SUAMI
KERASUKAN CAKAR PINTU BILIK
-Suami kerasukan, cakar pintu bilik rahsia dalam rumah... Penemuan tangkal akhirnya bongkar perbuatan sihir isteri!-
LULUH hati
seorang suami apabila mendapat tahu isteri yang disayangi sanggup melakukan
amalan kurafat hingga mengenakan sihir kepadanya demi untuk hidup bersama
lelaki lain.
Begitulah yang dialami Ramli sepanjang tempoh 10 tahun perkahwinannya bersama Safina.
Mengakui terkejut dan sedih, namun dia memilih untuk memaafkan
isteri yang dikenali sejak zaman persekolahan.
Tambahan pula, isterinya telah memohon keampunan dan mengaku
kekhilafan yang dilakukan kerana terlampau mengikut nafsu.
Menurut lelaki berusia awal 40-an itu, dia mempunyai masalah sakit
jantung kira-kira lima tahun lalu kerana amalan merokok dan vape.
"Sejak disahkan mengalami sakit jantung, aku kerap ke
hospital sehingga menjadi sahabat doktor yang merawat aku.
"Bagi memantau kesihatan aku, dia pernah beberapa kali datang
ke rumah," ujarnya menceritakan punca bagaimana peristiwa hitam dalam
hidupnya berlaku.
Tambah Ramli, tanpa disangka, kehadiran Dr Rushdi mengundang rasa
sayang dalam diri Safina.
Malah sejak hari pertama bersua muka, isterinya sudah memasang
impian untuk memiliki Dr Rushdi kerana ketampanan dan kulit putih mulus yang
dimiliki.
Namun, perasaan itu hanya dipendam sehinggalah suri rumah itu
mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Batu Pahat, Johor.
"Pada mulanya, Safina minta izin untuk balik kampung
sendirian kerana ingin menghabiskan masa bersama ibunya.
"Selepas beberapa hari, dia tiba-tiba menghantar mesej untuk berpisah," luahnya yang berjaya memujuk Safina daripada bercerai demi masa hadapan dua cahaya mereka.
Menurut pegawai pemasaran ini lagi, isterinya pulang semula ke
kediaman mereka selepas hampir sebulan berada di kampung halaman.
Bagaimanapun, sejak kepulangan Safina, dia mula mengalami sesak
nafas yang kronik sehingga sukar tidur malam.
Situasi yang dialami itu membuatkan Dr Rushdi kerap menziarahinya
bagi mengetahui punca berlaku.
Pelbagai ujian kesihatan telah dibuat, namun kesemuanya memberikan
keputusan positif dan baik.
"Bayangkan aku sesak nafas sehingga hampir tercabut nyawa
tapi keputusan ujian menunjukkan kesihatan aku baik dan tidak bermasalah.
"Masalah yang dialami membuatkan aku cuba mendapatkan rawatan
perubatan Islam tanpa pengetahuan sesiapa," luahnya yang sayu apabila
isteri yang dicintai tidak mempedulikan kesihatannya.
Lebih mengejutkan apabila Safina sekali lagi meminta izin untuk
pulang ke kampung halamannya meskipun mengetahui dia sering mengalami sesak
nafas pada waktu malam.
Meskipun kecewa, Ramli tetap memberi izin dan mengambil peluang
untuk membawa perawat ke rumahnya.
"Malam selepas Safina keluar, perawat datang ke rumah bagi
melakukan ikhtiar mengubati aku.
"Mujurlah Dr Rushdi sanggup menemani aku sepanjang rawatan
dilakukan kerana keadaan aku memang tidak bermaya ketika itu," kongsinya
lagi.
Menurut Ramli, dia langsung tidak
sedar mengenai keadaan diri sepanjang rawatan dijalankan.
"Dr Rushdi cakap, aku yang sedang terbaring tiba-tiba bangun
dan memuntahkan cecair berwarna hitam yang berisi kuku dan rambut.
"Katanya, keadaan ruang tamu masa itu dipenuhi bau hanyir
seperti air limbah yang lama tak diselenggara.
"Aku dikhabarkan kerasukan masa tu dan mencakar bilik
peribadi isteri... seolah-olah mencari sesuatu," tambahnya sambil
menyatakan bilik peribadi isterinya itu 'wujud' selepas kali kedua Dr Rushdi
hadir ke rumahnya.
Situasi genting yang berlaku itu membuatkan perawat memaksa pintu
bilik tersebut dipecahkan bagi mengambil 'barang' yang ditunjukkan.
"Tanpa disangka aku menjumpai tangkal yang mengandungi gambar
isteri aku seorang diri yang diikat bersama foto Dr Rushdi," luahnya lagi.
Tambah Ramli, dia pada awalnya menyangkakan sahabat baiknya itu
mempunyai hubungan sulit dengan Safina.
Namun akhirnya, perawat memaklumkan bahawa isterinya cuba untuk
melakukan sihir pengasih kepada Dr Rushdi demi memilikinya.
Sumber : <<<Mstar>>>
No comments:
Post a Comment