MAYAT YANG DIGALI ILMU BELUM DIPULANGKAN
Sudah hampir tiga minggu kematian Tok Karim… bomoh tua paling digeruni di
Kampung Parit Janggut. Sebelum mati, Tok Karim sempat berpesan kepada anaknya..
“Jangan sesiapa buka bilik belakang rumah aku… sampai cukup empat puluh malam.”
Tetapi orang kampung tahu… Tok Karim bukan sekadar pengubat biasa.
Ramai percaya dia menyimpan “ilmu belaan” yang diwarisi turun-temurun sejak zaman
datuknya lagi.
Sejak kematiannya, kampung mula diganggu perkara pelik. Ayam mati tanpa kepala.
Bau hanyir muncul setiap kali hampir Maghrib. Dan paling menakutkan…ada orang
ternampak kelibat Tok Karim berdiri dekat kuburnya sendiri selepas tengah
malam.
Namun gangguan sebenar bermula apabila kubur Tok Karim didapati berlubang dari
dalam. Bukan digali dari atas. Tetapi seperti… sesuatu menolak keluar dari
bawah tanah.
Malam berikutnya, seorang pemuda kampung bernama Faiz terdengar bunyi cangkul
dekat tanah perkuburan lama. Apabila dia pergi melihat…dia ternampak seorang
lelaki sedang menggali kubur Tok Karim dalam hujan.
Masalahnya… lelaki itu ialah Tok Karim sendiri. Tubuh reput berselut tanah.
Kain kafan koyak. Dan kedua-dua tangannya masih menggali kuburnya sendiri
sambil berbisik….
“Ilmu belum dipulangkan…”