ANAK
YANG DIJADIKAN GANTI
Seorang
lelaki, Rahim, pernah membuat perjanjian gelap demi mendapatkan rezeki dan
kehidupan yang lebih baik. Segala yang diminta menjadi kenyataan.. perniagaan
maju, rumah besar, hidup senang.
Namun,
setiap perjanjian ada harga.
Tujuh tahun
kemudian, anak tunggalnya mula berubah… bercakap seorang diri, berjalan pada
waktu malam, dan menyebut nama yang tidak pernah diajarkan.
Rahim akhirnya sedar… apa yang pernah dia minta… tidak pernah datang secara percuma. Dan kali ini…., yang dituntut… bukan dirinya.
Rahim dulu bukan siapa-siapa. Hidup cukup-cukup makan. Kerja siang malam… tapi hasil tetap sama.
Sampai satu
malam….dia buat keputusan yang dia tak pernah ceritakan pada sesiapa. Di hujung
kampung… ada seorang lelaki tua. Orang kampung panggil dia Tok Salleh.
Tak ramai
berani dekat. Tapi Rahim datang juga.
“Aku nak
ubah hidup aku.” Itu saja yang dia cakap.
Tok Salleh
pandang lama. “Semua benda boleh diubah…” suara lelaki tua itu perlahan. “…kalau
kau sanggup bayar.”
Rahim angguk
tanpa berfikir panjang…“Aku sanggup.”
Tok Salleh
senyum nipis.
“Bukan
sekarang…” dia bangun, berjalan ke dalam gelap. “…nanti.”
Malam itu,
satu perjanjian dibuat. Tanpa saksi. Tanpa hitam putih. Hanya… kata yang
dilafaz dalam gelap. Dan selepas itu… hidup Rahim berubah.
Perlahan…
tapi pasti. Perniagaan mula naik. Peluang datang satu demi satu. Rezeki seperti
tak putus. Dan beberapa tahun kemudian.. dia berkahwin. Dapat seorang anak
lelaki. Hakim.
Rahim tak
pernah fikir balik tentang malam itu. Baginya… semuanya kebetulan. Usaha dia
berhasil. Tak lebih dari itu.
Sampai satu
malam… Hakim bangun jam 3 pagi. Duduk di ruang tamu. Seorang diri.
“Dengan
siapa Hakim cakap tu?” tanya isterinya, Salmah.
Anak itu tak
jawab. Hanya senyum. Dan bisik perlahan… “Dia kata… nanti dia datang.”
Sejak malam
itu… Hakim berubah. Dia mula bercakap seorang diri. Kadang-kadang ketawa… tanpa
sebab. Dan yang paling pelik…dia mula menyebut nama yang asing….“Tok… Salleh…”
Rahim terasa
darahnya berhenti. Nama itu… dia tak pernah sebut di rumah. Tak pernah.
Malam demi
malam… Hakim akan bangun tepat jam 3 pagi. Duduk di ruang tamu. Seolah-olah…
menunggu seseorang.
Satu malam,
Rahim nekad. Dia sembunyi di balik pintu. Menunggu. Jam 3 tepat… Hakim keluar
dari bilik.
Perlahan. Langkahnya
tidak berbunyi. Dia duduk di ruang tamu. Menghadap pintu. Kemudian…. Tok.
Rahim
tersentak. Pintu diketuk. Perlahan….Tok….
Hakim
tersenyum.
Tok…..Ketukan
ketiga. Tanpa ragu… Hakim bangun… dan buka pintu.
Rahim hampir
menjerit. Tapi suaranya mati di tekak. Di luar pintu… berdiri satu susuk. Tinggi.
Hitam. Wajahnya… tak jelas. Tapi Rahim kenal aura itu.
Tok Salleh.
“Dah cukup
masa…” suara itu keluar perlahan.
Hakim
angguk. Seolah-olah faham.
“Sekarang…
dia milik aku.”
Rahim terus meluru.
“Jangan sentuh anak aku!”
Tapi sebelum
dia sempat sampai…Hakim sudah melangkah keluar. Dan dalam sekelip mata… gelap
menelan mereka. Sunyi.
Keesokan
pagi… Hakim tiada. Pintu terbuka. Tiada kesan. Rahim cari ke seluruh kampung. Hutan.
Sungai. Kubur. Tiada.
Akhirnya…
dia kembali ke tempat lama. Hujung kampung. Rumah Tok Salleh. Kosong.
Seperti
tidak pernah ada orang tinggal di situ. Tapi di dalam… ada satu benda. Sekeping
kain putih.
Kain kafan.
Dan di atasnya…. terbaring sesuatu. Kecil. Rahim mendekat. Tangan menggigil.
Perlahan…
dia buka kain itu. Di dalam… Hakim. Diam. Tidak bergerak. Tapi wajahnya… tersenyum.
Dan matanya… terbuka.
“Terima
kasih… ayah…” Suara itu keluar perlahan.
Tapi bukan
dari mulut Hakim. Rahim terduduk. Air mata jatuh. Barulah dia faham.
Malam itu
dulu… bila dia kata dia sanggup bayar… dia tak pernah Tanya…bayar dengan apa.
No comments:
Post a Comment