SANTAU
JARUM
Selepas
kematian seorang bomoh tua yang terkenal dengan ilmu santau, penduduk sebuah
kampung menyangka segala amalan hitamnya telah berakhir.
Namun tidak
lama selepas itu, seorang pemuda bernama Rizal mula mengalami kejadian pelik
setiap malam…. tubuhnya sakit seperti dicucuk sesuatu dari dalam.
Pada suatu
malam, ibunya menemui sebatang jarum keluar dari kulit belakangnya. Keesokan
harinya muncul jarum kedua. Kemudian ketiga.
Sehinggalah
seorang ustaz memberitahu sesuatu yang menakutkan.
Jika cukup tujuh jarum keluar dari tubuhnya… itu bermaksud seseorang sedang menyempurnakan santau yang telah lama disimpan.