemuan mayat terapung di Tasik Echo — tasik buatan manusia di pinggir bandar Cyber Vista — polis menjumpai beberapa rakaman audio dan nota pelik daripada projek penyelidikan bunyi bawah air. Rakaman itu memuatkan suara-suara yang tidak sepatutnya wujud.

Siasatan yang bermula secara rutin akhirnya membuka rahsia: tasik itu bukan hanya menyimpan air, tetapi juga gema roh-roh yang terperangkap antara frekuensi hidup dan mati.


Oct 18, 2025

ASRAMA LAMA DI BUKIT SERAYA

 


ASRAMA LAMA DI BUKIT SERAYA

Sebuah bangunan asrama peninggalan kolonial di atas Bukit Seraya ditinggalkan kerana dipenuhi gangguan. Pelajar dan warden sering terdengar bunyi kawad tentera pada tengah malam, bisikan dalam bahasa asing, dan kelibat murid menembusi dinding. Lebih menyeramkan, sebuah buku catatan lama yang ditemui mempunyai nama salah seorang pengunjung tertulis di muka terakhir, lengkap dengan tarikh hari itu. Hingga kini, bangunan itu masih berdiri sunyi, menjadi misteri siapa sebenarnya “penghuni baru” yang dipanggil ke sana.


Oct 3, 2025

BAYANG HITAM DI BILIK PEMBEDAHAN

 


BAYANG HITAM DI BILIK PEMBEDAHAN


Malam itu sunyi di Hospital Daerah yang sudah uzur. Hanya tinggal beberapa jururawat bertugas di wad malam. Di tingkat tiga, terdapat sebuah bilik pembedahan lama yang sudah tidak digunakan lagi sejak bertahun-tahun. Ramai staf enggan melaluinya kerana dikatakan berhantu.


Sep 24, 2025

BILIK 7 : TIADA PENGHUNI, TAPI SELALU DITEMPAH

 


BILIK 7 : TIADA PENGHUNI, TAPI SELALU DITEMPAH

 Di pinggir sebuah pekan kecil, terdapat sebuah hotel lama peninggalan era kolonial yang masih beroperasi. Bangunannya berwarna kelabu pudar, cat terkopek, dan perabotnya berbau hapak kayu lama. Walaupun sudah usang, hotel itu tetap dikunjungi kerana lokasinya strategik di tepi jalan utama. Namun, ada satu perkara pelik yang menjadi buah mulut pekerja dan penduduk setempat – Bilik 7.


Sep 10, 2025

SIAPA DUDUK DI KERUSI INI, NYAWANYA AKAN MELAYANG

 


SIAPA DUDUK DI KERUSI INI, NYAWANYA AKAN MELAYANG

Ada sebuah kerusi kayu. Bentuknya biasa saja, tidaklah secantik mana. Tapi, awas! Kerusi ini kononnya dikaitkan dengan sumpahan. Sesiapa yang duduk di kerusi ini dikatakan akan mati.

Sebuah perkampungan kecil di Thirsk, dalam daerah North Yorkshire, England, ada sebuah muzium yang menempatkan pelbagai barangan lama. Salah satu barang terkenal dalam pameran muzium ini adalah sebuah kerusi antik.


Sep 8, 2025

TELEVISYEN ROSAK, SUARA MASIH BERBUNYI

 


TELEVISYEN ROSAK, SUARA MASIH BERBUNYI

Tahun 1976. Malam di sebuah kampung kecil di pinggir pekan, sunyi hanya ditemani bunyi cengkerik dan kokokan ayam jantan yang salah waktu. Di ruang tamu rumah papan, sebuah televisyen hitam putih — barang mewah ketika itu — menjadi kebanggaan keluarga Pak Rahim. Malam itu, seperti biasa, mereka sekeluarga berkumpul menonton rancangan hiburan. Namun, ketika jam menghampiri tengah malam, tiba-tiba skrin televisyen gelap. Hanya kedengaran bunyi “sshhhh…” seperti ribuan bisikan halus.


Apr 24, 2025

DIA DATANG SELEPAS JAM 12 MALAM

 

Misteri Kem Tentera. Dia datang selepas pukul 12 malam

** JUN  9,2021

Benarkah banyak berlaku kejadian misteri di kem-kem tentera? Khabarnya di kuarters dan bangunan serta gudang menyimpang kelengkapan tentera misalnya, biasa terjadi kejadian-kejadian aneh.

