Mar 23, 2014
Mar 22, 2014
Hikmah Di Setiap Simpang Misteri
As-Salam buat seluruh umat yang membaca,
1. Rahmat yang terselubung sentiasa muncul di sekeliling kita samada kita sedar, tidak sedar atau mungkin juga pura-pura tidak menyedarinya. Kita lebih fokus kepada perkara-perkara yang hanya mengikut selera kita untuk mendengar, melihat dan membaca. Peristiwa kehilangan pesawat MH370 yang sudah mencecah 2 minggu tetap hadir dengan “rahmat yang terselubung”. Mana tidaknya, berbagai perkara yang sebelumnya misteri buat yang jahil menjadi fasih dan petah hingga ke kelompok yang merayap di mukabumi. Terminologi cockpit, transponder, altitude, blackbox serta tempat-tempat yang dulunya asing kini meniti dibibir-bibir pendebat misteri seperti Diego Garcia hinggalah negara-negara yang berakhir dihujungnya ‘Tan’ seperti Turkmenistan, Uzbekistan, Tajikistan dan lain-lain. Dari tukang cuci hinggalah para menteri semuanya ketagihan bicara soal MH370. Kedai kopi dan kedai makan tidak perlukan lagi astro dan muzik apabila isu ini bermaharajalela. Namun, dari sudut ekonomi mungkin bagus buat peniaga yang sebelumnya kedai sunyi sepi.
2. Banyak pelajaran yang dapat ditimba dengan kehilangan MH370. Jika sebelum ini ramai yang tidak mengetahui prosedur sebenar menaiki kapalterbang dapat belajar walaupun tuanpunya pesawat dan pihak terlibat enggan belajar. Juruterbang yang pada awalnya dijulang bagai wira kini namanya agak kusam dengan berita-berita yang amat tidak wajar selagi beliau tidak dibuktikan bersalah. Hikmah yang dapat dipelajari adalah setinggi mana sekalipun bakti dan jasa kamu, apabila sudah tidak disukai, maka bertimpa-timpa tong najis dijatuhkan atas kepala sesiapa saja menjadi ‘insan terpilih’ pemangsa. Perasaan dan maruah juruterbang, keluarga tidak lagi menjadi bahan perhitungan.
CENTOVACAST : Playlist & Autodj
Assalamualaikum...salam semua,kali ini hamba nak berkongsi sedikit ilmu setakat mana yang hamba tahu,khusus buat Admin-admin radio online yang menggunakan Control Panel CENTOVACAST 3.0. Bagaimana nak upload file lagu ke dalam autodj dengan menggunakan FILE MANAGER tanpa perlu melalui FTP (File Transfer Protocol)dan bagaimana nak buat playlist lagu-lagu dalam autodj.Seperti biasa anda kena Login Cpanel CENTOVACAST seperti di atas.Hamba pasti ..anda lebih arif dan expert dari hamba...
Mar 18, 2014
ANWAR DAN KAPTEN ZAHARI - DALANG DI SEBALIK ISU MH370?
Saya tertarik untuk mengulas mengenai isu ini. Apa yang saya sedang dapati buat masa sekarang adalah di mana bertimbun kutukan dan herdikan serta cacian daripada warga internet kepada kerajaan.
Bukan mahu mempertahankan kerajaan, tetapi ingin menegur mereka diluar sana. Seberapa lama lagi kita ini mahu menjadi hamba politik? Bila propaganda dikeluarkan oleh mana-mana pihak politik, maka berudyun-udyun kita sujud sembah kepada propaganda itu dan bertaklid kepadanya?
Mar 13, 2014
DAHULU MEREKA PERNAH DATANG MENCARINYA... KINI MEREKA DATANG MENCARI LAGI...
DAHULU MEREKA PERNAH DATANG MENCARINYA... KINI MEREKA DATANG MENCARI LAGI...
Kawasan Misteri di Hutan Taman Negara Malaysia
[Lokasi: Di Sempadan Negeri Pahang-Kelantan berhampiran dengan Gunung Tahan]
Sebagai mukadimah, elok rasanya kalau saya menggambarkan dulu lokasi ini secara lebih terperinci.
Anda pernah mendaki Gunung Tahan? Kalau tak pernah, elok la kalau anda boleh buka Google Earth atau Wikimapia sambil baca posting ini untuk memahami lebih jelas lagi tentang lokasi kawasan misteri yang akan saya ceritakan ini.
Sekiranya anda hendak mendaki Gunung Tahan, jalan biasa yang perlu anda lalui ialah seperti berikut. Daripada pejabat Taman Negara di Merapoh, anda boleh menaiki kenderaan pacuan 4 roda hingga Kuala Juram. Daripada Kuala Juram, anda akan mula berjalan kaki sambil mendaki ringan2 sejauh lebih kurang 15 km hingga Kem Kor. Daripada Kem Kor, anda perlu menyambung pendakian (kali ni betul2 mendaki kerana curam gak kat sini) hingga ke Kem Permatang dan terus ke Kem Kubang.
Dipendekkan cerita... anda kemudiannya kena meneruskan perjalanan ke Kem Belumut, pastu Kem Bonsai dan terus ke Kem Bukit Botak... hahahhh... banyak giler kem2 yang anda lalui tapi masih belum sampai lagi. Akhirnya daripada Kem Bukit Botak barulah anda boleh sampai ke Kem Puncak Gunung Tahan. Semua ini mengambil masa di antara 4 hingga 5 hari. Kalau anda seorang yang berstamina rendah, mungkin ambil masa lama lagi
Subscribe to:
Posts (Atom)





