MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jul 6, 2025

RUMIT NAK BUAT MINYAK DAGU

 

Sumber : <<<<mstar>>>>

Mei 24, 2025

RUMIT NAK BUAT MINYAK DAGU

Dengar pun seram! Sami Siam cerita betapa rumit nak buat minyak dagu... Banyak syarat pelik, menakutkan

DALAM dunia mistik, minyak dagu bukan satu nama asing dan sering disebut sebagai antara 'ramuan' paling ditakuti serta penuh misteri. 

Minyak ini dipercayai mampu menundukkan hati manusia, melariskan perniagaan malah memberi perlindungan kepada pemiliknya. 

Seorang lelaki mencuri perhatian di media sosial selepas berkongsi rahsia dan syarat lengkap cara pembuatan minyak dagu ampuh mengikut kepercayaan masyarakat Siam.


Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki itu berkata ilmu dan pengetahuan mengenai pembuatan minyak berkenaan diceritakan oleh seorang pengamal perubatan mistik dari negara tersebut.

Jul 5, 2025

MAKHLUK APA YANG TEBAR JALA ITU?

 

Sumber : <<<Mastika>>>

Oktober 12, 2023

Diceritakan oleh : Yas Bin Awang (Pak Su Yas)

MAKHLUK APA YANG TEBAR JALA ITU?

KEJADIAN ini berlaku pada tahun 2006. Malam itu, lebih kurang pukul 10.00 malam, saya duduk di pekarangan rumah di Kampung Pasir Tambang, Kuala Tembeling, Pahang membetulkan jala ikan.

Malam itu cuaca sangat baik. Langit cerah dan bulan mengambang penuh. Waktu-waktu begitu, banyak ikan yang naik. Memang masa yang sesuai untuk pergi menjala.

Selesai menjahit jala, saya capai lampu picit. Tanpa buang masa, saya segera ke belakang rumah untuk menuruni denai curam ke Sungai Tembeling. Tak sampai sepuluh minit, saya sudah terpacak di tepi tebing sungai.

Jangkaan saya memang tepat. Air malam itu memang cantik. Tidak terlalu dalam dan tidak terlalu cetek. Dalam kelam malam dibantu oleh cahaya bulan, saya boleh nampak kelibat ikan bermain-main di dalam air.

Jul 4, 2025

JEMALUANG : JANGAN BERHENTI

 


 

“JEMALUANG: JANGAN BERHENTI”

Kisah Seram Laluan Misteri di Selatan Tanah Air

 

Jalan Jemaluang, yang menghubungkan Mersing ke arah Johor Bahru dan Kluang, adalah sebatang jalan yang panjang, sunyi, dan kerap dilalui pemandu malam yang mahu memintas lebuh raya utama. Tetapi tidak semua yang melaluinya sampai ke destinasi.

Ada yang tersesat tanpa arah, walau peta di telefon menunjukkan jalan yang lurus.
Ada yang melihat rumah-rumah lama di tepi jalan, padahal kawasan itu hutan penuh.
Ada pula yang dengar suara perempuan menangis, meminta tumpang — walaupun tak ada siapa pun di sana.

BUAIAN BERAYUN SENDIRI JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA

 

Sumber : <<<Mastika>>>

Febuari 9, 2023

Diceritakan oleh: Romzi

BUAIAN BERAYUN SENDIRI JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA

JIKA melihat buaian berayun sendiri, saya memang takkan tunggu lama. Segera angkat kaki! Mengapa? Kerana saya ada pengalaman aneh berkaitan buaian yang masih saya ingati hingga kini.

Ketika itu dalam tahun 2009, saya bersama tiga orang kawan iaitu Razif, Zamri dan Iman, keluar untuk makan malam. Selesai makan, Razif yang pulang bercuti mengajak kami semua meronda. Katanya sudah lama dia tidak bersiar-siar di Kota Bharu.

Kami semua bersetuju. Saya yang memandu kereta menuju ke sebuah taman permainan, tempat di mana kami sering melepak dahulu.

Dulu, kawasan taman itu sangat gelap pada waktu malam. Setelah dimajukan, kawasan itu menjadi cantik dan terang. Lampu-lampu bersusun indah. Walaupun cantik, tetapi bagi saya suasananya tidak semeriah dulu.

Jul 3, 2025

GANGGUAN ROH PEKERJA, AMUKAN PENGANTIN TANPA KEPALA

 


Sumber : <<<Zulkarnain Zakaria>>>

November 9, 2023


GANGGUAN ROH PEKERJA, AMUKAN PENGANTIN TANPA KEPALA

SEWAKTU berkunjung ke Peru pada tahun 2013, saya menginap di sebuah hotel lama di Sacred Valley. Hotel tersebut agak klasik kerana sebahagian besar bangunannya dibuat daripada kayu dan dikelilingi oleh gunung-ganang yang puncaknya diselaputi glasier serta hamparan awan. Cantik sekali.

Tapi bukan kisah kecantikan itu yang ingin saya ceritakan. Di situ, saya menginap sebilik dengan CEO Poto Travel & Tours Sdn. Bhd., Ab. Rahman Mohd. Ali. Suatu malam, kami pergi berbual-bual dengan dua orang lagi pegawai POTO Travel, Aisham dan Huzaini, yang menginap di bilik sebelah.

Tiba-tiba Ab. Rahman bangun, katanya hendak ke bilik kami sebentar untuk mengambil barang. Saya hulurkannya kunci bilik. Beberapa minit kemudian, Ab. Rahman kembali ke bilik tempat kami sedang berbual tadi dan bertanya: “Zul, kenapa kau tak kunci bilik kita? Pintu terlapang, kalau orang masuk, habis harta benda kita.”