Seorang pembaca Mastika pernah menceritakan bagaimana dia tidak dapat tidur kerana diganggu bunyi serta jelmaan-jelmaan menakutkan semasa menginap beberapa malam di sebuah kem transit di Kuala Lumpur, sebelum berpindah ke kem Tawau, Sabah kira-kira 40 tahun lalu.

Tetapi di kem tentera Tawau pun banyak kejadian misteri.

Apakah kisah-kisah misteri itu? Mastika akan sambung pada hari lain. Untuk malam ini, Mastika ingin sajikan kisah ini dahulu, yang berlaku di sebuah kem tentera di Pahang.

Apr 17, 2025

SETIAP MALAM DENGAR BAYI MENANGIS

 

Setiap malam dengar bayi menangis di rumah sewa baharu! Gadis nekad tanya jiran, nasihat pakcik mesin rumput ada makna


"FUHHH akhirnya settle angkut barang!"

Fiza menghenyakkan punggungnya di sofa bagi melepaskan keletihan selepas beberapa hari menguruskan perpindahan ke rumah sewa baharunya yang terletak di sebuah taman perumahan di Semenyih.

Dia memilih untuk berpindah kerana rumah 'corner lot' jenis teres dua tingkat itu terletak lebih dekat dengan tempat kerjanya.

Memandangkan dia bakal mendirikan rumah tangga beberapa bulan sahaja lagi dengan tunangnya, Faris, Fiza mengambil keputusan untuk menyewa bersendirian.

Apr 16, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP2 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SIRI 2 - BERTEMU DENGAN PENUNGGU BABI HUTAN

Bau harum yang sangat asing menyusuk lubang hidung datuk. Datuk merasa dirinya seakan‐akan melayang‐layang.

Datuk segera bertafakur menyatukan mata batin dan seluruh kekuatan pancainderanya. Dia terasa ada
sesuatu kuasa yang menyuruh dia kembali ke seberang sungai. Datuk menentang kuasa itu dengan
penuh keyakinan. Kali ini datuk terasa dia mula tewas. Dia terdengar suara perempuan cantik itu
ketawa. Datuk membuka mata. Perempuan cantik itu sudah tiada lagi di hadapannya. 

Datuk berpatah balik. Bila datuk sampai ke seberang. Suara desing di telinganya sudah hilang. Pandangnya tidak berkunang.

Pokok‐pokok besar yang dilihat bergayut dengan akar tadi, ternyata hanya pokok‐pokok kecil yang tidak ada akar bergayut. Datuk duduk di situ, beberapa saat, kemudian kawannya Lee Kong Hua pun sampai ke tempatnya.

Apr 14, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP30 - TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP30 - TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

BERPELUH-PELUH seluruh badan akibat menebas di kebun pisang hingga santak senja. Tetapi Ucu Mahali tidak peduli apa-apa kalau sudah turun ke kebun. Dia tidak boleh duduk diam semenjak masuk ke felda, disebabkan terpaksa bekerja keras sepanjang hari.

Harapkan menoreh getah masakan boleh menampung hidup keluargangya, kalau tidak ditambah dengan berkebun pisang. Dalam tempoh seminggu Ucu Mahali boleh dapat RM70.00 apabila banyak pisang yang ditebang. Biarlah jiran-jiran menuduh dia tamakkan harta dunia disebabkan turun ke kebun sampai santak senja.

Dia masih mengibas-ngibas mata parang ke tengah belukar sekalipun Kak Banun sudah mendesaknya balik. Takkan menunggu azan berkumandang di surau baru mahu tinggalkan kebun pisang hingga tergesa-gesa mandi di bilik air. Tentu tergesa-gesa pula ambil wuduk lantas terburu-buru mencapai sejadah. Memang Ucu Mahali jarang berjemaah ke surau, disebabkan tidak sempat mahu terburu-buru ke surau di seberang pejabat kesihatan di dalam felda berkenaan.

Apr 13, 2025

MIMPI DISETUBUHI SESEORANG

 

Selalu sangat mimpi disetubuhi seseorang, itu tanda-tanda ‘Jin Asyik’ dalam badan!


