MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

May 26, 2026

RAKAMAN AUDIO DARI MASA DEPAN

 


RAKAMAN AUDIO DARI MASA DEPAN

 

Seorang juruteknik IT, Faris, menemui satu fail audio misteri dalam server lama syarikatnya … fail yang bertarikh 3 hari dari masa depan.

Bila dia play… dia dengar suara dia sendiri. Sedang menjerit minta tolong.

Masalahnya… apa yang berlaku dalam audio tu… mula jadi realiti satu persatu.

Dan rakaman terakhir… adalah bunyi sesuatu bernafas tepat di belakang dia.


May 25, 2026

PERIGI TUA YANG MEMANGGIL

 


PERIGI TUA YANG MEMANGGIL

 

Di hujung sebuah kampung lama, terdapat sebuah perigi yang sudah lama tidak digunakan. Orang tua-tua melarang sesiapa mendekatinya selepas Maghrib.

Mereka kata…perigi itu tidak sekadar menyimpan air, tetapi menyimpan suara. Suara yang akan memanggil…nama kita sendiri.

Dan sesiapa yang menyahut, tidak akan kembali seperti dahulu.


May 24, 2026

SETIAP RUMAH AKAN DIKETUK TIGA KALI

 


SETIAP RUMAH AKAN DIKETUK TIGA KALI

 

Seorang pemuda bernama Faiz pulang ke kampung arwah neneknya selepas menerima khabar pelik …seluruh penduduk kampung mula diganggu satu “ketukan” setiap malam.

Tiga kali ketukan di pintu… tepat jam 3 pagi. Mereka yang membuka pintu pada ketukan ketiga… tidak lagi sama. Ada yang hilang suara. Ada yang mula berjalan malam tanpa sedar. Dan ada… yang hilang terus.

Faiz mula menyiasat, dan menemui satu rahsia lama: seorang wanita yang mati tanpa sempat disempurnakan kafannya dengan betul. Kini, sesuatu sedang kembali… dan ia tidak sekadar mengetuk pintu…ia mencari rumah terakhir untuknya pulang.


May 23, 2026

RUMAH LELONG MASIH BERPENGHUNI

 


RUMAH LELONG MASIH BERPENGHUNI

 

Sebuah rumah banglo lama di pinggir bandar sering dilelong berulang kali.. setiap pemilik baru tidak pernah bertahan lebih dari beberapa malam.

Tiada rekod jenayah. Tiada kematian rasmi. Namun jiran-jiran tahu satu perkara yang tak pernah berubah… Lampu rumah itu sentiasa menyala setiap malam. Walaupun tiada sesiapa tinggal di dalamnya.

Apabila seorang ejen hartanah muda, Faris, ditugaskan untuk mengurus penjualan terakhir rumah tersebut, dia membuat keputusan untuk bermalam di situ — untuk membuktikan bahawa semua cerita hanyalah mitos.

Namun sepanjang malam itu, Faris mula sedar sesuatu yang jauh lebih menakutkan daripada sekadar “rumah berhantu”.

Rumah itu… Memang ada penghuni. Cuma mereka tidak pernah keluar. Dan lebih teruk….Mereka tidak suka rumah itu… kosong.


May 21, 2026

CERMIN TERPAKAI BERPUAKA!

 

Sumber : <<MSTAR | MISTIK>>   


CERMIN TERPAKAI BERPUAKA!

-Beli murah waktu jualan lelong... Hidup wanita ini kacau-bilau gara-gara cermin terpakai, tak sangka berpuaka!- 



SUDAH menjadi kebiasaan bagi orang ramai untuk meletakkan cermin besar di bilik tidur untuk tujuan bersolek atau melihat penampilan diri sebelum keluar rumah.

Namun, kejadian yang dialami oleh Atirah (bukan nama sebenar) membuktikan bahawa objek yang kelihatan biasa itu juga boleh dikaitkan dengan pengalaman seram.

Menurut Atirah, dia memiliki cermin terpakai yang dibeli daripada sebuah kedai perabot lama di Selangor menerusi jualan lelong sekitar tahun 2019.