MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Sep 7, 2025

MALAM TUBUHKU BUKAN MILIK KU

 


MALAM TUBUHKU BUKAN MILIK KU

 

Malam itu, lampu asrama hanya tinggal samar-samar. Suasana sunyi, cuma kedengaran kipas berputar lesu dan desiran daun di luar. Laila baring memandang siling, tapi fikirannya resah. Dari sejak maghrib tadi, dia terasa seolah-olah ada sesuatu yang mengekori, bersembunyi di balik bayangan.


Sep 6, 2025

TANGISAN DI KATIL KOSONG

 


TANGISAN DI KATIL KOSONG


Aspuri Sekolah Menengah Seri Indah terkenal dengan sejarahnya yang sudah puluhan tahun berdiri. Bangunannya kelihatan biasa, tetapi ada satu dorm lama yang sentiasa dikosongkan. Di dalam dorm itu, ada sebuah katil besi dua tingkat, catnya sudah mengelupas, tilamnya berbau hapak, namun anehnya… tiada siapa berani mendudukinya.


PEMBERITAHUAN

 ASSALAMUALAIKUM,

KEPADA SAHABAT-SAHABAT PENGGEMAR KISAH ATAU SIRI-SIRI TAMAR JALIS DAN KOLEKSI TOK AWANG NGAH. PIHAK ADMIN TIDAK AKAN MUATNAIK (UPLOAD) KISAH-KISAH DARI DUA KOLEKSI TERSEBUT DI 'PAGE' LUBUKPUAKA, DIMANA KOLEKSI-KOLEKSI TERSBUT AKAN DI MUATNAIK DI'PAGE' IAITU DI BLOG KHAS.





LINK ATAU PAUTAN AKAN DIBERITAHU KELAK.

NOTA : Dalam proses pengalihan (migration) 


Sep 5, 2025

BEKAS AIR DI MEJA OFIS DILETAK SIHIR

 

Sumber : <<<mStar | Mistik>>>  Julai 12,2025  


BEKAS AIR DI MEJA OFIS DILETAK SIHIR

 Bekas air di meja ofis diletak sihir, wanita derita sakit teruk! Musuh 'berjaya' buat dirinya berhenti kerja

 

RAMAI menganggap kisah-kisah sihir yang sering dikongsi pada masa kini sekadar rekaan demi menghasilkan 'content' menarik.

Namun tidak bagi wanita ini yang dikenali sebagai Shidah.

Bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat ternama di ibu kota, hidup Shidah berubah sekelip mata selepas mula mengalami gejala pelik pada dirinya.

Lebih menyedihkan, apa yang dialaminya itu bukan berpunca daripada penyakit biasa sebaliknya dipercayai angkara sihir melibatkan individu di tempat kerja sendiri.


TAMAR JALIS : EP31 - RUMAH MISTERI

 



 TAMAR JALIS : EP31 – RUMAH MISTERI

 "Begini, kita naik ke rumah dengan cara membelakang”, kata datuk sambi I merenung wajah saya dan Osman. Burung gagak terus berbunyi. Tiba‐tiba datuk bersuara lagi, "Biar aku naik dulu”

Saya dan Osman berpandangan lagi, datuk menukar rancangan dengan mendadak. Datuk pun melangkah anak tangga pertama. Matanya merenung kami, tetapi kakinya terus melangkah. Memang, satu kerja yang sukar memijak anak tanah dengan cara yang ganjil. Bila sampai ke tangga akhir barulah datuk memusingkan badannya. Kemudian dia menolak daun pintu yang tidak berkunci.