SEBAGAI umat Islam kita wajib mempercayai kewujudan perkara ghaib, termasuklah jin.

Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia, akan tetapi sebagai Muslim, kita wajib percaya tentang kewujudannya kerana al-Quran terlebih dahulu menetapkan akan kewujudan mereka.

Memandangkan jin wujud, maka gangguan daripada jin itu juga ada.

Ia boleh terjadi kepada siapa sahaja sama ada sihir yang dihantar oleh seseorang atau daripada kenakalan jin itu sendiri, contohnya kerana menyukai manusia.

Sememangnya banyak perkongsian di laman sosial mengenai kisah gangguan jin yang disebabkan oleh syahwat

Mar 13, 2025

20 Tahun Sentiasa Cantik

 


Isteri ‘ikat’ suami guna 2 susuk jarum emas, 20 tahun sentiasa cantik... Lepas pasangan mati mengejut, tidur malam dihimpit derita!


DEMI mahu kelihatan awet muda dan jelita, segelintir wanita sanggup melakukan perkara syirik termasuklan memakai susuk.

Biarpun ternyata ia tergolong dalam salah satu perbuatan yang berdosa besar, namun mereka berpandangan perkara tersebut dilakukan untuk tujuan baik iaitu agar dikasihi suami.

Tidak terkecuali Haslinda yang memasang susuk jarum emas pada wajahnya.

Namun, Haslinda bertekad untuk membuang susuk tersebut selepas hampir 20 tahun memakainya, disebabkan satu peristiwa yang dialaminya.

Feb 22, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP22 - MAYAT DIMANDI BINGKAS BANGUN

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP22 - MAYAT DIMANDI BINGKAS BANGUN

Ketika ini, kubur juga sudah siap digali sebelum masuk waktu zohor lagi. Mereka sudah tetapkan, jenazah mesti dikebumikan sebelum waktu zohor disebabkan sudah lama semalaman terbujur. Siak Deraman tidak mahu melambat - lambatkan mengebumikan jenazah setelah beliau diberitahu Mat Senik sudah meninggal dunia selepas maghrib. Semalaman pula mereka berjaga bersengkang mata membacakan ayat - ayat suci al quran di sisi jenazah secara bergilir - gilir.

Mereka semua mematuhi arahan Siak Deraman supaya jenazah Mat Senik dikebumikan dengan segera. Apalah gunanya menunggu hingga selepas waktu zohor kalau mahu kebumikan jenazah, dalam masa kubur sudah siap digali. Sebaik sahaja diberitahu supaya menggali kubur, lantas Surip Lekeh pagi - pagi lagi sudah menggalas cangkul dengan penyodok ke tanah perkuburan. mereka seisi kampung mesti bergotong royong menggali kubur apabila diberitahu ada orang yang meninggal dunia.

Feb 16, 2025

Suami Tak ‘Selera’ Tengok Isteri

 


SELEPAS kira-kira 20 minit berehat sambil membelek media sosial di telefon bimbitnya, Hanafi mematikan pendingin hawa dan enjin keretanya.

Terasa berat untuk melangkah masuk ke dalam rumah biarpun waktu Maghrib sudah berada di hujung-hujung.

Entah kenapa sejak kebelakangan ini, Hanafi merasakan dia seperti tidak betah berada di rumah.

Suara riuh dua anaknya yang berusia tujuh dan tiga tahun seperti membuatkan dia tertekan.

Feb 15, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP20 - ORANG TUA KELUAR DARI KEPULAN ASAP

 


Angin petang bertiup menyebabkan pucuk-pucuk pokok getah ke kiri kanan jalan meliuk-liuk. Terasa juga angin lembut itu begitu sejuk menegakkan bulu roma. Kira-kira baru saja jam 5.30 petang, tetapi Jubir Ceding sudah pun balik ke rumah dari meniaga di pasar dibandar, kira-kira 10 batu dari kampungnya.

Tiap tiap pagi dia dan isterinya Semah keluar ke bandar berniaga di pasar, dan maghrib mereka berdua balik ke rumah. Tidak ada apa yang hendak dirisaukan lagi oleh mereka berdua kerana anak-anak semuanya sudah besar, dan sudah pulang ke rumah kata orang-orang kampung. Maksudnya sudah pulang ke rumah ialah sudah berkahwin dan berkeluarga sendiri.