MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Mar 8, 2014

Ketaksuban Yang Melampau

Bertahun dulu, sejak dari awal kes liwat ini dibicarakan, sana-sini penyokong tegar Anwar melaungkan "satu hari nanti kebenaran akan terdedah juga", "Allah bersama orang yang benar", "Allah lebih mengetahui", dan banyak lagi kata-kata dan doa yang menunjukkan betapa Allah itu Adil.

ZENG GOU FAN PENYELAMAT DINASTI QING


ZENG GOU FAN PENYELAMAT DINASTI QING 

Zeng Guofan dilahirkan pada tahun 1811. Setelah lulus dalam peperiksaan untuk menjadi pegawai kerajaan, perkembangan kejayaannya dalam kerajaan pusat agak lancar hinggalah beliau menjadi timbalan menteri.

Zeng Guofan ialah tokoh penting dalam tempoh pemerintahan Dinasti Qing yang beralih dari kemuncaknya ke arah keruntuhan. Beliau mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang politik, ketenteraan, kebudayaan dan ekonomi dan memainkan peranan penting dalam " pembangkitan semula zaman Marahaja Tongzhi ". Sebagai seorang cendekiawan, beliau dikatakan telah menyumbangkan seluruh tenaganya untuk memelihara pemerintahan Dinasti Qing.

Mar 7, 2014

FAKTA MENGGELIKAN MENGENAI TAMADUN BARAT YANG KITA WAJIB TAHU!!!


FAKTA MENGGELIKAN MENGENAI TAMADUN BARAT YANG KITA WAJIB TAHU!!!

Kalau kita tengok filem-filem barat tentang tokoh-tokoh atau peristiwa tertentu pada kurun ke 15 hingga 19, kita pasti dihidangkan dengan pandangan grandeurs kehidupan golongan-golongan bangsawan, orang kaya serta royalty yang memukau. contohnya saya ambil filem-filem tentang kehidupan Ratu elizabeth pertama( Ratu Lizzy), Raja Phillipe dan Marie Antoinette, Ratu Victoria dan banyak lagi.

Mar 5, 2014

UMAT ISLAM SEMAKIN TERUK DARIPADA YANG BUKAN ISLAM!!!



UMAT ISLAM SEMAKIN TERUK DARIPADA YANG BUKAN ISLAM!!!

Ada satu puak yang memang menjatuhkan Islam sejak dulu:

1. Ekstremis
2. Radikal

Mereka adalah golongan yang sentiasa akan menyalahkan yang bukan Islam dalam aspek kelemahan orang Islam itu sendiri. Orang Islam buat tahi, maka itu salah KAFIR. Orang Islam tak mahu menuntut Ilmu, tinggalkan segala ilmu yang pernah menjadi sebahagian daripada diri mereka, maka itu AGENDA SI KAFIR. 

Sebenarnya, Saya tak nak kita tunding jari ke atas orang lain di atas kejatuhan kita sendiri. Kita tumbang kerana kelemahan kita sendiri. Kalau kita kuat, tak ada siapa yang berani sentuh kita. Kerana persengketaan, kerana budaya membuang ilmu.

Mar 3, 2014

KENALI SEJARAH SULTAN NEGERI SARAWAK



 

KENALI SEJARAH SULTAN AHLUL BAIT 
PERTAMA & TERAKHIR NEGERI SARAWAK

Tahukah Anda Suatu Ketika Dahulu Sarawak Juga Mempunyai Sultan. Bagaimana Perkara Ini Berlaku ? Lebih Kurang 200 Tahun Sebelum Brooke Menjadi Rajah Putih Dari Sarawak, Sarawak Berada Di Bawah Jajahan Kesultanan Brunei. Tidak Banyak Yang Diketahui Bagaimana Sarawak Diperintah Oleh Kesultanan Brunei Tetapi Berkemungkinan Adalah Dibawah Perluasaan Jajahan. Sultan Yang Dimaksudkan Bernama Sultan Tengah.

Ketika Sultan Muhammad Hassan, Sultan Brunei Kesembilan Yang Memerintah Dari Tahun 1582-1598 Meninggal Dunia, Takhta Itu Diwarisi Oleh Putera Sulungnya, Sultan Abdul Jalilul Akbar. Sultan Abdul Jalilul Akbar Mempunyai Adik Bernama Pengiran Muda Tengah Ibrahim Ali Omar Shah Atau Yang Lebih Dikenali Sebagai Raja Tengah.
===============