TAMAR JALIS
SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
TAMAR JALIS (JILID 2) : EP25 - SUMPAH NASI TANGAS
Suasana di pekan kecil Terung di pagi Selasa dalam musim tengkujuh cukup lembab. LopakIopak yang terdapat berhampiran bangunanbangunan kedai di situ ditakungi air, akibat hujan yang memanjang pada sebelah malamnya. Saya dan datuk masih lagi duduk di warung kopi sebelah kanan jalan menghala ke Kuala Terung. Di perhentian bas kirakira 10 hingga 15 anak muda menanti bas.
Mereka mahu pergi ke bandar Taiping menonton filem Melayu. Datuk mula resah. Uda Lodin, kawan datuk belum juga tiba. Jam di dinding warung sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Saya mengambil akhbar Utusan Melayu milik tuan punya warung yang terletak di meja sebelah.