MAYAT YANG PULANG MENUNTUT ILMU : (EP V) – ILMU YANG MEMAKAN KAMPUNG
Selepas
beberapa orang hilang, keadaan kampung berubah secara drastik. Penduduk mula
sakit tanpa sebab. Luka kecil muncul di badan… kemudian bertukar menjadi lubang
halus seperti dicucuk dari dalam.
Kanak-kanak
mula bercakap seorang diri. Orang dewasa mula terdengar suara memanggil nama
mereka… walaupun di siang hari.
Haji Samad
akhirnya sedar….,ini bukan lagi tentang kubur…, ini bukan lagi tentang Rashid.
Ilmu itu sudah mula “memakan” seluruh kampung. Dan satu-satunya cara untuk menghentikannya… adalah dengan melakukan sesuatu yang dia sendiri tak pasti dia sanggup buat.